Langkahnya mati. Perasannya libang-libu. Niatnya untuk menemani Rian mati.
Rasa menyesal pula datang ke tepi pantai setelah Rian terang lagi bersuluh untuk tidak menerima tawarannya untuk menemani gadis itu di tepi pantai tadi.
Namun, setelah Adil sampai di bilik, hatinya rasa tidak senang membiarkan Rian berseorangan di tepi pantai yang gelap itu.
Dia bingkas keluar dan menuju ke pantai.
Sekarang apa yang dia dapat kerana bimbangkan Rian Khadijaa?
Sudah tentu Rian tidak akan keseorangan apabila ditemani lelaki yang Rian nampak seperti terkejar-kejarkan itu, bukan?
Ya, siapalah dia, Adil, hanya seorang tukang cat yang miskin dan hanya diupah sebanyak lima ribu ringgit untuk berlakon sebagai teman lelaki seorang Rian Khadejaa.
Adil mengeluh hampa. Dia berpatah semula ke biliknya.
Nampaknya Rian tidak akan apa-apa. Hanya dia yang terhegeh-hegeh bimbangkan Rian!
Di tepi pantai, gelak ketawa yang merendah berselang-seli dengan perbualan santai antara Rian dan Hazryq.
*********************
"And, besides that, kenapa teman lelaki awak tak teman awak? I mean, a gorgeous girl like you, tak sepatutnya dibiarkan sendirian di tempat gelap, sunyi macam ni. Hei, kalau saya, memang saya takkan biar teman wanita saya sorang-sorang kat luar ni." Tanya Hazryq menukar topik. Matanya tidak lepas-lepas merenung kecantikan Rian yang dirasakan memukau itu.
Hati Rian terasa dilambung-lambung apabila dipuji oleh lelaki yang selama ini diimpikannya siang dan malam selama 10 tahun ini.
Rian melarikan pandangannya dari wajah Hazryq yang galak merenungnya.
Hatinya tidak surut-surut debarannya sejak tadi. Oh! Kacak gila Hazryq ni!!
Rian berdehem. "Err..I have a confession to make." Ujar Rian mengerling ke arah Hazryq sebelum kembali melontarkan pandangannya ke arah lautan yang tidak kelihatan yang hanya deburan ombak sahaja yang kedengaran.
"Apa?" tanya Hazryq ingin tahu.
Rasa Rian dia perlukan Hazryq untuk tahu tentang hubungannya yang sebenar dengan tukang cat itu.
Sebagai penulis yang selalu bergelumang dengan boleh dikatakan semua perasaan, rasanya tidak keterlaluan untuk Rian katakan yang Hazryq menyimpan rasa terhadapnya dan Rian tidak akan menahannya.
"Sebenarnya Adil bukan boyfriend saya." Ujar Rian. Dia tidak memandang wajah Hazryq sebaliknya melihat jemarinya sendiri.
Mata Hazryq memandang Rian tidak berkelip. "Habis tu, Adil tu siapa?"
"Err..cuma someone yang saya upah untuk jadi boyfriend saya untuk tiga hari dua malam ni." Beritahu Rian lagi.
Hazryq melopong. Jelas tidak menyangka akan mendengar perkara itu dari Rian.
"Oh. Is he an escort?" Hazryq ada mendengar tentang perempuan yang mengupah lelaki untuk kesenangan mereka.
Lelaki-lelaki ini diupah untuk dibawa bertemu keluarga atau sekadar menemani ke mana-mana majlis. Adakah Adil juga peneman?
Rian terkesima. "Eh! Bukan. Adil tu someone I happened to meet one day. Tak banyak yang saya tahu pasal dia sebenarnya. Saya upah dia hanya untuk beberapa hari ni aje." Rian menjelaskan.
Perkataan 'escort' itu agak keterlaluan. Ianya membawa maksud yang kurang baik.
Rasa bersalah pula jika dibiarkan Hazryq berikiran buruk tentang Adil. Bagi Rian, walaupun Adil hanya seseorang yang dia upah, tanggapan orang lain terhadap siapa Adil perlu diambil kira.
YOU ARE READING
CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPU
RomanceRian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas h...