PANDA 29 - Telur di Hujung Tanduk? 2

38 7 2
                                    

Lelaki itu mengatur langkah  ke arah pintu studio. Pintu diketuk dua kali. Tanpa menunggu kebenaran, dia terus membukanya. Si gadis sedang ralit bekerja di mejanya.

"Merly, sweetheart!" Panggilnya. Tadi dia sudah menghubungi Merlina. Kata gadis itu hanya lima minit sahaja untuk dia turun. Tetapi ini sudah lebih sepuluh minit membuatkan dia menuruti si gadis. Ternyata Merlina masih membuat kerja.

Gadis yang dipanggil Merly itu bingkas berpaling sebelum matanya menangkap kelibat temannya di muka pintu.

"Hold on a sec!" laung, membalas. Ah! Bersepah benar ruang yang besar itu. Namun, keadaan itu langsung tidak mengganggunya. Merly is in her element!

Jari-jarinya ligat memintal benang yang dilingkari beads dan mutiara yang dijahit cekap ke dress labuh dari material chiffon itu. 

Sedaya upaya mengemaskan jahitannya dalam kadar segera. Sambil mengingatkan dirinya untuk mengingatkan pembantnya si Arry untuk memesan mutiara tambahan, dia mematikan jahitannya.

Pintu dikuak lagi. Mata lelaki itu sedikit terbeliak.

"Sweetie! I'm all sweat!" rengus lelaki itu tidak puas hati. 

Semua sudah menunggu di bawah di dalam limosin yang sudah menunggu mereka. Seramai tujuh orang dari team Merlina Khadijaa yang akan menyertai makan malam sempena pelancaran koleksi terbaru dari pereka terkenal kelahiran Scotland, juga teman baiknya, Alfred Morgan.

"What?! Siapa yang nak berpeluh dalam cuaca beku ni, Alexander ooiii....!" Balas Merlina dibalas ketawa besar Alexander atau lebih mesra di jerit Akim oleh para peminat lelaki itu. Kalah artis lagaknya.

"Merly, cepatlah. Atau Alfie will lost his mind kalau you tak sampai in 15 minutes." Akim memeriksa jam tangannya sekali lalu.

"Oh! Jomlah!" rengus Merlina meletakkan kainnya ke tepi. Dia sudah siap dari tadi lagi. Sambil mencapai clutch Christian Louboutin berwarna kuning keemasan di atas mejanya. Kakinya melangkah. 

Rasa berat hendak menyertai parti atau sebarang acara jua malam ini. Mindanya berserabut memikirkan kakaknya yang jauh di Malaysia. Akim perasan yang gadis itu kelihatan sedikit resah. Dia berpaling sedikit ke belakang.

Belum sempat Akim berkata-kata, telefon Merlina berbunyi nyaring. Pantas Merlina mengangkatnya.

"Waalaikumsalam." Jawab Merlina. Bibirnya menguntum senyum. 

Suara Emak kedengaran seperti dekat sahaja. Dalam seminggu ada beberapa kali mereka saling berhubung. Dia melangkah ke dalam limosin yang sedia dibuka oleh pemandunya. Dia sempat mengangguk tanda terima kasih kepada pemandunya, Charlie.

Emak bertanya khabar. "Alhamdulillah. Merly sihat. Emak dengan Uncle Robert macam mana?" Merlina berkira-kira sendiri. Sudah tengahari di Singapura sekarang. Kata emak dia sedang menunggu Uncle Robert pulang untuk makan tengahari bersama.

"Oh. Mak tak mau datang ke sini ke?" tanya Merlina. Dalam kereta ini hanya Alexander seorang sahaja yang memahami bahasa Melayu. Itupun berkat darah Melaka yang mengalir dalam tubuh model itu! 

Merlina senyap mendengar kata-kata emaknya.

"Ada juga. Sibuk macam selalu dengan novel-novel dia." Balas Merlina. 

Mana mungkin dia memberitahu emak tentang kemarahan Rian Khadijaa apabila Merlina menyebut tentang emak. Kakaknya sungguh marah hinggakan menghindar diri darinya. Merlina merasa gundah.

Sendu emak mula kedengaran. Begitulah emak apabila menyebut nama Rian. Merlina mendengar dengan teliti apa yang dikata emaknya yang berselang esakkan.

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now