"Apa yang awak cuba buat ni?" suara Adil kedengaran serius dan marah. Dia mengangkat cangkulnya tinggi sebelum mengenai tanah.
Pokok mempelam setinggi dua kaki itu hendak ditanam di pinggir padang. Dalam tiga tahun, merasalah mereka buahnya. Terik mentari petang masih terasa bahangnya ditambah pula kedatangan Rian menambah panas di dalam kepala Adil.
Baginya Rian sedang melampaui batas. Mencari pekerjaan untuknya? The hell?! Logo di atas borang kerja dari syarikatnya direnung berang. Cara Rian bercakap pula...argghhh! Menyakitkan telinga. "Saya nak awak attend interview ni." Kata Rian tadi. Apakah dia, adik Rian? Abang Rian?
Rian cemas. Reaksi Adil ini di luar jangkaannya. Dia membayangkan Adil akan gembira dan mengucapkan terima kasih padanya.
Tetapi wajah merah padam Adil pula yang diterimanya. Rian ada juga bertanya tadi kepada Adil kenapa Encik Noursi tidak memberitahu Adil tentang kerja kosong itu.
Adil memarahinya dan mengatakan Rian penyibuk. "Saya tau awak perlukan kerja, awak perlukan duit. Please Adil, this is for your own good." Kata Rian.
Matanya tajam merenung Rian yang kecut perutnya. Cangkul dilemparkan ke tepi. Dia mencapai pula skop lalu mengorek keluar tanah sebelum mencapai anak pokok yang tidak bersalah itu di tepi kaki Rian.
Kemudian plastik hitam yang membaluti tanah anak pokok itu direntapnya sebelum dihumbannya ke dalam lubang. Lalu tanah ditimbunkan di perdu anak pokok itu.
Rian tidak terkata apa-apa cuma menepi. 'Egonya!'
"You just cross the line of helping and being rude. Rian, duit bukan segala-galanya!" Getus Adil, suaranya rendah mengancam. Perempuan ini masih lagi tidak berubah. Mungkin hidupnya hanya berpaksikan wang!
Rian sentap "Oh! I'm being rude? Saya cuba nak tolong awak."
"Ada saya suruh awak carikan saya kerja atau awak malu kawan dengan saya? Macam tu? Sebab saya takde kerja bagus macam boyfriend awak? Macam tu ke?" serkap Adil.
Skop digenggam lalu dihentak-hentak di sekeliling perdu anak pokok mempelam yang tegak.
"No! saya ikhlas nak tolong awak, Adil. Untuk masa depan awak." Rian cuba memujuk hati yang panas itu.
"Terima kasih untuk perhatian awak tu. Tapi saya tak perlukannya. Saya dah ada semua yang saya nak dalam hidup. Tak payah susah-susah nak tolong cari kerja untuk saya, saya dah 36 tahun, saya tahu macam mana nak handle hidup saya! Kalau awak takde apa nak di cakapkan lagi, pergi balik. Saya ada banyak kerja lagi ni." Adil menghalau Rian pulang. Marah sungguh lelaki itu.
"Fine, tapi Adil..." Rian masih cuba namun terdiam apabila Adil mengangkat tangannya menandakan dia mahu Rian berhenti bercakap sekarang juga.
"Saya nak awak balik sekarang, Rian!" meninggi suara lelaki itu.
Jantung Rian berdegup pantas, terkejut. Pantas Adil meninggalkan Rian sendirian. Rasa bersalah menyelinap di hati Rian. Tetapi apa salahnya dia menolong Adil mencari kerja?
Ah! Tiada apa lagi yang dapat dia katakan pada Adil yang terang-terangan marahkannya. Rian melewati papan kenyataan yang dipenuhi lukisan kanak-kanak yang pelbagai warna juga satu notis perkhemahan di Gunung Jerai...Wah!! Mata Rian bersinar cerah.
Dia mula membayangkan tidur dalam beg tidur di tepi unggun api berbumbungkan bintang dan ditemani nyanyian unggas hutan yang nyaring. Pantas kaki Rian berpatah semula.
Matanya meliar mencari-cari Adil. Oh! Lelaki itu sedang berada di dalam kantin.
"Adil!" panggil Rian agak kuat. Lelaki itu nampaknya sudah membersihkan diri.
YOU ARE READING
CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPU
RomanceRian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas h...