Adil menunggu. Dia hendak selesaikan perkara itu hari ini juga. Iris nampaknya tidak berputus asa.
Setiap hari ada sahaja panggilan dan pesanan. Paling tidak jika Adil tidak menjawab, Iris akan datang ke pejabatnya.
"Adil. Dah lama tunggu?" tanya Iris, menegur lelaki itu. Gembira sungguh hatinya apabila Adil mengajaknya bertemu hari ini.
Nampaknya usaha dan sabarnya selama ini berhasil. Akhirnya Adil terpujuk hendak menerimanya semula. Iris akan cepat-cepat meminta cerai daripada suaminya.
"Adalah sepuluh minit." ujar Adil. "Duduklah." pelawanya.
"You dah order ke?" tanya Iris sambil melabuhkan duduk
"I tak lapar. Kopi dah cukup. Kalau you nak, order lah." suruh Adil.
"I pun nak minum aje." ujar Iris. Adil pantas menggamit pelayan dan mengambil pesanan Iris.
Mereka berbual ringkas sehinggalah pelayan menghantarkan minuman Iris.
"Jadi, you dah fikir ke? You sudi terima I semula kan?" tanya Iris, tegar.
Adil meletakkan cawan kopinya kemblai ke piring. "I tak perlukan masa yang banyak nak fikir." wajah Adil tidak beriak.
Sudahlah dia serabut memikirkan di mana Rian. Sejak rahsianya terbongkar, Rian langsung hilang. Segala panggilan dan mesejnya langsung tidak berjawab.
Iris kaget. "Apa maksud you?"
"Maksud I, I takkan terima you balik. You tak patut belakangkan suami you macam ni. Berdosa besar. I pun ikut berdosa sama berjumpa isteri orang macam ni. Kenapalah I tak berterus terang aje dari hari tu takdelah you berharap sampai macam ni sekali."
Iris kaget. "Apa yang you cakap ni, Adil?"
"Takkan tak faham lagi? I tak nak terima you semula. Kisah kita dah tamat bertahun-tahun yang lalu. You isteri orang. Kembalilah kepada suami you." nasihat Adil.
"Tapi, Adil..."
"Look, Iris. I pernah sayangkan you lebih dari segala-galanya. Susah dan I hampir hilang kewarasan lepas you tinggalkan I. Tapi I dah bina balik kekuatan I. Dan I dah temui orang yang I nak habiskan seluruh hidup I dengan dia. I tak rasa yang you datang semula pada I sebab you belum move on. You macam ni sebab suami you buat hal. This is wrong. Grow up, Iris. Selesaikan masalah you sendiri. Lepas ni, tolong jangan cari I lagi. I mohon." pinta Adil.
Dia bangun. "Semoga you baik-baik aje. Bye." Terus dia berpaling dan meninggalkan Iris yang terpinga-pinga.
Masuk di dalam kereta, Adil melepaskan keluhan berat. Telefonnya dikeluarkan. Nombor Iris dicari. Lantas, dia menyekat segala panggilan dan pesanan. Dia tidak mahu lagi terlibat dalam masalah Iris.
"Now, I'm coming for you, Rian." ujarnya merendah.
**************************
Budi menggigit hujung kukunya.
Bibik juga termenung. Mereka baru lepas makan tengahari.
"Mbak, mungkin aja, mbak Rian ke London nemuin adiknya." ujar bibik.
Budi terbeliak. Kenapa dia tidak terfikir itu sejak empat hari yang lalu? Dia memandang wajah bibik. "Bik!!! You are so clever!" serunya. Budi bingkas bangun.
"Jom, bik! Kita naik cari passport Rian. Kalau takde memang sah dia ke London." sebab tidak mungkin Rian akan ke Singapura, ke rumah emaknya.
Mereka mula menyelongkar segala laci dan almari di bilik pakaian. Tak ada.
"Betul, bik. Dia memang dah ke London." Budi pasti. Tak ada tempat lain yang Rian akan pergi selain menemui adik kesayangannya.
*************************
YOU ARE READING
CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPU
RomanceRian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas h...