PANDA 31 - Panda ke Gunung Jerai

39 6 0
                                    

Rian tergesa-gesa. Budi sudah berkali-kali berpesan sejak minggu lepas lagi supaya membeli kasutnya sendiri. Sudahnya dia terlupa dengan kesibukan kerja. 

Semalam sebaik sahaja dia sampai pulang. Letih punya pasal, dia tertidur hingga malam. Sempat juga dia bising pada Budi tetapi kata gadis itu, dia sudah mengejutkan Rian berpuluh-puluh kali tetapi tidak diendahkan. 

Akhirnya Budi membiarkan Rian berehat dan mengemaskan pakaiannya yang termampu. Budi juga sudah terlupa yang kasut Rian belum dibeli. 

Hari ini, Budi terpaksa berjumpa dengan Encik Eddy untuk berbincang trip Rian seterusnya. Pagi lagi Budi sudah keluar selepas meninggalkan pesan supaya bibik mengejutkan Rian yang bangun hanya tepat-tepat waktu. 

Kemudian, dengan beg yang dilemparkan ke dalam kereta, Rian memecut laju ke kedai kasut yang pertama terlintas di fikiran. Isy! 'Buruk' benar pada pandangannya kasut itu. Bukan taste Rian Khadijaalah! Memang tangkap muat punya kasut. Apa nak buat, itu sahajalah yang ada.

BAM!! bonet kereta dihempas kalut. Langkahnya diatur ke belakang bangunan. Kepala bas dah terlihat di matanya. Fuh!! Nasib mereka tidak tinggalkannya. 

"Shit!! Shit!! Shit!!" Rian menyumpah-nyumpah apabila tersandung kaki lima. Nasib baik tak tersungkur. 

Tidak jauh di hadapan dia sudah menangkap sekujur tubuh yang berpakaian kasual. T-shirt hitam, seluar track, kasut but yang agak lusuh, back pack yang sudah sedia tergalas di belakang lelaki itu. 

Nampak sibuk bercakap dengan rasa Rian pemandu bas mereka. Nampaknya hanya dia yang belum sampai. Rian menggalas tanggung jawab untuk menjaga kanak-kanak yang terlibat.

Hmm...tak dapatlah dia hendak bersenang-lenang menikmati panorama mencari ilham. Tapi, agak teruja sebenarnya. 

Tak kisahlah kena jaga budak ke, masak ke, asal dia dapat merasai sendiri tidur berbumbungkan langit dan taburan bintang...alahai...bestnya! 

Adil kelihatan meletakkan beg galas besarnya ke dalam tempat meletak barang di tepi bas.

"Sorry! Saya lambat! Semua dah ada ke?" tanya Rian sebaik berdiri di hadapan Adil yang menjeling sekilas ke arahnya.

"Dah. Kami tengah tunggu puteri Gunung Jerai ni hah." Perli Adil. Lega Rian sudah datang. "Ingatkan dah tarik diri sebab kena jaga budak." gurau Adil.

Rian mencebikkan mulutnya. "I'm not that bad, okay!"

Adil tertawa kecil. "Cepat naik. Awak kena duduk dengan saya. Tempat lain dah penuh." Beritahu Adil selamba. Yang betulnya, tempat duduk memang sudah diatur begitu. Sengaja dia hendak habiskan masa selama berjam-jam dengan Rian di sisinya.

"Err. Encik Noursi ada kat sini ke?" tanya Rian. 

Adil melihat wajah Rian, dan tersedar pasti Rian ternampak kereta kelabunya tadi.

"Ada kat pejabat." Ujar Adil pendek. Dia menyibukkan diri konon membetulkan beg-beg kanak-kanak dan mencapai beg Rian lalu menyumbatkan juga beg itu ke atas begnya sendiri.

"Awak nak duduk terus di Gunung Jerai ke?" tanya Adil berkerut melihat beg Rian yang besar-besar itu di atas begnya. "Bawak batu ke apa ni? "

"Takdelah. Baju-baju dan kelengkapan sayalah. Kenapa?" tanya Rian, hairan. 

Adil mengecilkan matanya tidak percaya cakap Rian. 

Rian menyambung, "Yalah, baju, seluar, kelengkapan mandi, laptop dan..."

"Tunggu dulu! Apa? Awak bawak laptop??" tanya Adil tidak percaya. Bila Rian menyebut kelengkapan mandi lagi, Adil terfikir, jangan-jangan Rian angkut bilik mandinya bersama. Baru dia tahu, Rian seorang 'heavy traveler'.

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now