Rian merenung skrin laptop dengan perasaan sangat berpuas hati. Semuanya sudah siap. Beberapa bulan lagi manuskript ini akan menemui para peminatnya.
Dia meregangkan badannya sedikit. Jam dinding dilihat. Sudah dua jam dia duduk di kerusi empuknya tanpa sedar.
"Budi! Budi!" laungnya. Tadi dia ada membuka butik online dan terlihat sehelai jubah biru laut yang cantik, kemudian teringat pula kenduri Budi dan dia masih tidak mempunyai baju.
Sekejap sahaja pintu kamarnya dikuak. "Ada apa kak?" tanya Budi.
"Bila Budi punya wedding? Akak nak beli baju online. Budi tengok kat Darina Fashion ni. Cantik gila!" ujar Rian menunjuk ke arah skrin komputernya.
Budi melihat gambar baju yang dimaksudkan Rian. "Wah! Cunnya! Ok kak. Beli sekarang jugak!" seru Budi, ikut teruja.
"Kenduri hari Sabtu, akad nikahnya Jumaat malam. Berkat gitu," ujar Budi separa bergurau.
Rian ikut ketawa. Jauh di lubuk hatinya, sayu menular.
"Kau bertuah Budi. Maafkan akak selalu kutuk Badri dulu. He's a nice guy afterall." Aku Rian.
Lihat sahaja ke mana hubungannya dan Hazryq. Putus di tengah jalan. Kekayaan bukan kayu pengukur kebahagiaan jika hati tidak cinta.
"Alah kak. Dia memang teruk pun. Memang betul apa yang akak kata tu. Cuma Budi bertuah, Badri mahu berubah. Kalau tak, memang Budi pun tak tunggu kak. Takpe, akak pasti akan jumpa dengan yang lebih baik dari Hazryq."
"Chill lah akak. Don't worry, chill and have a glass of lemonade!" Budi bergurau sambil mengunjukkan segelas jus lemon kepada Rian yang menyambutnya sambil ketawa lagi.
Terasa hambar. Sudah seminggu sejak dia memutuskan hubungan dengan Hazryq.
"Oh! Akak. Budi terlupa nak ingatkan. Sabtu ni akak pergi kan wedding reception Mei?" Tanya Budi.
Mei merupakan seorang pekerja yang bekerja di spa tempat Rian selalu mendapatkan rawatan kulit. Mei seorang yang amat baik. Sebab itulah juga mereka menjadi rapat.
Kebetulan Mei akan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya, jadi Rian dan Budi yang sudah dianggap teman turut dijemput menghadiri majlis itu nanti.
"Pergi. Hadiah yang akak pesan pun dah sampai kan?" tanya Rian pula.
"Ya. Dah siap balut pun." Ujar Budi.
"Wau! Thanks." ucap Rian kagum dengan kecekapan Budi.
"Akak pergi sorang aje ke? Tak nak bawak teman?" tanya Budi, memancing.
"Hah? Bukan Budi yang nak ikut akak ke?" Tanya Rian kembali, hairan bukankah mereka akan pergi baréng?
Budi tersengih bersalah. "Yang tu...Err...Budi nak kena balik jumpa mak kejap hari tu. Ada hal nak kena selesaikan dengan tok imam. Borang kahwin tu hah." beritahu Budi. Dia akan pulang bersama Badri.
"Alah. Segannya akak pergi sorang-sorang." keluh Rian.
"Bawaklah teman. Hah! Ajak Adil teman." cadang Budi tanpa beralas.
Rian terdiam. "Malaslah. Dia kerja kot." Selepas kejadian tempoh hari dia tidak pernah berjumpa Adil. Ada juga Adil menelefonnya. Tetapi Rian terasa sangat janggal selepas Adil meluahkan perasaannya.
Rian tertanya-tanya adakah Adil sudah boleh menerima seorang perempuan di dalam hidupnya? Hubungannya bersama Encik Noursi sudah berakhirkah?
"Budi sure sangat kalau akak yang ajak mesti dia mau." dorong Budi.
Rian kelihatan berfikir sebentar.
"Takyah lah fikir-fikir lagi..." Budi mencapai telefon Rian dan meletakkan telefon itu di hadapan Rian. "...ambik telefon ni, call dia sekarang. Bye." Budi pamit.
YOU ARE READING
CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPU
RomanceRian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas h...