Adil memasang khemah yang kelapan hari itu. Tujuh lagi sudah ditempati oleh kanak-kanak yang teruja sungguh untuk membantunya walaupun tak banyak yang mereka tolong.
Jupri dan Sonia pula sudah pulang dari mengutip kayu untuk dibuat bara walaupun mereka sudah membawa arang. Manakala Rian dan Kak Rima masing-masing sedang menyediakan bahan-bahan memasak.
Adil tersengih melihat gelagat Rian yang terkial-kial memotong bawang. Matanya sudah terpejam-pejam kepedihan. Kak Rima sedang membasuh beras.
Mereka tidak dapat tempat di bahagian sungai yang cetek kerana telah ditempah oleh kumpulan yang lain.
Nak tak nak, mereka terpaksa berkhemah di kawasan yang airnya dalam dan laju, sedikit ke dalam hutan.
Sekejap lagi dia akan menyuruh Jupri meletakan belerang di sekeliling tapak yang didirikan khemah untuk mengelakkan binatang berbisa dan serangga melata masuk ke khemah.
Rian mula terasa matanya berair. Pedih siot! Pantas dia melepaskan pisau dan berlari ke arah sungai sebelum berhati-hati menuruni batu besar dan mengaut air dengan tangannya lalu disapu ke mukanya kalut.
Memasak ni memang menyusahkan. Eiii!! Tubuhnya sudah berpeluh-peluh. Bau bawang!
"Rian okey ke?" tanya Kak Rima tergelak kecil sambil menuangkan air mineral yang dibawa ke dalam periuk nasi sebelum meletakkannya di para-para yang masih cuba dihidupkan apinya oleh Jupri.
Ada sekumpulan kanak-kanak lelaki dan perempuan dari 24 orang itu sedang menyucukkan sosej gemuk di batang lidi.
Itu adalah permintaan kanak-kanak kepada Adil untuk membuat barbaque. Adil tidak menghalang, malah menambah sebungkus besar marshmallow kepada mereka.
"Pedih mata saya ni kak." ujar Rian. Kak Rima tidak sempat menjawab dan menuju ke arah budak yang menjerit mengatakan ada kumbang di dalam khemah mereka.
"Ini ke awak cakap potong bawang?" suara itu menyentaknya. Pantas Rian berpaling ke sisinya. Adil sedang memegang potongan senget bawangnya. Dan saiznya tak sama. "Hari tu kan saya dah tunjukkan macam mana potong bawang?" Tanya Adil mengingatkan tentang tempoh hari.
Rian menyambar bawang itu. Pipinya kemerahan. Malu. "Saya sengaja potong besar. Awak tak tau ke, bawang potong macam ni akan mengekalkan..."
"Sudah dengan fakta mengarut awak tu." Potong Adil mengambil pisau dari tangan Rian dan mencapai bawang yang siap di kupas oleh Kak Rima lalu dipotongnya kemas. Tidaklah tidak tentu bentuk seperti bawang Rian.
"Eh! Kat sini kata cincang bawang. Bukan potong macam ni." ujar Rian sambil menunjukkan screenshot di telefonnya.
Adil pantas memasukkan bawang ke dalam besen sederhana besar sebelum mencapai paket kari pula. Hidangan tengah hari mereka adalah kari ayam, dan telur dadar bersama nasi putih.
"Alah, setakat resipi aje. Awak pernah tengok Spongebob? Dia cakap masak krabby patty dengan kasih sayang. Haa...sedaplah makanan itu hendaknya." Gurau Adil.
"Kena tengok resipilah. Kang tak jadi. Ada pulak belajar masak guna kartun. Tak logik! Eh! Jangan Adil. Rempah kena guna sepeket ajelah. Bukan dua." Tidak sempat Rian menghalang, Adil sudah memasukkan dua paket ke dalam besen.
"Hesy, jangan kacau Rian. Adil ni kalau tak berkepit dengan Rian sehari tak boleh ya?" tegur Kak Rima yang sudah kembali.
Budak berdua itu saling berpandangan menjeling tetapi pantas berpaling ke arah lain. Menyampah sangat, kononnya. Kak Rima tergeleng-geleng melihat kedua-duanya.
"Takde kak. Kak tengok Rian potong bawang ni. Senget benget macam rambut dia yang warna biru ni." Ujar Adil menunjukkan ke arah kepala Rian yang rambutnya sudah senget akibat teroleng-oleng ketika Rian mengelap-ngelap matanya tadi.
YOU ARE READING
CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPU
RomanceRian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas h...