Nayraish | 10

40.5K 2.6K 434
                                    

KEPALA dihempaskan di stereng keretanya berkali-kali. Nayra malu untuk bersemuka dengan Aish pada hari itu. Keadaan Restoran Han Twins diperhatikan dari dalam keretanya. Kelihatan hanya Ariq, Amirul dan Syafiq yang baru sampai. Aish masih belum kelihatan.

"Gilalah! Mana aku nak letak muka aku ni? Dasar tak tahu malu! Tiber call dia lepas tu minta teman sleep call bagai dan siap nangis macam budak-budak! Kau memang tak tahu malu, Nayra Adelia hoi!" Wajah ditekup lama. Malunya sampai sini!

Ketukan di tingkap kereta membuatkan Nayra tersentak. Nayra buka tingkapnya lalu terserlahlah wajah kacak Aish yang merenungnya. Nayra terdiam seribu bahasa.

"Kenapa tak masuk lagi? Nak makan gaji buta ke, Nayra Adelia?" tegur Aish dengan nada perlian.

"Err nak masuklah ni." Nayra pun bergegas keluar dari keretanya lalu berjalan mendahului Aish. Malunya.

Bibir merah Aish melebar menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Dia tahu Nayra malu disebabkan hal semalam tapi dia tidak peduli sangat pun.

Sepanjang hari itu, Nayra cuba sebaik mungkin agar tak bertembung dengan Aish. Dia malu dan dia ingin mengelakkan diri daripada menjawab soalan yang mungkin Aish akan tanyakan kepadanya.

Nayra mengelap meja makan sehingga bersih lalu dia terpandang kelibat seseorang yang sedang merenungnya dari jauh melalui dinding kaca lut sinar itu. Mata itu, mata yang sangat dikenalinya.

Dulang yang berisi dua gelas cawan kaca yang berada di tangannya hampir jatuh ke lantai namun ada sepasang tangan yang lekas menyambut.

Nayra segera menoleh ke kanan,wajah Aish sangat rapat dengan wajahnya ketika itu.Jantung Nayra berdegup kencang entah kerana terkejut atau kerana buah hatinya berada di depan matanya ketika ini.

"Kau hampir rosakkan harta benda aku, Nayra Adelia!" ucap Aish sedikit tegas lalu dia berundur beberapa langkah dari Nayra.

Sebenarnya dia tidak peduli jika cawan kaca itu jatuh tapi dia risau jika Nayra terluka akibat terkena serpihan kaca itu nanti.

"Sorry," ucap Nayra perlahan lalu dia menoleh semula ke hadapan namun orang yang merenungnya tadi sudah tiada. Aish turut memandang ke tempat yang dilihatnya itu.

"Kenapa?" soal Aish. Nayra hanya menggelengkan kepalanya. Dia mengambil semula dulang di tangan Aish lalu dia menuju ke dapur. Segala fikiran negatif cuba ditepis.

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

DIAN cuba untuk menenangkan diri sementara menunggu Harith tiba. Dia mengajak Harith menemuinya di sebuah pantai. Pada petang itu, dia akan meluahkan perasaannya pada Harith setelah hampir sebulan mereka dekat.

"Kenapa nak jumpa aku dekat sini? Esok kan kita jumpa juga," sapa Harith lalu dia duduk di bangku bersebelahan Dian. Ada jarak yang memisahkan di antara mereka.

"Tu dekat tempat kerja. Saya bukan nak bercakap tentang kerja tapi tentang hal pribadi," jawab Dian sedikit gugup.

"Apa dia?"

"Sebelum tu saya nak tanya Encik. Kenapa Encik panggil saya Dian?" soal Dian pula agak hairan.

"Soalan apakah? Nama kau Dian kan, takkan aku nak panggil kau Durian pula?" balas Harith selamba. Lawak hambar.

"Ish encik ni! Maksud saya, orang lain semua panggil saya Reen. Jarang orang panggil saya Dian." Dian mencebikkan bibirnya. Dia juga lebih suka nama Reen berbanding Dian.

Harith terdiam seketika. Mata Dian ditatap.

'Sebab nama kau tu mengingatkan aku pada dia, Reen.' Hanya dalam hati dia mampu menjawab.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now