"Hey, babe!" sapanya riang, sambil meletakkan seplastik buah-buahan di atas meja makan.
Budi tidak membalas tetapi merenung wajah ceria Rian.
"Kenapa Budi macam nampak hantu ni?" tanya Rian menuang segelas jus oren ke dalam gelas.
Jus itu diteguk, menghilangkan dahaganya. Dalam perjalanan pulang tadi dia tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang agak teruk.
"Err...kak okey ke?" tanya Budi.
"Okey. Akak happy aje, masalah dah selesai." Beritahu Rian kabur.
"Masalah apa kak?" tanya Budi terkejut. Setahunya Rian akan menceritakan masalahnya.
"Dah selesailah Budi. Buat penat akak cerita aje. Encik Eddy ada call tak?" Rian mengalih topik. Perkara dia dan Adil haruslah disimpan rapi.
"Ada. Dia cakap, dia nak tengok draf cerita baru lapan minggu lagi." Beritahu Budi.
Rian terbeliak! "Lapan minggu? That's two months!" apa Encik Eddy ingat dia ni peti khazanah ceritera ke apa?? Walaupun hanya draf tetapi benda sekecil itupun tersangatlah rumit untuk dihasilkan. Isy!
"Ha'ah kak." Jawab Budi.
"Hmm...tengoklah apa yang ada nanti." Balas Rian mendatar. Dia bangun dari situ. Belum beberapa langkah, suara Budi menahannya.
"Oh, ya. Adik akak call. Dia cakap dia call handphone akak tutup." Beritahu Budi lagi.
Adik Rian kini bertapak di London sebagai pereka fesyen yang terkenal.
"Okey..okey. I'll call her later." Jawab Rian yang sudah menginjak anak tangga. Sudah lama Merlina tidak menghubunginya.
Apa khabar adiknya. Bagi Rian, Merlina bertuah kerana berbakat dalam mereka pakaian sehingga namanya semakin terkenal di arena fesyen antarabangsa. Perwatakan mereka juga bagai langit dengan bumi.
Merlina yang kini sudah bertudung litup, bersifat lemah-lembut berbading Rian yang lebih mengikut kata hatinya.
Namun, di sebalik perbezaan itu, mereka berkongsi nasib yang sama. Sama-sama diabaikan oleh ibu bapa mereka.
Rian melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 6.12 minit petang? 'Lepas mandilah call dia.' Putus Rian menanggalkan pakaiannya dan mencapai tuala yang dibalut ala kadar ke tubuhnya sebelum berlalu ke kamar mandi.
Sedar, mereka hanya ada sesama sendiri untuk dia pinggirkan adiknya. Sejak kecil dialah pelindung Merlina jika ibu dan bapa mereka bergaduh.
Menenangkan Merlina, membuatkan dia juga bertenang.
**********************"Hai, Merly." Sapa Rian. Suaranya agak mendatar. Suara di hujung talian kedengaran dekat. Walau hakikatnya mereka terpisah beribu-ribu batu.
"Kak Rian!! Kak sihat?" sapa Merlina ceria. Sudah lama dia tidak berhubung dengan kakaknya. Kesibukan kerja selalu menghalangnya dari memberi perhatian kepada perkara-perkara peribadi.
YOU ARE READING
CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPU
RomanceRian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas h...