PANDA 39 - Reunited

68 6 4
                                    

"Do you want me to push her? I can do that. Saya akan cuba pujuk dia." ujar Merlina.

"Eh! Tak payah sampai push dia. Kang tak memasal kena marah." ujar Adil.

Merlina tertawa kecil. "Awak betul-betul kenal dengan dia."

"I love her." mudah Adil menjawab. 

Merlina puas hati mendengarnya. 'This man is really your match, Rian Khadijaa!' 

"Saya kan bawak dia makan kat luar malam ni. Awak datanglah. Kalau nak tengok dia." ujar Merlina sambil memberitahu lokasi restoran itu.

"Nak saya suruh Akim temankan awak ke?" tanya Merlina.

"Tak payahlah. Kang ada pulak yang terjerit-jerit nampak dia. I'm fine on my own." mengenali Alexander Hakeem a.k.a Akim atau Alex merupakan kejutan buat Adil.

Malam dia sampai, Merlina membawa Alex sekali dan ketika mereka hendak keluar dari restoran, berpusu-pusu gadis-gadis tak kurang juga lelaki yang cuba menghampiri Alex mendapatkan foto atau autograf. 

Alex melayan yang terdaya sebelum mereka lekas-lekas dileraikan pengawal peribadi Alex sebelum masuk ke dalam kereta. Barulah Adil tahu, Alex orang terkenal, begitu juga Merlina. Tetapi mengenali keduanya, Adil dapat simpulkan mereka merendah diri orangnya. 

Merlina tertawa. "Yes. Crowds can be a lil demanding. You'll get used to it."

****************************

"Kak baliklah kak. Budi rindukan akak." Rengek Budi.

"Nantilah. Tak puas lagi duduk sini." Ujar Rian. Sejak beberapa hari lepas, Rian menerima panggilan daripada Budi sebagai tanda pendamaian mereka.

"Budi dah nak kahwin ni kak. Budi nak akak ada sama. Please kak. Ajak kak Merly sekali ya?" dan beberapa hari lepas juga, Budi menerima hadiah awal daripada Merlina berupa sehelai gaun yang cantik rekaan Merlina untuk majlis berinainya nanti.

"InsyaAllah akak balik nanti." Kasihan pula dengan Budi yang begitu berharap.

Selepas bercakap-cakap dengan Budi, Rian membuka rancangan televisyen. Tiada apa yang menarik perhatiannya. Star Wars kembali dibuka.

Sejak Rian di sini, dia asyik terperuk di dalam rumah Merlina. Adiknya hanya pulang sekejap pada tengahari menghantar makanan ataupun pembantunya, Arry yang datang.

Rian termenung lagi. Dia sudah tidak kisahkan lagi penulisannya. Otaknya beku sekarang. Dari email terakhir yang diterima dari penerbitnya Encik Eddy, pihak mereka faham apabila Rian mengatakan yang dia tidak akan berada di majlis pelancaran bukunya tempoh hari dan tidak akan menerima sebarang jemputan bual bicara buat sementara waktu. Alasan Rian dia mahu berehat kerana tekanan.

Dan tengoklah ni dia belum mandi pun. Rambutnya hanya disanggul malas. Alah, di sini siapa yang mandi berkali-kali dalam cuaca beku begini. Telefonnya juga hanya kadang kala dibuka. Ada puluhan mesej dan panggilan dari Adil. Satu pun Rian tidak buka. Hatinya tidak kuat.

Wajah Adil terlayar di matanya. Adil lagi! Adil lagi! Tempoh hari dia kembali mengutip baju putih gading milik Adil yng dilempar ke sudut bilik, sekarang tersalut di tubuhnya lagi. Apakah patut dia pulang sahaja menghadapi Adil. Mungkin menyambung marah lelaki itu. Kemudian berbaik semula. Dia hendak bertemu Adil walau apa pun situasinya. 

Tetapi Rian tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan Adil setelah apa yang dia lakukan kepada lelaki itu. Malu sungguh rasanya. Adil pasti tidak mahu perempuan sepertinya.

Rian sedar sekarang yang perkara ini tidak akan selesai dengan dia di sini, Adil di sana. Sungguhpun mereka mungkin tidak akan berbaik semula, tetapi Rian mahukah closure antara Adil dan dirinya. Untuk memutuskan segalanya supaya dia tidak akan memikirkan lelaki itu lagi.

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now