PANDA 28 - Mak Cik Rian

38 6 1
                                    

Seminggu berlalu.

Seminggu juga Rian mogok dengan Hazryq. Hah! Biar lelaki itu tahu siapa Rian.

Oh, selama ni dia lemah lembut, bertolak ansur, ikut segala kehendak Hazryq, hingga abaikan diri sendiri. 

Sekarang biar lelaki itu rasa penangan Rian. Beratus agaknya panggilan dan mesej masuk ke telefonnya, langsung Rian tidak ambil peduli, begitu juga panggilan ke telefon rumahnya. 

Hinggakan Budi sudah tidak larat hendak menjawab.

Semasa hari Adil menghantarkan keretanya kembali ke rumah pun dia langsung tak keluar, hanya menyuruh Budi yang uruskan. 

Dia pula meromok di dalam selimutnya sepanjang hari itu. 

Telefonnya juga ditutup sampailah ke hari ini.

Agaknya dah berbakul mesej dan panggilan yang terlepas. Tetapi lihat sahaja di mana dia hari ini.

Tempat yang memberinya ketenangan.

Atau tidak.

"Hoi!" suara yang kuat di telinganya menggugah Rian kembali ke alam nyata.

Seraut wajah tersenyum jahat Adil memenuhi pandangan Rian. Habis berkecai lamunannya.

"Awak ni dah gila ke? Kalau saya pengsan macam mana??!" marah Rian mengurut-ngurut dadanya.

"Hohoho...saya biar aje awak kat sini. Biar kena baham dengan semut!" Adil menunjukkan sekumpulan semut yang sedang bertungkus lumus membawa telur mereka yang mungkin berpindah sarang.

"Saya nak kena buat apa ni?" tanya Rian. Dia sudah berada di situ sejak setengah jam yang lalu.

Hari ini Rian adalah sebahagian dari kumpulan sukarela.

Adil sudah mengeluarkan bahan-bahan mentah yang dihantar oleh pembekal pagi tadi.

Semalam akhirnya Rian mengangkat panggilannya. Selajur tidak tahu nak berbual apa, Adil mengajak Rian untuk membantunya memasak hari ini. 

Tukang masak terpaksa pulang ke kampung pula kerana emaknya sakit. Diangkutnya sekali dua orang pembantunya yang merupakan anak-anaknya.

Hmm...sudahnya Adil sendiri yang akan memasak bagi penghuni Rumah Anak Noursi hari ini. 

Dikerahnya Rian sekali. Bukanlah hendakkan Rian menolongnya sangat, lebih kepada kehadiran Rian di depan matanya.

Parah. Kalau sahaja dia tidak berbohong, kalau sahaja Rian bukan milik orang, kalau..kalau..kalau...

"Oi! Cepatlah, bagitau saya nak kena buat apa? Awak ni kuat beranganlah, Adil," marah Rian. Bibirnya muncung.

Adil tersengih. Sedar salahnya. "Yalah. Awak potongkan carrot tu. Saya nak habiskan kupas bawang ni." Arah Adil. 

Sedari tadi dia mengupas bawang. Hari ni pula kebetulan hari Ahad.

Kak Rima ada di sini menolongnya tadi, tetapi ada kekecohan dalam bilik asrama perempuan, tinggallah Adil di sini, sebelum Rian sampai.

'Alamak...mana aku tau masak ni. Oh, nak mengaku pada Adil memang taklah. Terburai isi perut ketawakan aku karang' omel hati Rian. 

Teragak-agak seketika, Rian menurut. Dia mengambil sebatang lobak merah dari timbunan di dalam besen sederhana besar itu lalu dicincangnya. Terbeliak biji mata Adil.

"Weh! Jangan bunuh carrot tu!" sergah Adil, menahan Rian.

"Macam ni lah potong carrot." Ujar Rian. Sebetulnya itulah kali pertama dia pegang pisau untuk memasak!

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now