Rian sudah bersiap memakai baju t-shirt dan seluar dan kasut sukannya. Cuaca yang bagus untuk melakukan aktiviti pantai.
Sambil mencapai telefon bimbitnya dan disumbat ke dalam poketnya, dia menolak daun pintu. Dan pada masa yang sama, Adil muncul bertentangan dengannya.
Spontan bibir lelaki itu tersenyum lebar walaupun Rian langsung tidak membalas senyumannya.
"Hai.." Adil menyapa pula apabila senyumannya tidak dibalas.
"Hmm." Rian menutup pintu di belakangnya dan tanpa mempedulikan lagi lelaki itu, dan terus melangkah pergi.
Tidak berpaling pun dia sudah tahu yang Adil mengekorinya. Dari jauh mereka sudah dapat mendengar sorak-sorai dari tepi pantai.
Rian tersenyum manis ke arah Hazryq yang melambainya.
"Hmm...pakwe awak ye?" barulah Adil perasan lelaki yang dilambai sakan oleh Rian itu adalah lelaki yang sama berbual dengan Rian di pusat membeli-belah tempoh hari. Juga lelaki yang makan bersama Rian. Hari Rian bertukar polka dot tuuu....LOL
"Malangnya tidak. Dia kawan sekolah saya." Jawab Rian kasar.
Bukan Adil tidak tahu yang Hazryq itu juga yang dilihatnya tempoh hari.
"Hmm...saya boleh tolong awak kalau awak nak jadi girlfriend dia. Nak bertaruh?" Rian tidak tahu sama ada Adil serius ataupun hanya mempersendakannya.
Rian terus melangkah tembok rendah yang membahagikan ruang pejalan kaki dan pasir pantai. Adil mengikut langkahnya.
"Rasanya tak payah. Saya boleh uruskan sendiri. Macamlah awak bagus sangat." Rian memperkecilkan Adil.
Meluat, tetapi apa yang dapat dilakukan kecuali bertahan hati sepanjang hari ini dan dua hari lagi.
Lagipun kalau Rian terasa hendak mencampak Adil ke dalam laut sekalipun, mustahil kerana Adil berbadan besar!
Nampak aje kurus tetapi tinggi, berotot pejal. Rian pasti Adil membuat kerja-kerja berat memandangkan kulitnya yang diselar matahari, kemerahan serta urat-urat yang timbul di lengannya.
Jantungnya berdegup pantas tidak masuk akal. 'What the hell?!' Rian jengkel dengan hatinya sendiri. Entah apa-apa!
"Hei, jangan tengok orang takde mata tau." Adil membalas.
"Saya memang tengah tengok awak dengan dua biji mata saya ni dan saya tak nampak apa-apa yang hebat tentang awak, Adil!" rengus Rian tersenyum sinis.
Adil membalas senyum Rian dengan lebih lebar. "Rasanya awak perlu guna mata hati, dan mata akal kalau nak menilai orang. Kadang-kala apa yang awak lihat di depan mata kasar belum tentu benar. Awak tau, mata kasar adalah penipu paling handal, yang hanya nak tengok apa yang dia nak tengok!" Adil mengenyitkan matanya. Misteri!
Rian terdiam. Mencerna kata-kata Adil yang penuh makna tersirat.
Dia mengecilkan matanya. Adil pula kelihatan sangat selamba dengan kedua belah tangannya diletakkan poket seluar...wah! Adidas! Hmm...celop punyalah tu!
Cemuh hati Rian apabila matanya menangkap logo yang mengeluarkan pakaian sukan terkenal itu.
"Well, kalau pasal awak, rasanya saya hanya perlu mata kasar. Kerana awak sangatlah tak mengejutkan!" cemuh Rian terus melangkah ke arah kumpulan yang sedang bergelak ketawa itu. Beberapa minit lagi sebelum acara dimulakan.
Adil tersenyum lebar memerhatikan langkah Rian. Apa sahaja yang dikatakan gadis itu tentang dirinya langsung tidak berbekas.
Gadis itu 'kelakar' orangnya. Mulutnya seperti api. Segala kata-katanya kepada Adil panas jika orang lain dengar.
YOU ARE READING
CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPU
RomanceRian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas h...