PANDA 19 : Panda Berbulu Biru

38 4 2
                                    

Berusnya dicalit lagi. Warna biru sebelah dan warna putih, lalu disapu lembut di atas kanvasnya.

Kedua-dua warna itu bercampur menjadikan warna yang diingini.

Bibirnya menguntum senyum. Terserlah warna hujung rambut figura di ataskanvasnya.

Figura itu sedang memandang ke tengah lautan, hanya sedikit sisiwajahnya yang kelihatan kerana rambutnya ditiup angin laut.

Adil meletakkan berus akriliknya. Berundur sedikit. Perfect!

Dia mencapaimug kopi lalu disisip sedikit.

Muzik rock yang berkumandang di dalam studio itu merancakkan suasana walaupun hanya dia yang berada di dalam studio itu.

Matanya tidak lepas-lepas merenung figura di atas kanvas besar itu. Sebentar lagi dia mahu ke Rumah Anak Noursi.

Teringatkan pagarnya yang masih belum dicat.

Adil terangguk-angguk. Dia sudah tahu di mana hendak digantungnya lukisan yang sudah sempurna itu.

Di tempat yang dapat dilihatnya setiap hari. Walaupun sekadar lukisan, hanya itu sahaja yang dia mampu lakukan untuk melihat gadis itukerana sudah tiga bulan Rian tidak lagi muncul di Rumah Anak Noursi.

Kali terakhir mereka bertemu adalah semasa hari terakhir mereka di Pulau Langkawi.

Sama ada gadis itu merasakan tiada lagi urusan di situ kerana bahan untuk bukunya telah lengkap ataupun kerana tidak mahu melihat Adil di situ.

Adil meluah keluhannyahampa jika sebab kedualah membuatkan gadis itu tidak lagi melawat Rumah Anak Noursi.

Semua salahnya!

************************

"ARRGHHH...!!"

Bibik tersentak terkejut mendengar suara jeritan bak beruang terlepas ikan salmon itu.

"Waduh...ngapain mbak Rian itu, mbak Budi?" Tanya bibik mengusap-ngusap dadanya.

Terlepas baju yang hendak dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Budi tergeleng-geleng. Jeritan dari bilik Rian itu perkara biasa. Bibik mestilah tidak tahu kerana bibik hanya baru enam bulan bekerja dengan Rian.

Dan...sebut tentang enam bulan, begitu lama Rian tidak begitu.

"Biasakan diri bik. Itu namanya jeritan  takde idea." Beritahu Budi yang sedang membaca gosip artis.

"Kejap lagi bik akan dengar dia..." tidak sempat Budi menghabiskan kata-katanya apabila...

BUMMM!!

Sekali lagi Budi memejamkan matanya, menarik nafas menghilangkan rasa terkejutnya.

Belum habis 'pelajaran' – Rian 101 – kepada bibik apabila mendengar pintu yang dihempas kuat itu.

"...Bik akan dengar pintu dihempas..."

Sesaat kemudian, Rian kelihatan di dapur. Tanpa sepatah kata, gadis itu yang memakai kardigan merah terangnya menuju ke peti ais.

Sebiji gelas di ambil dari rak lalu botol air ditonggengkan ke gelas itu. Rian meneguknya rakus.

"Akak nak pergi mana?" Tanya Budi.

"Keluar kejap." Rian meletakkan gelas itu ke dalam sinki sebelum pantas meninggalkan ruang dapur.

Sekejap kemudian, terdengar deruan kereta meninggalkan garaj.

************************

Rian memandu tanpa arah.

'Nak ke mana nih?' hatinya bermonolog. 'Pavillion? Isy...' dia menggaru-garu kepalanya.

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now