"Okey kak. Nanti saya catkan pagar ni. Kalau kaler putih cantik kan?" tanya Adil kepada Kak Rima.
Pagar itu telah siap sudah hampir seminggu tetapi masih tidak sempat disapu cat.
Adil tidak membenarkan sesiapa pun mengecatnya kerana dia mahu membuatnya sendiri.
"Cantik dah Adil ooiii..." masuk itu sudah empat kali Adil bertanya tentang pagarnya. Ya memang cantik. Kemas sahaja.
Adil tergelak. Matanya merenung pagar buatannya yang sudah siap. Kagum sendiri dengan hasil kerjanya. Astaghfirullah. Tersedar bakat itu adalah kurniaan Allah SWT.
"Adil ada nampak Rian tak kebelakangan ni? Lama dah akak tak jumpa dia. Apa cerita agaknya buku baru dia." Tanya Kak Rima.
"Kenapa akak tanya saya, pulak? Bukan saya bodyguard dia." Ujar Adil berjenaka.
Dia akan bertemu Rian lagi petang ini. Ada hadiah yang ingin diberi kepada Rian. Hatinya tersengih jahat.
Kak Rima tertawa. "Ha'ah! Kenapa akak tanya Adil ya? Kalau awak tu boyfriend dia logiklah juga..." Kak Rima masih ketawa sambil masuk ke dalam pejabatnya.
Adil masih berdiri di ditu. Matanya masih juga di ceracak pagarnya. Tetapi bukan fikirannya. Rian Khadijaa.
Sedar masa tidak menunggunya, dia melaung dari luar pejabat Kak Rima yang dia hendak pulang.
Jam 3.47 minit petang keretanya sudah masuk ke tempat letak khasnya.
"Thank you!" ujarnya menyambut mug kopi pekatnya dari setiausahanya yang sudah sedia menunggu di hadapan mejanya.
"Ram ada di mana?" tanya Adil meneliti fail di tangannya seraya duduk di kerusi di belakang mejanya. Kopinya disisip sedikit.
"Kat port Encik Noursi. Dia tengah tunggu encik." Ujar setiausahanya.
"Okey. Fail ni awak bagi pada Mack." Kata Adil menyerahkan kembali fail itu kepada gadis itu.
"Baik encik." Balas setiausahanya.
"Saya nak ke port sekarang." Adil bangun dan melangkah keluar dari pejabatnya. Cuaca boleh tahan panas hari ini.
Tetapi Adil sudah biasa dengan cuaca begitu. Hujan atau panas lebih kurang sama sahaja. Kerja tetap kerja. Semasa di atas pelantar minyak dahulu memang tidak menang tangan.
Kebanyakan masa mudanya dihabiskan di atas pelantar. Adil sudah merasa pelbagai situasi.
Kapal mewah yang terpacak di hadapannya dengan nama Manora itu milik sepasang suami isteri dari Singapura.
Selain menyediakan tempat kapal-kapal layar berlabuh, syarikat Adil dan Mack juga menyediakan perkhidmatan membaiki kerosakan kapal layar.
"So macam mana Ram? Is everything okay?" tanya Adil sebaik kakinya menjejak lantai kapal itu.
"Hmm..nampaknya Manora dah sedia nak balik ke Singapura. Everything is fine." Jawab Ram menepuk-nepuk stereng kapal itu. Bangga.
Lelaki berkulit hitam manis itu adalah antara pekerja yang paling lama bekerja dengan Adil dan Mack.
"Good..good. Dateline pun dah sampai. Tak payah lagi saya nak extend. Hmm..good job Ram. The rest of the team can rest for a while sebelum penghantaran dua hari lagi. Yang lain-lain pun okey kan?" Adil memeriksa GPS yang dibaiki Ram. Semuanya sudah elok.
"Okey. Cuma Speedo ada masalah sikit bahagian enjinnya." Beritahu Ram melihat kembali fail di tangannya.
Merujuk kepada sebuah kapal yang kecil sedikit dari Manora yang tidak jauh dari mereka, kelihatan teroleng-oleng di atas air.
YOU ARE READING
CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPU
RomanceRian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas h...