PANDA 5 : Rumah Anak Noursi 1

45 4 0
                                    

Mack melangkah cepat ke arah seorang lelaki yang berdiri tegak di hadapan sebuah kapal layar yang bernilai jutaan ringgit itu. Rancak berbincang dengan salah seorang pekerja mereka. 

Di tangan lelaki itu terbuka sebuah fail mengandungi segala maklumat berkaitan kapal yang kukuh berdiri di atas penongkatnya di darat. Ada beberapa mekanik yang sedang berdiri meneliti bahagian bawah kapal itu.

"Macam mana?" tanya Mack ringkas, setelah pekerja lelaki itu meminta diri.

"Okay. Aku dah pecat pun. Tak ada kompromi dengan pekerja yang macam tu. Etika kerja zero!" Wajah lelaki itu agak berkerut, memahami maksud pertanyaan Mack. 

Mata lelaki itu tidak lepas-lepas dari melihat badan seputih mutiara kapal layar. Lengannya yang kejap, berurat kelihatan utuh memeluk tubuhnya. 

Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan. Bengang apabila ada pekerjanya membuat parti haram di dalam kapal layar pelanggannya.

Bukan itu sahaja, ada perempuan, juga berbotol-botol arak dan mengotorkan hampir seluruh kapal layar pelanggan mereka. 

Perlabuhan marina itu sesekali dipenuhi dengan bunyi burung-burung camar. Angin laut berhembus agak kuat hari itu.

"Tapi dorang tak dapat report kita kan?!" Mack bersuara cemas.

Lima orang pekerja yang didapati terlibat sudah dipecat tanpa bertangguh oleh rakan kongsinya ini. Tetapi Mack risau  kalau-kalau para pekerja yang dipecat akan membuat laporan kerana dipecat serta-merta dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Banyak masalah yang akan timbul kalau ada campur tangan pihak pejabat buruh. Yang paling teruk mereka akan hilang pelanggan.

Kerja menjaga kapal layar yang menyewa di tempat mereka bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Mereka memegang amanah tuan punya kapal-kapal mewah itu.

"Jangan bimbanglah. Aku ada semua bukti yang mengatakan pemecatan mereka kerana salah mereka sendiri yang tertera melanggar kontrak dan syarat-syarat. Bukti CCTV pun ada. Kau jangan lupa periksa setiap kali ada penghantaran baru. Carefull!" lelaki itu menepuk kuat bahu temannya itu. 

Dia tahu yang Mack agak cuai kadang-kala dalam urusan kerjanya apabila melibatkan perempuan seperti semalam, yang menyerahkan kerja kepada orang lain kerana sibuk berjanji temu dengan teman wanita barunya. 

Hinggakan penghantaran kapal ke dek dibiarkan tanpa pengawasan. Kerja Mack adalah mengawal para pekerja mereka.

"Sorry, Adil. Aku akan pastikan ni yang terakhir!" Mack lega apabila perkara itu selesai. Berpeluh juga dia semalam apabila mengetahui masalah ini.

"Okeylah, aku blah dulu," ujar lelaki itu menuju ke arah keretanya yang diletakkan di luar pagar yang agak jauh dari situ.

Hari itu cuaca cerah. Dia mahu membuatkan pagar di sebelah pondok melukis kanak-kanak di Rumah Anak Noursi.

Adil Noursi memecut laju Aston Martin bersinarnya.

***************************

Mata Rian membulat merenung perkataan demi perkataan di skrin telefonnya. Perempuan ni memang sakit jiwa agaknya. 'Kenapa kalau aku takde teman lelaki pun. Kacau hidup engkau ke?' hatinya merengus meluat melihat tweet terbaru daripada Lina.

Rian segera menutup sambungan internet di telefonnya. Malas hendak melihat kata-kata Lina yang menyakitkan hatinya. Semakin hari semakin melampau!

'Isy...mana aku nak cekup boyfriend ni??' Rian serabut. Dia mesti pergi atau selamanya Lina akan terus-menerus memperlekehkannya. Sesuatu yang tidak akan dibiarkannya. 

Serius sekarang Rian mempertimbangkan untuk mencari mana-mana lelaki yang sudi jadi teman lelaki palsunya.

Tapi, bukan mudah pula nak cari 'prince charming' dalam masa tidak sampai dua minggu ni?? 

Ah! Serabutnya!! Jantungnya berdegup kencang. Peluh merenik di dahinya. Rian menarik nafasnya panjang cuba menenangkan diri. Dia terlalu sibuk memikirkan kerjanya, hinggakan dia hanya memandang ringan akan masa sebulan yang lalu sejak berjumpa Lina. Nampaknya dia sudah tidak punya masa. 

Apakah dia terlalu mengikut perasaan dalam melayan kerenah Lina?

Sebenarnya dia berdendam. Lina masih dapat membulinya sehingga ke hari ini! Rian tahu dia tidak sepatutnya melayan sifat budak-budak Lina.

Tetapi Rian menetapkan yang ini adalah kali terakhir dia akan membayar semua sakit hatinya dari sekolah menengah. Once and for all!

Ya! Dia mesti mencari teman lelaki palsu! Dia akan cari sendiri, takkan pula nak suruh Budi? Bukan nak suruh cari rumah anak yatim...

TING!!!

Sekali lagi mentol akalnya menyala terang! Rumah anak yatim. Rumah Anak Noursi. 

'Yes Rian! Tukang cat tu!!!' Rian terbeliak. Ya tak ya. Sesuailah untuk teman lelaki palsu segera! 'I can't believe I'm thinking about this!!'

Rian berperang dengan perasannya sendiri. Dia berfikir sejenak. Mempertimbangkan seeloknya.

Rian tak pernah ada kawan lelaki yang boleh diminta tolong. Lelaki selekeh itu sahajalah satu-satunya yang bercakap dengannya.

Err..lebih kepada bergaduh. Ya atau tidak? Si tukang cat tu atau langsung tak ada?? Sebetulnya hanya tinggal 12 hari sahaja lagi dari tarikh ke Pulau Langkawi. Alamak!! Rian kalut.

Akhirnya Rian mengalah dengan diri sendiri. 'Nama apa entah? Oh..Adil. Adil pun Adil lah!' Rian teringat nama si tukang cat itu apabila teringat kembali kak Rima memanggil lelaki itu dengan nama Adil.

'Masalahnya Cik Rian sayang...Adil nak ke tolong kau??' hatinya bertanya.

'Ha'ah! Betul jugak. Dia kan memang biadap, selekeh dan sewaktu dengannya!'

'Tapi kau dah suntuk masa. Takkan nak iklankan dalam surat khabar weh! Bikin malu!' hatinya mengingatkan.

Dia mesti bertanya dengan tuan tubuh terlebih dulu. Nak tak nak, itu belakang kira. Yang penting dia mesti berjumpa Adil. 

***************************

Adil meletakkan keretanya di tempat selalu.

But kereta dibuka. Empat tong cat dikeluarkan. Bersama beberapa peralatan cat yang lain.

"Hadi, Sani! Sini jap." laung Adil kepada dua orang budak lelaki yang kebetulan lalu di situ.

Dua orang budak lelaki itu segera menghampiri Adil. "Ada apa, bang?" tanya Hadi.

"Ini, kau tolong letakkan kat pondok." Pinta Adil sambil menyerahkan dua tong cat kepada mereka.

Adil menutup kembali but keretanya. Dia juga membawa dua tong lagi menuju ke arah pondok. 

Cat-cat itu untuk mengecat pondok. Tetapi hari ini dia mahu memulakan projek pagarnya yang sudah tertangguh lama. Segala peralatan membuat pagarnya pula sudah dihantar pihak kedai pekakas tadi.

Dia sudah mendengar keriuhan suara kanak-kanak yang datang dari pondok. Nampaknya mereka membuat aktiviti melukis lagi hari ini.

"Abang Adil!!!!" sapa beberapa kanak-kanak yang sedang melukis. Adil dapat lihat bermacam-macam gambar di lantai pondok.

"Hai, korang. Buat apa ni?" tanya Adil ceria. Dia meletakkan barang-barangnya di tepi pondok.

Mujur dia sudah menukarkan baju. Si kecil yang bernama Nurul datang terus memeluknya. Habis cat air bertepek-tepek di seluar jeans dan t-shirt Adil.

"Nurul! Habis baju abang Adil. Tengok tu." tegur Kak Rima.

Nurul tersengih. Adil juga turut ketawa. Dia tidak kisah langsung. Adil sempat mengusap-usap kepala Nurul yang kembali meniarap di lantai, menyambung lukisannya.

"Ada space untuk abang Adil tak?" Adi terasa hendak menunjukkan bakatnya hari ini.

Terdengar sorak-sorai kanak-kanak teruja Adil mahu menyertai mereka.


**********************

bersambung...

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now