Rian menghempas pintu biliknya kuat. Perlahan-lahan dia melorot di lantai dan menyandar di pintu. Air matanya yang tadi dilap kering, kini mengalir lagi. Tidak henti-henti.
Dia menangis teresak-esak. Dia mahu melepaskan rasa berat di jiwanya. Kejam! Adil kejam!
Sanggup menyembunyikan identitinya. Rian berasa malu dengan dirinya dan juga malu pada Adil.
Segala yang pernah dia katakan kepada lelaki itu seakan-akan berbalik kepadanya. Dan dia selalu memandang rendah pada Adil.
Entah berapa bakul ketawa lelaki itu agaknya melihat kebodohan Rian mempercayai yang Adil adalah tukang cat! Tukang cat!!
Selama setengah tahun mereka kenal, tidak terdetikkah di hati lelaki itu untuk menceritakan kebenaran? Atau sekadar berkata. "Rian sebenarnya sayalah Encik Noursi." susah sangatkah nak memberitahunya begitu?
Rian mengelap tubir matanya. Deringan telefon tidak diendahkan. Pasti Adil menghubunginya untuk memujuknya.
Rian menangis teresak-esak. Sakitnya hati Tuhan yang tahu.
******************
Budi melangkah ke dalam rumah. Telinganya serta-merta terdengar bunyi hempasan di tingkat atas. Jantungnya berdegup pantas.
Rian nampaknya sudah pulang ke dari majlis Mei.
Budi berlari ke tingkat atas. Pintu bilik Rian dikuak lebar. Tiada pencuri tetapi Rian sedang memunggah kain baju dari bilik pakaian.
"Kak! Apa yang akak buat ni?" Budi melihat keadaan bilik Rian yang bersepah.
Rian nampak tidak terurus.
"I'm leaving." Beritahu Rian ringkas sebelum melemparkan luggage ke atas katil. Nasib Budi mengelak, kalau tidak nak jugaklah lebam kepala.
"Ke mana?" soal Budi hairan. Rian direnung. Wajah yang bersisa air mata. Mata sembab kemerahan.
"Kenapa ni kak?" Budi menghalang Rian dari terus berjalan ke dalam bilik pakaiannya.
"Adil tipu akak. Dia bukan Adil yang kita kenal. Dia..dialah Encik Noursi." Rian kembali teresak-esak.
Perlahan-lahan Budi duduk birai katil Rian. "Mana akak tau?"
"Dialah bestman suami Mei. Hey, Budi. Guess what? Mack yang kenalkan diri dia Encik Noursi tu sebenarnya tipu kita. Dia bukan Encik Noursi. Dia tu menyamar aje. Adil tu nama sebenarnya, Adil Noursi! Dorang berpakat." beritahu Rian.
Marahnya semakin berapi. Satu-satu perkara kembali ke benaknya.
"Sia-sianya akak risaukan dia, konon carikan kerja. Padahal orang dah kaya. Tak perlu nak susah-payah kerja banting tulang nak makan. Tak nampak langsung risau tentang apa pun. Gosh! I was so stupid!" Rian menyumpah seranah lagi sebelum menyambung marahnya.
Budi mendengar tekun. Bagaimana pula reaksi Rian jika dapat tahu yang Budi juga sudah berbulan tahu mengenai perkara ini.
"Budi ni dah kenapa?" tanya Rian meradang kerana Budi yang hanya tenang duduk di birai katil.
"Adil sayangkan akak. Sejak lama dulu."
Mata Rian mencerlung. "Please la. Tak payah nak bela sangat si penipu tu..." Kemudian, Rian mendadak terdiam, berpaling ke arah Budi yang kelihatan tenang-tenang sahaja.
"Wait a sec. Budi tau selama ni? Budi tau dan tak bagitau akak?" Rian cuba mencerna. Sungguh tidak percaya!
Budi menarik nafasnya dalam-dalam. "Ya, kak. Budi tahu Adil dan Encik Noursi tu orang yang sama malam Budi keluar makan dengan Badri masa tu kitorang terserempak dengan Adil dan kawan dia tu."
YOU ARE READING
CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPU
RomanceRian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas h...