PANDA 15 : Sekuntum Iris

37 4 2
                                    


"Hai." Sapa Adil di muka pintu Rian. Wajah Rian seperti biasa. Masam.

"Hmm." Jawab Rian sambil menutup rapat pintunya. "Ingatkan dah pergi pantai."

"Tidak tanpa teman wanita saya." Jawab Adil merenung teman wanita palsunya yang begitu cantik sekali.

Tetapi nampak macam aneh pula. Selalunya Adil melihat Rian sebelum ini tanpa make-up.

"Whatever.." Rian menjeling seraya berjalan meninggalkan Adil yang pantas mengekorinya.

Mereka berkumpul di keliling unggun api sambil menikmati makanan laut yang segar. Rian hanya melihat teman-temannya menjamu selera.

Perutnya menyanyi lapar. Jengkel melihat Eddy dan Lina yang sedang saling suap-menyuap.

Dia membayangkan yang dia mengganyang wajah Lina ke pinggannya. Tanpa sedar Rian tersenyum sendiri.

"Kau tak makan ke, Rian?" Tanya Janet, perasan yang Rian langsung tidak menjamah makanan laut yang menimbun di hadapan mereka.

"Tak, kenyang." Jawab Rian pendek. Dia hanya mengambil air jus sahaja.

Rasanya sebentar lagi dia akan keluar mencari makan di luar.

Bukan tidak boleh memesan makanan di hotel tetapi dia nak rasa makanan lain.

Terlanjur ke pulau ini mestilah nak cari makanan tempatan.

Baru dia perasan, mana pula pergi Adil? Tadi ada di sebelahnya. Rian leka sebentar berbual dengan Janet dan suaminya.

"Mana Adil?" Tanya Janet lagi. Dia memegang sepotong sotong bakar lalu dimakannya.

Mereka tidak susah-susah berpeluh-peluh membakar semua makanan laut kerana ada chef yang ditugaskan untuk melakukan semuanya.

"Dia..." Rian menebarkan pandangannya mencari Adil.

"Hmm..takkanlah bergaduh. Kata romantik sangat." Sindir Lina tajam. Dia masih sakit hati ditolak Rian petang tadi.

Belum sempat Rian membalas kata-kata Lina, sepinggan ayam dan daging bakar tersua di hadapannya.

Rian terdiam mendadak. Dia menoleh ke sebelahnya. Adil. Spontan tangannya menyambut pinggan itu.

"Thanks. Saya memang romantik orangnya, kan sayang?" ujar Adil tersenyum nakal.

Matanya merenung Rian, lunak.

Rian tertawa kecil, spontan. Lakonan mesti diteruskan.

"Ya, sayang. Awak memang manusia paling romantik kat dunia. Sampai orang cemburukan saya, awak tau?" gurau Rian sambil menyindir Lina yang terdiam terus melihat Adil dan Rian.

Sambil menjeling meluat, dia berkalih duduk menghadap Eddy yang sibuk mengunyah dari memberi perhatian kepada situasi janggal itu.

Adil melabuhkan duduk di sisi Rian. Dia memandang ke hadapan. Bibirnya tersungging senyum. Adil meneguk minuman orennya.

"Where have you been?" Tanya Rian berbisik ke telinga Adil.

Adil berbisik balas. "Bakar daging kat awaklah, mana lagi. Kebulur nanti kan ke susah."

"Tapi, kat mana? Kan semua seafood aje?" Rian mengintai-ngintai ke arah api membara tidak jauh dari mereka.

Tak ada juga kelibat ayam atau daging.

"Mana ayamnya?"

"Kat dapur hotel lah sayang, mana lagi." Adil membalas tenang.

Dia ingat yang Rian tidak boleh makan makanan laut dan sejak awal tadi dia meminta pihak hotel menyediakan ayam dan daging bakar untuk Rian.

CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPUWhere stories live. Discover now