Maskara dicapai dan dilalukan di bulu matanya. Diulang pula pada bulu mata kirinya. Rian berundur setapak ke belakang meneliti dress labuh ke buku lalinya. Cantik terletak gaun lace penuh berwarna ungu lembut kekelabuan itu.
Jahitan beads halus di bahagian dada menganjur tiga segi ke pinggangnya menyerlahkan pinggang rampingnya dan turut memenuhi bahagian lengan hingga ke pergelangan tangan.
Jaluran beads di kaki dress seperti percikan air ke atas lutut mengakhiri sulamannya. Gaun itu dibeli oleh Merlina, di Milan tempoh hari.
Rambutnya hanya disanggul bun kemas dan dililit dengan reben lebar berwarna sama dengan bajunya.
Diingatkan sekali, baju secantik ini akan digandingkan dengan blazer hodoh dari bundle!
Isy! Rian berang.
Tetapi sudah terlambat untuk itu. Dia menarik nafasnya panjang, menenangkan diri. Malam ini adalah mengenainya, akan ditunjukkan kepada mereka yang selama ini mengutuknya bahawa Rian ini adalah Rian yang berjaya dalam hidup!
Dia tidak memerlukan suara Lina dan geng bulinya untuk menjatuhkan Rian! Bukan malam ini dan bukan selamanya!
"Hisy! Boleh ke dengan my so-called boyfriend yang selekeh tu! Eeii!!" kakinya dihentak ke lantai. Geram! Dia sudah separuh menarik zip di belakangnya sebelum terdengar ketukan di pintu.
Tok! Tok! Tok!
Pasti si selekeh tu! Hai, kalaulah Hazryq yang menjadi temannya, alangkah bahagianya jiwa....bibirnya pasti menguntum senyum sepanjang malam.
Kena-kena pula kalau Hazryq terpikat dengannya malam ini dan terus melamar, pasti dia tidak akan bertangguh-tangguh untuk berkata ya kepada lelaki yang selama ini bertahta di hatinya.
Tok! Tok! Tok!
"Hisy! Kacau orang nak berangan!" kakinya melangkah ke pintu. Malas hendak menghadap wajah menjengkelkan itu. Kenapalah lelaki itu tak balik aje?!
Pintu dikuak kasar tanpa Rian lihat di lubang kecil di pintu itu. 'Menyemaklah Adil ni...' suara hatinya turut terdiam bersama suara yang tersekat di kerongkongnya.
Matanya tidak lepas-lepas melihat sekujur tubuh di hadapannya. Mulutnya kering, hampir ternganga. Adil juga diam terkedu melihatnya.
"Kenapa macam nampak hantu ni?" tanya lelak itu hairan. Adil berdehem-dehem, mengalih pandangannya ke arah lain.
Dia pun hampir ternganga. Matanya terpukau dengan kecantikan Rian. Macam puteri...Adil mengawal perasaannya.
"Ini..awak.." Rian kehilangan suaranya. Dia merenung Adil dari kepala ke kaki, langsung tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Rambut yang tersisir rapi, dan wajah Adil bercukur licin. Dan apa yang mengejutkan Rian, adalah sepersalinan sut hitam yang tersalut kemas di tubuh lelaki itu.
Menyerlahkan bahu dan dada bidang yang tersembuyi di sebalik kot hitam dan kemeja putih gading. Sehelai bow tie hitam melengkapkan gaya lelaki itu. Seluar slack, kasut berkilat.
Wah! Mana Adil yang selekeh, tukang cat tu??
"Dah kenapa dengan awak?" Adil mengangkat keningnya masih berpura-pura kurang faham.
"How..." Rian mengisyaratkan ke arah tubuh Adil, pandangan gadis itu sekali lagi terhenti di 'blazer' Adil.
"Sayang? Awak dan siap ke belum, kalau awak nak terus ternganga kat sini pun boleh. Saya ke dewan sorang aje. Perut pun dah kebulur ni." Adil memeriksa jam Omega 'celupnya'.
Dah lapan sebelas minit pun. Ingatkan dia lewat. Adil membetulkan sedikit kafling di hujung lengannya.
Pandangannya kembali ke arah Rian. Dia tahu Rian terpegun melihat sutnya. Hah! Kejutannya menjadi. Dan, dia juga tidak sangka Rian akan secantik itu malam ini.
YOU ARE READING
CINTA SI PANDA BIRU DAN SI TUKANG SAPU
RomanceRian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas h...