Rian memeluk bahu gadis itu yang teresak-esak. "Dah la tu, Budi. Teruk betul muka orang tua nangis!" Rian cuba membuat lawak.
Budi mengelap hidungnya yang memerah. "Stop joking around, Kak Rian! Tak kelakar langsung!" marah Budi.
Sebaik sahaja dia mendapat panggilan dari pihak Rumah Anak Noursi mengatakan yang Rian terjatuh dalam sungai dan tidak dapat disahkan keadaan Rian selepas itu, Budi terasa nafasnya putus.
Namun, setelah diberitahu Adil terjun untuk menyelamatkan Rian, Budi berasa agak lega walaupun begitu dia tetap risau kerana Adil turut hanyut dibawa arus deras.
Sempat juga semasa dalam perjalanan tadi Hazryq diberitahu apa yang berlaku kepada Rian. Tetapi yang membuat Budi marah, Hazryq berkata dia tidak dapat menyertai Budi ke Kedah. Dia pasti Rian baik-baik sahaja. Eh! Lelaki itu!
Budi terus mengambil penerbangan ke Alor Setar untuk menyertai pasukan mencari dan menyelamat. Sudah ditegah tetapi Budi berkeras hendak turut masuk ke hutan mencari Rian.
Pihak media turut membuat liputan di pinggir hutan. Seperti yang tersebar di media sosial, penulis terkenal Rian Khadijaa lemas. Budi telah membuat penjelasan yang Rian baik-baik sahaja.
Ramai pula yang mendoakan keselamatan Rian. Budi terharu. Akan ditunjukkan kepada Rian kemudian. Hinggakan Lina juga turut mendoakan Rian. Pasti Rian terkejut!
Adil tersenyum melihat Budi yang masih teresak-esak.
"Dia tak apa-apalah." Sampuk Adil yang terbaring di katilnya. Lukanya sudah dicuci, dijahit sebanyak sepuluh jarum dan dibalut kemas. Mereka menunggu kebenaran doktor untuk pulang.
Dia lunak memandang Rian. Lega segalanya baik-baik sahaja. Lega Rian dan Nurul tidak cedera. Sebaik sahaja dia terjaga tadi dia sudah berada di hospital.
Dari tadi lagi Adil sudah menyuruh Rian pulang tetapi gadis itu berkeras hendak menunggu bersamanya.
Nurul pula setelah menjalani pemeriksaan, sudah pulang bersama Kak Rima dengan kanak-kanak yang lain.
"Thanks Adil, awak tak tahu betapa saya terhutang budi dengan awak selamatkan Kak Rian. Awak memang hero!"
"Takde apalah Budi, saya cuma tolong aje. Untuk pengetahuan awak, Rian sebenarnya yang hero, dia terjun selamatkan Nurul sedangkan dia sendiri tak tahu berenang." Ujar Adil, kagum.
"Kebetulan aje saya nampak." Ujar Rian menunduk. Dia langsung tidak berfikir panjang, nampak sahaja kelibat Nurul sesaat sebelum terjatuh membuatkan kakinya spontan berlari terjun ke dalam sungai yang deras itu. Syukurlah semuanya sudah berlalu.
"Hey, man!"
Spontan mereka bertiga berpaling ke arah pintu. "Mack!" seru Adil berjabat kejap dengan Mack.
"Kau okay ke? Risau betul aku masa Kak Rima call." Mack duduk di sisi Adil.
Tadi terus sahaja dia datang ke Kedah sebaik mendapat panggilan dari Kak Rima mengenai kejadian Adil terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Rian dan Nurul. Kebetulan Mack ada urusan di Ipoh.
"Okay. Kaki aku luka kena kayu kot." Cerita Adil sambil menunjukkan kakinya.
"Oh! Hi, girls!" sapa Mack kepada Rian dan Budi yang merenungnya.
"Hai, Encik Noursi. Bertemu jugak akhirnya saya dengan tuan punya Rumah Anak Noursi." Ujar Rian, tegar.
Inilah teman Adil. Memang kacak orangnya. Dengan tubuh yang tegap, kulit yang putih bersih. Kata Adil, Encik Noursi tua, mana pulak tua, muda lagi kot! Hatinya terasa pedih tiba-tiba. Rian tiba-tiba berasa tidak suka kepada 'Encik Noursi' di hadapannya ini.
YOU ARE READING
CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPU
RomanceRian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas h...