PANDA 4 : Bagai Anjing dan Kucing!

59 5 4
                                    

TING!! TONG!!

Budi yang sedang menonton, bangun menjenguk di balik tirai. Dahinya berkerut. Lelaki. Tengok dari rupa Budi tak kenal. Isy, bukak ke tidak ni? 

Mana tau kalau-kalau lintah darat ke? Eh! Apa aku merepek ni?? Bila pula aku buat hutang along? Rian? Isy! Tak munking. Well, mungkin nanti apabila Rian hendak mendalami watak si peminjam along. Cis, merepek lagi!

Ting! Tong!

Budi lekas-lekas membuka pintu. Agaknya lelaki ini hendak bertanya rumah siapa-siapa kot. Rian ada di rumah, tadi pulang menonong sahaja masuk ke biliknya. Wajah seperti marahkan sesuatu dan tidak mahu diganggu.

"Cari siapa, encik?" Tanya Budi. Wow! Kacak boleh tahan. Boleh tahan kalau nak buat lupa sekejap dekat teman lelakinya. Ini kalau up to date sikit fesyen selain jeans lusuh, baju tshirt putih berlengas bertepek cat ni, mau aja dia tinggalkan teman lelakinya yang suka buat perangai itu. Jauh berangan si Budi ni.

Senyuman lelaki itu buat hati Budi menjadi jeli! 

"Ini rumah Rian ke?" Tanya suara garau itu.

"Ya, boleh saya tau siapa awak?" peminat Rian ke? Sejak bila peminat datang rumah ni? Lelaki pulak tu!

"Oh, saya Adil. Dari Rumah Anak Noursi. Dia tertinggal buku ni tadi. Dia ada tak?" Adil menunjukkan buku di tangannya.

"Ada. Bagi saya pun takpe, nanti saya paskan kat dia." Budi sudah menghulurkan tangannya di atas pagar berkuncinya.

Adil terdiam sejenak. Entah ya, entah tidak rumah Rian ni. Hatinya ragu-ragu. "Boleh saya jumpa dia? Tuan punya buku ni, Kak Rima suruh saya serahkan ke tangan Rian sendiri." Ujar Adil menjual nama kak Rima. 

Dia mahu melihat puteri sombong itu. Nak minta maaf kalau kena gaya.

"Hmm...kalau macam tu, kejap. Saya panggilkan dia." Balas Budi lantas berjalan masuk semula ke dalam rumah. Budi berlari-lari anak ke tingkat atas rumah itu. Pintu bilik Rian diketuk.

"Ya??" laung Rian yang sedang membaca novel yang dibeli dua minggu yang lalu.

"Sorry kak. Ini ada orang nak kasi buku kat akak." Laung Budi pula.

"Buku apa pulak?" rengus Rian bangun malas di katilnya. Rambutnya diikat kuda.

Wajah kelat Rian menyambut Budi apabila gadis itu membuka pintu kamarnya. "Mana?"

"Kat depan pagar lah kak." Beritahu Budi. 'Takkan pula aku nak jemput masuk rumah?'

Tanpa berkata apa-apa, Rian terus melangkah turun. Dia menyelak langsir. Matanya terbeliak setelah mengenal pasti siapa yang dimaksudkan Budi. 

"Mana dia tahu rumah aku ni??" Kata-kata itu jelas ditujukan kepada dirinya sendiri. 

Budi terpinga-pinga apabila Rian bingkas merentap buka pintu rumah mereka. Langkahnya macam nak cari gaduh.

"Apa awak nak ikut saya sampai rumah ni? Mana awak tau rumah saya kat mana? Hah? Awak mengintip saya ke?" Bertubi-tubi soalan Rian kepada Adil. 

Terlupa tentang apa yang Budi beritahu tentang seseorang yang menghantar buku kepadanya.

Adil tersengih. Memang sah aku takkan minta maaf! Hiii...perempuan ni suka buruk sangka pada orang. 

"Sajalah, nak tau juga rumah penulis. Nak hebohkan dalam FB." Ujar Adil sinis. Mata Rian mencerlung.

"Awak tau ke guna Facebook. Entah-entah komputer pun tak pernah pegang!" cemuh Rian. Menjeling keras.

Adil terangkat keningnya mendengar suara kasar Rian itu. "Hesy. Jangan pandang orang takde mata. Ini buku Kak Rima suruh saya hantar. Untuk pengetahuan awak, saya pun tak hingin nak datang sini kalau tak kerana Kak Rima yang suruhlah!" Adil membalas kata-kata Rian. 

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now