PANDA 24 - Sepandai-Pandai Tupai Melompat

46 6 0
                                    

Rian menolak cermin matanya naik ke batang hidung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rian menolak cermin matanya naik ke batang hidung. Keluhan dilepaskan.

"Ya. Saya tahu. Saya tak janjilah boleh ke tidak. You know kita pun belum lama. Macam baru sangat nak jumpa parents awak....saya tahu. But give me some time okay?" Rian memutar-mutarkan pen di tangannya. 

Mukanya menayang bosan melayan cakap-cakap di hujung talian yang bunyinya sudah membebel-bebel. 

'Lelaki pun membebel jugak ke? Yup! Kalau kau couple dengan Hazryq, yes, men do nags!' Rian menguap lebar.

Rian meletakkan telefonnya ke tepi. Dia menghembus nafasnya kuat. Rasa macam nak meletup! Hazryq ni suka benar menekannya. Dia paling tidak suka jika dipaksa-paksa. Pantang!

Dia masih cuba bersabar dengan kerenah lelaki itu.

"Kak?" tegur Budi menolak pintu kamar Rian. Dia meletakkan semuk kopi panas di sebelah laptop Rian.

"Thanks." Ucap Rian. Matanya masih melekat di komputer. 

Laman Pinterest di scroll malas. Rian tiada mood hendak membuat kerjanya.

"Akak okey?" tanya Budi. Dia memeriksa imejnya di cermin besar sebelah meja kerja Rian.

"Okey aje." Jelas Rian berbohong. Dia mengerling Budi. "Amboi...lawanya. Ke mana?" tanya Rian meneguk kopinya.

"Nak datinglah. Hari ni kan Ahad." Budi tergelak kecil. 

Badri janji hendak membawanya ke tempat istimewa sempena gaji pertama di tempat kerja barunya. Teman lelakinya agak jauh berubah. Lebih ceria. Dengarnya seronok bekerja di tempat baru.

Rian tersentak. 'Aku juga yang terperuk di rumah.'

Bukan Hazryq tidak mengajaknya menonton wayang atau berjalan-jalan hari ini, tetapi dia yang tiada hati hendak melakukan apa-apa di luar rumah. Dia mahu terperuk sahaja di dalam kamar.

"Hazryq tak ajak akak keluar ke?" tanya Budi, hairan. 

Rasanya Budi jarang melihat Rian keluar dengan teman lelakinya kebelakangan ini. Orang ada teman lelaki, wajah selalunya ceria. Rian pula lain. Anginnya tidak menentu sejak ada teman lelaki. Tetapi Budi tidak bertanya apa-apa.

"Ada. Tapi akak malas nak keluarlah." Jawab Rian mendatar. Teringat perbualannya dengan Hazryq tadi. 

Mulanya seronok hendak berjalan-jalan hujung minggu, alih-alih, lelaki itu mahu membawa Rian makan tengah hari di rumah ibu bapanya. 'What the hell?!' 

Baru enam bulan mereka serius, takkanlah sepantas itu Rian hendak bertemu kedua orang tua Hazryq? Di mana pula pertemuan itu akan berakhir kalau tidak di pertemuan yang seterusnya. 

Kurang-kurang setahun ke, okeylah. Dia belum pun boleh katakan yang dia menyintai Hazryq. Masalah hati dan perasaan ni memang menjerut. 

Tapi kata Adil, cinta itu mudah, tak perlu kita susahkannya. Tapi bagaimana? Selama dia dewasa ini, dia belum pernah mengalah dan menerima sahaja bulat-bulat perbuatan yang dia tidak suka, tetapi sejak bercinta dengan Hazryq, dia menjadi orang lain? Dia berubah kerana lelaki itukah? Dia berasa tidak selesa dengan dirinya sekarang.

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now