Budi melambai-lambai Badri yang memandu pergi. Lambat pulak dia nak balik malam ni! Baki masa sepanjang makan malam mereka tadi membuatkan Budi tidak senang duduk. Badri ada juga mengajak dia mengambil angin tetapi ditolaknya atas alasan dia perlu bangun awal esok untuk ke pejabat Encik Edry, penerbit Rian.
Sebetulkan dia tidak sabar hendak cepat-cepat sampai di rumah untuk memberitahu Rian akan rahsia besar Adil!
Budi berlari pantas masuk ke rumahnya. Hampir sahaja pintu roboh dilanggarnya tak sabar. "Kak Rian!!"
Seru Budi kalut sebaik masuk ke rumahnya. Terkocoh-kocoh dia melihat ke dapur. Kelam, dia berpatah semula.
Tidak sempat dia hendak memanjat tangga, kedengaran anak tangga dipijak. Beberapa saat kemudian, terjengul Rian yang melangkah turun.
Wajahnya tidak bereaksi. Rian mengisyaratkan yang dia sedang bercakap dengan ayahnya.
"Tak boleh. Rian takde duit sebanyak tu sekarang." Ujar Rian cuba bersabar. Duit itu ada, cuma tidak mahu dibazirkan untuk benda yang tidak patut, seperti menyerahkan kepada ayahnya yang hanya tahu meminta.
Ayahnya meninggikan suara di hujung sana dan mengatakan bahawa Rian seorang yang kedekut.
"Bukan kedekut, ayah. Kan Rian baru aje bagi sepuluh ribu minggu lepas? Apa yang ayah buat dengan duit tu?" soal Rian. Setidak-tidaknya Rian punya hak untuk mengetahui apa yang ayahnya buat dengan duit sebanyak itu.
Ayahnya menjawab Rian tidak perlu masuk campur dalam urusannya.
"Kenapa Rian tak boleh tahu? Duit Rian yang ayah minta, mesti Rian boleh ambik tahu apa yang ayah nak buat dengan duit tu. Hari ni ayah nak lagi lima belas ribu? Rian nak kena rompak bank ke apa sekarang ni?" ujar Rian geram. Anginnya sudah berputar ligat di kepalanya.
Budi terasa kecut perut.
Rian menjauhkan sedikit tlefon dari telinganya apabila ayahnya menjerkah dengan mengatakan Rian seorang anak yang tidak mengenang jasa.
Habis berkata begitu, ayah Rian memutuskan panggilan. Rian meletakkan ke tepi telefonnya. Sungguh dia berasa penat setiap kali berhadapan ayahnya. Dia berpaling ke arah Budi. "Apa Budi nak kata tadi?" tanya Rian bersahaja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.
"Akak okay?" tanya Budi bersimpati dengan nasib Rian. Meninggalkan dahulu persoalan Adil.
"Akak okay. Awal Budi balik? Best dating?" tanya Rian, muram sahaja. Dia malas hendak menceceh hal keluarganya. Dadanya terasa berat.
Budi teringat Adil tiba-tiba. "Forget about that!" Budi lantas menarik tangan Rian menghala ke arah sofa biru gelap mereka.
"Ada yang nak Budi kongsikan dengan akak. Akak mesti tak percaya!!" ujar Budi. Tidak sabar dia hendak memecahkan rahsia Adil. Adil Noursi!
"Apanya? Kereta Badri bertukar jadi buah durian ke pukul 11 malam tadi?" Tanya Rian. Dia tidak bernafsu untuk apa pun sekarang.
Dia turun ini pun hanya nak minum sahaja kemudian nak naik tidur. Semasa turun tadilah dia terdengar suara kalut Budi. Entah apalah yang penting sangat.
"Akak tau tak, Budi jumpa siapa tadi?" tanya Budi terburu-buru.
"Manalah akak tau Budi ooii...bukannya akak tukang tilik." Rengus Rian, tergaru-garu kepalanya yang gatal.
Ya, ada kelemumur. Tension! Sudah tiga hari dia mandi tidak membasahkan kepala.
"Tadi..."
KRING..KRINGG!! telefon Budi mengeluarkan bunyi deringan telefon lama. Alah kacau daun betul! "Kejap kak," pintanya mengangkat panggilan yang entah dari siapa.
YOU ARE READING
CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPU
RomanceRian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas h...