PANDA 6 : Rumah Anak Noursi 2

37 4 0
                                    

Rian terus melangkah turun. Kebetulan dia hendak memulangkan buku tentang anak yatim kepada Kak Rima. Minta-mintalah si tukang cat itu ada di sana.

"Budi!! Cepatlah, akak janji dengan Kak Rima ni, nak pulangkan buku dia!" laung Rian ke dalam rumah ketika dia sedang memakai kasut.

"Datang! Datang!" laung Budi dari biliknya di atas. Kemudian kedengaran Budi menginjak anak tangga, jelas berlari.

"Jom! Jom!" Laung Budi.

Dia memang tidak suka menunggu apatah lagi membuat orang menunggu kehadirannya jika dia sudah berjanji. 

Tambah pula dengan rasa resah hendak bertanya soalan yang paling tidak munasabah kepada lelaki yang memeluatkan itu. Tetapi...oh, Rian harus katakan ini, Adil adalah harapannya.

"Bila Encik Eddy kata boleh publish kak?" Tanya Budi.

"Macam biasalah." Jawab Rian cuba untuk fokus. Budi mengangguk-angguk faham.

Manuskrip baru Rian agak lain dari manuskrip sebelumnya. Ia mengenai seorang anak yatim yang berjaya dalam hidupnya.

Setengah jam, mereka sudah berada di rumah anak yatim itu. Suasananya hampir tidak berubah. Lama juga Rian tidak ke sini. 

Sibuk benar dia menguruskan manuskrip sebelum dihantar.

Dadanya resah menggila. Matanya tercari-cari kelibat Adil. Tidak kelihatan di mana-mana.

"Kak!" sergahan Budi mengejutkan Rian. Pantas matanya ditala ke arah gadis itu yang berkerut hairan wajahnya.

Melihat wajah Rian yang termangu-mangu membuatkan Budi tergeleng-geleng.

"Apa yang akak cari? Itu Kak Rima tengah gamit akak." Budi memuncungkan bibirnya bak burung belatuk ke arah pintu pejabat. Betul. Kak Rima siap memanggil-manggilnya lagi.

"Hai kak!" sahut Rian pantas berjalan menuju ke pejabat. Seperti biasa tempat itu kedengaran riuh.

Tetapi hari ini riuh di tempat melukis. Matanya terarah ke pondok sederhana besar yang dikelilingi pokok-pokok besar. Redup.

Hatinya suka. Memang pandailah siapa punya idea hendak membina pondok itu sebagai tempat kanak-kanak melukis. Memang memberi inspirasi. Kakinya melangkah masuk ke pejabat diikuti Budi.

"Duduklah. Amboi...lama sungguh tak nampak Rian kat sini. Apa khabar?" pelawa Kak Rima ramah sambil merenung Rian.

Nampak sahaja Rian ni seperti gadis sosial, dengan pakaian yang moden dan mahal, dengan rambut yang kebiru-biruan, tetapi Rian seorang gadis yang baik hatinya.

Walaupun Kak Rima kadang-kala perasan yang Rian ini seperti menyimpan banyak rahsia.

"Ada kak. Sibuk sikit tak sempat bak datang melawat akak." Rian menyambut tangan Kak Rima diikuti Budi sambil duduk di sebelahnya.

Bilik Kak Rima penuh warna-warni dengan lukisan-lukisan yang pasti dilukis oleh kanak-kanak di sini.

"Kak Rima apa khabar?" tanya Rian berbasa basi. Dia ada agenda yang lebih penting sekarang. Ini antara hidup dan mati. Hesy! Melampaunya kau Rian.

"Sihat, Alhamdulillah."

"Ha, ini kak." Rian memulangkan buku tentang anak-anak yatim yang dipinjamnya, kepada Kak Rima. "Terima kasih kak. Banyak gunanya buku ni." Ujar Rian ikhlas.

"Sama-sama." Buku itu disambut dan diletak ke tepi.

"Tak sangka pula pondok tu nak buat tempat melukis." Ujar Rian.

"Ha'ah. Mulanya nak buat tempat membaca, tapi tak jadi. Encik Noursi nak buat tempat budak-budak melukis. Katanya, permintaan budak-budak sendiri." Ujar Kak Rima.

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now