PANDA 22 : Karma is a B*tch

36 7 2
                                    

Tangannya merayap di bahu terdedah isterinya. Mengusap-usap seketika.  Pantas isterinya menahan.

"No. not tonight. I penat." Ujar Iris kembali mengikat tali bajunya.

"Last night pun macam ni jugak! What is wrong with you?" rengus lelaki itu tidak puas hati. Sebal.

"I'm pregnant. Penat bawak budak. Nak melayan you lagi. Tak boleh faham ke?" Iris menjeling.

Iris penat melayan kerenah lelaki itu yang tidak pernah nak faham jerihnya membawa perut besar ke hulu ke hilir.

"Jangan nak bagi alasan pregnant tu lagi. I tengok you cergas aje berjalan sana-sini. You sengaja cari alasan kan?" tuduh Razman lagi.

Dia perasan sejak akhir-akhir ini, Iris kian berubah. Memang mereka berkahwin atas pilihan keluarga, tetapi selepas tiga bulan mereka berkahwin, dia berjaya memenangi hati dan cinta Iris yang diketahui Razman sudah mempunyai seorang teman lelaki tetapi tidak direstui oleh ibu dan ayah Iris yang amat mementingkan taraf dan status.

"Sudahlah. I tidur di bilik sebelah."

" Tak payah susah-susah. Dah you penat sangat kan. Biar I aje yang keluar." Razman menyarung baju tshirtnya sebelum pantas keluar dari kamar mereka.

Iris terduduk di birai katil. Kenapa hatinya begitu sepat berubah sebegini drastik? Air matanya mengalir.

Tiba-tiba dia rindukan kehadiran Adil yang pandai mengambil hati dan penyayang.

Iris sedar hatinya mula berubah setelah bertembung dengan Adil dan teman wanita barunya di luar restoran tempoh hari. Sejak itu dia mula terasa jauh dari Rizman.

***********************

Suasana hingar-bingar dan kelam itu yang mendendangkan muzik rancak yang memekakkan telinga langsung tidak membuatkan Razman terganggu bila mengingatkan ke mana hala tuju hubungannya dengan Iris.

Mereka bakal menimang cahaya mata pada hujung tahun ini.

Hisy! Serabut kepala otak aku! Usia perkahwinan mereka terlalu muda. Kalau pasangan lain, belum habis manisnya berbulan madu. Tetapi dia?

Sedang mereka memadu kasih, Iris masih mengingati bekas teman lelakinya, hati suami mana yang tidak meradang?

"Hai..you baru ke kat sini? I tak pernah nampak pun." Sapaan itu membuatkan Razman agak tersentak.

Matanya melekat pada sekujur tubuh berpakaian seksi yang sedang tersenyum kepadanya. Manis.

Baju hitam ketat dari material latex itu menyerlahkan susuk langsingnya.

"I'm Jenny." Ujar gadis itu menghulurkan tangannya bersalam.

Lelaki itu teragak-agak sebentar sebelum menyambut tangan Jenny. Cantik juga. Desis hatinya merenung sejenak tampang Jenny.

"Razman. I Tak pernah datang ke sini." Atau yang betulnya dia tidak pernah menjejakkan kaki ke kelab malam seumur hidupnya.

Ini kali pertama. Tidaklah teruk sangat. Fikirnya. Suasana seperti yang selalu ditonton di dalam televisyen.

Muda-mudi terkinja-kinja. Air pelbagai warna ditogak sesedap rasa.

"So, you datang sorang ke? Atau you tengah tunggu someone?" tanya Jenny melabuhkan duduk di bar itu bersebelahan dengan Razman yang agak muram.

"Tak. Sorang aje. Nak release tension." Ujar Razman. Dia tidak berminat sangat hendak berbual sekarang.

Tetapi tidak tahu bagaimana hendak mengelak Jenny yang duduk agak rapat dengannya. Lutur mereka bersentuhan.

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now