PANDA 11 : Suits

36 5 0
                                    

"Ya Allah Kak Rian!! Apa dah jadi ni kak? Akak makan seafood kat mana ni??" Tanya Budi bertubi-tubi sebaik sahaja Rian melangkah masuk ke rumahnya.

Merah-merah dan bintik-bintik di wajah dan lengan Rian mengingatkan dia pada peristiwa beberapa tahun yang lepas.

Begitulah juga keadaan Rian apabila memaksa diri makan juga kepah gara-gara terlalu teringin semasa mereka di Kedah mempromosikan buku dan mereka dibawa ke Kuala Kedah menikmati makanan di sana.

Nasib baik lekas-lekas Rian dibawa ke hospital, kalau tidak entah apa yang terjadi.

"Makan salmon." Jawab Rian membanting tubuh di atas sofa.

Lega sangat-sangat. Selepas berjumpa Adil tadi, terus Rian mendapatkan rawatan di hospital.

Rian diberikan suntikan dan sekarang, bintik-bintik dan tompok merah semakin menghilang dan gatal-gatal di kulitnya juga mula berkurangan.

'Manalah Adil tahu tompok-tompok ni alahan?' tiba-tiba dia teringat kejadian kecil tadi.

"Astagfirullah...dah tau akak alah dengan seafood kenapa makan jugak?" bebel Budi.

"Terpaksalah. Tak dapat elak." Malas dia hendak cerita dia makan ikan salmon semata-mata menjaga hati Hazryq.

Ah! Sepatutnya dia cakap tadi yang dia tidak boleh makan makanan laut. 'Alah, mesti Hazryq akan ingat aku ni mengada-mengada.' Rian berfikir-fikir sejenak.

"Akak dah pergi hospital belum ni?" Tanya Budi lagi.

"Dah. Kena inject." Beritahu Rian.

***************

"Okay, encik. Sut yang encik tempah dah sedia. Silakan encik ke fitting room." Pelawa gadis itu bersama senyuman manis.

Adil mengangguk dan mengikut gadis itu ke arah yang bilik persalinan. Sut yang dimaksudkan sudah siap tergantung. Adil mengambilnya lalu menyarung sut itu ke tubuhnya. Tadi bermati-mati Rian hendak menyeretnya untuk membeli sepasang sut. Mujurlah Adil tegas dengan keputusannya.

Akhirnya Rian akur dengan amaran yang terasa seperti Adil akan dikenakan hukuman mati jika berani bermacam-macam.

Sehelai bow tie dilingkarkan pula ke lehernya, ligat tangannya menyimpulnya melengkapkan gaya, bersama sepasang kafling di hujung lengan baju hitamnya itu. Lelaki itu berpusing ke sebelah kanan, kemudian ke kiri. Sempurna!

"Hmm...membazirnyalah!" rungutnya sendirian. "Boleh jugak pakai sekali-sekala ke office. Hahaha..." dia tergelak sendiri.

Mahu sahaja para pekerjanya terbeliak melihat boss mereka sudah buang tabiat kerana dia hanya berseluar slack dan kemeja sahaja. Ataupun sekadar kemeja dan jeans!

"Okay, Jen. I'm done!" panggilnya ke arah pembantu butik itu. Seorang gadis terjengul dari balik tirai.

"Wah! Hensemnya encik. Hmm...sekejap. Ini kena betulkan lagi." Ujar Jen membetulkan lipatan bow tie Adil supaya lebih kemas. Dia memang ramah dengan sesiapa sahaja.

"Encik ada special occasion apa? And who's the lucky girl?" Tanya Jen tersengih, nakal.

"Just a dinner. And the second answer is none of your business!" ujar Adil sambil ketawa.

"Hmm..sembunyikan girlfriend pulak. Apa pun, mesti gadis ini special kan, kalau tak kenapa encik nak tempah suit ribu-riban ni. Hah! Encik nak melamar dia, kan?" teka Jen, bersuara teruja.

Adil menggeleng-geleng. "Jauh sangat awak ni berangan, Jen. Settle dah kan? Saya nak balik ni." Ujar Adil berpura-pura tegas.

Malas hendak melayan meroyan Jen itu. Dia hendak ke Rumah Anak Noursi pula.

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now