PANDA 3 : Pertemuan Pertama

59 4 0
                                    


RIAN baru sahaja melangkah keluar dari saloon. Rambutnya dah macam nenek kebayan dek kerana terlalu sibuk mengejar dateline hinggakan dia terpaksa mengabaikan diri. 

Dia menolak cadangan pendandannya  tadi yang mahu mengembalikan warna asal rambutnya yang iaitu hitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia menolak cadangan pendandannya  tadi yang mahu mengembalikan warna asal rambutnya yang iaitu hitam. Tetapi Rian menolak. Baginya rambutnya yang asal hanyalah mengingatkan  Rian kepada kenangan lampau. Rian tidak mahu itu. Dia sukakan warna rambutnya yang kebiruan.

"Hei, Rian!"

Rian terhenti melangkah, siapa pulak? Dia paling menyampah apabila ada yang mengenalinya. Kalau peminat tak apa juga. Tapi mendengar dari sapaan yang agak biadap itu, menyakitkan telinganya siapa lagi kalau bukan ... Lina! Entah apa dosanya hari ni sehingga Tuhan menghukumnya bertemu dengan perempuan ni?

"Oh, kau." Balas Rian sehambar mungkin.

Matanya sedang memandang sekujur tubuh berbalut dress separas lutut, berkasut tumit tinggi lima inci. Mata Rian kembali memandang wajah make up ala Barbie itu. 

"Kau dah dengar pasal Pulau Langkawi?" Tanya Lina bersuara teruja. Orang yang lalu melepasi mereka tertoleh-toleh melihat Lina. Siapa yang tidak, dengan suara yang kuat itu mampu menarik pandangan sesiapa sahaja.

"Of course aku tau. Mana boleh tidak bila kau melalak-lalak kat my wall, kan?" Rian sehabis mungkin menyaingi suara gedik Lina. Namun, Rian mensiniskan suaranya.

Lina ketawa besar. Rian mengekalkan raut wajah tersenyum plastiknya. Apa yang kelakar?

"So sorry. Tapi semua yang aku cakap betul kan? Aku tak suka menipu..." Lina mengibar-ngibarkan tangannya kalut.

Dia menilik Rian di hadapannya. Apalah yang orang suka sangat dengan perempuan ni. Pakaiannya tak up to date langsung. Selekeh berbanding dirinya yang didandan rapi.

Rian sudah berasap telinganya. Tanpa sedar dia sudah menyingsing lengan bajunya. Seperti bersedia untuk menghadiahkan, bukan penampar, tapi penumbuk ke wajah yang masih tersengih-sengih yang langsung tak kelakar itu! Biar hilang wajah ceria Lina yang menyakitkan hatinya.

"Oh, kau salah tentang aku tak akan pergi, coz I will." Balas Rian tanpa berfikir panjang. Raut wajah Lina kelihatan agak terkejut. Senyuman sedikit sirna dari wajahnya.

Seronok sungguh dapat merendah-rendahkan Rian. "Sorang? Oh, kau nak aku kenalkan seseorang. I don't mind. Aku banyak kawan-kawan yang single...tak la berupa sangat. But I think, they will suits you well..." Lina merenung Rian atas ke bawah. 

Rian cuba sedaya menenangkan dirinya. Nafas ditarik dalam-dalam.

Baginya Lina tak perlu dilayan. Tetapi hati yang sakit mengaburkan fikiran Rian, hingga dia menuturkan kata-kata tanpa berfikir akibatnya.

"Itulah, kalau tanya, jangan jawab sendiri, kang orang fikir kau bodoh." Rian meleretkan kata-katanya. Tersenyum, hampir tertawa melihatkan raut wajah sentap Lina.

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now