PANDA 9 : Rancangan Gila

41 5 0
                                    

"Hai Dil, belum balik lagi? Kapal ni ada masalah ke?" tanya Mack.

Adil dilihatnya sedang membetulkan layar. Kapal ini adalah milik seorang ahli perniagaan dari Arab.

"Belum. Ali tengah betulkan GPS dia. Masalah tu ajelah. Yang lain dah okey." Ujar Adil.

Dia lebih senang meninjau sendiri kerja-kerja baikpulih dan pembersihan yang dilakukan para pekerjanya. Mack mengangguk-angguk.

"Macam mana pekerja baru? Ada masalah?" tanya Adil pula. Masuk hari ini, sudah seminggu lima orang pekerja barunya bekerja.

"Okey. Rajin pulak budak-budak tu. Hmm...jangan jadi penyapu baru dahlah. Elok sekejap aje, lama-lama hilang bulu, dah melencong ke lain pulak." Selorohnya.

Adil tertawa. "Amboi...kau ni dah macam Melayu pulak. Dah hilang ke mana darah Filipina kau tu?" usik Adil.

Mereka ketawa. Mungkin Mack terlalu lama tinggal di Malaysia hingga lidahnya juga sudah menjadi lidah Melayu. Makan nasi kalau tak bersambal belacan tak sah.

Telefon Adil berbunyi nyaring. Spontan keningnya terangkat. "Hmm..panda biru..." ujarnya perlahan.

"Hah? Apa biru?" tanya Mack menangkap kata-kata Adil.

"Eh, takde apalah. Excuse me." Ujar Adil. Dia turun dari kapal itu, berjalan ke bangunan pejabatnya. Dia menyambut panggilan Rian.

"Hello?" sapanya.

"Saya nak jumpa awak sekarang!" suara Rian kedengaran tegas menyapa cuping telinganya.

Adil menggelengkan kepalanya. "Amboi...takde salam, takde hai, terus mengarah saya. Awak ingat saya ni bibik awak ke?" sindir Adil.

Dia tidak suka diarah-arah sesuka hati Rian. Perempuan ini perlu diajar adab!

Rian terdiam. Sedar Adil bukan Budi. Walaupun hanya tukang cat.

"Okey, fine. Hai Adil! Apa khabar, awak sihat? Dah makan?" sapa Rian berpura-pura menceriakan suaranya, menyindir Adil yang tertawa.

"Haaa..lebih baik. Saya sihat Alhamdulillah. Saya dah makan. Awak?"

"Oh, tolonglah! Boleh tak saya jumpa awak? Sekarang? Please?" tanya Rian. Dia sudah seperti cacing kepanasan.

Tarikhnya berangkat ke pulau terkenal itu hanya lima hari lagi, dia belum pun menerangkan apa-apa rancangannya kepada Adil.

"Tak boleh, saya sibuk. Petang nanti insyaAllah." Dia teringat yang dia masih banyak urusan pagi ini.

Ada pelanggan yang hendak membawa masuk dua buah kapal layar sebentar lagi.

Rian memikir-mikir. "Hmm...bolehlah. Jumpa kat Great Pan's pukul lima nanti. Jangan lambat! Saya benci menunggu!" habis berkata begitu, talian diputuskan.

"Hello? Hello?!" Adil merenung telefonnya tidak percaya!

Apa jenis orang Rian Khadijaa ni? Kurang sopan sungguh!

Adil masih ingat lagi apabila Rian berdepan dengan Iris, salah seorang peminatnya. Lemah lembut, manis wajahnya. Hmm...dengan dia, habis hilang ayunya! Mungkin itulah sifat Rian yang sebenarnya.

Adil tergeleng-geleng kepalanya, meletakkan telefonnya ke tepi.

Hipokrit jugak perempuan gila ni.

***********************

Adil terhenti sejenak di muka pintu setengah kayu setengah cermin itu. Jamnya diintai. 5.07 petang.

Selepas sahaja kerjanya habis tadi, dia terus ke sini. Perempuan gila itu belum sampai agaknya.

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now