Selepas pergaduhan mereka, Aish menginap di rumah keluarganya. Agak pelik juga mereka akan kehadiran Aish tanpa isterinya itu. Namun lelaki itu tak memberitahu perkara sebenar.
Bunyi ketukan dari luar bilik tidur menyentakkan Aish dari lamunannya. Mata Aish beralih pada wajah Ariq yang baru masuk. Kening kanan diangkat tanda bertanya.
"Kau gaduh dengan Nayra ke?" soal Ariq sekadar mengagak.
"Erm entahlah."
"Kenapa kau tinggalkan dia sendiri dekat rumah?" Mendengar pertanyaan Ariq itu, Aish hela nafas berat. Dia cuma tak mahu pergaduhan mereka makin teruk.
"Aku tak tahulah nak cakap macam mana."
"Kenapa?"
"Betul cakap kau, Nayra dah jatuh cinta dekat aku," kata Aish dengan perasaan bercampur baur. Haruskah dia bahagia atau sebaliknya?
"Aku dah agak. So, apa masalahnya?" Ariq mengerutkan dahi tanda tidak faham.
"Aku tak cintakan dia." Mulut mengatakan itu tapi hati hanya Allah yang tahu.
"Aku tahu kau tipu," sampuk Ariq.
"Tak. Kau pun tahu aku masih cintakan Reen." Aish tatap wajah adik kembarnya itu seketika sebelum kembali menundukkan wajahnya.
"Dahlah, Ayan. Lupakan Reen. Kau kena terima kenyataan yang Reen tak akan kembali semula pada kau." Ariq agak geram mendengar benda yang sama. Sudah berbuih mulutnya menasihati Aish namun tiada hasil.
"Reen kecewa sebab aku kahwin dengan Nayra," luah Aish dengan perasaan bersalah yang makin menyerang diri.
"Macam mana kau tahu?" Ariq agak hairan mendengar hal itu. Sudah lama Reen pergi meninggalkan mereka.
"Aku jumpa dia hari tu."
"Aku rasa kau patut bawa berubat lah." balas Ariq sambil menepuk dahinya.
"Apa pula?" Aish buat muka tidak berpuas hati. Dia hanya katakan hal yang benar.
"So, Nayra marah kau ke apa?" soal Ariq pula masih tidak faham masalah sebenarnya. Kenapa mereka perlu gaduh?
"Aku tak tahu."
"Pergilah pujuk dia,jangan biarkan dia pujuk diri sendiri.Hati perempuan ni lain bro,cepat terasa sebab tu diorang cepat menangis.Bukan sebab mereka lemah tapi sebab tu sifat semula jadi mereka." sungguh lancar Ariq memberikan nasihat.
"Erm aku tak salah pun." Aish masih ingin membela dirinya.
"Ayan, kau nak ke Nayra tawar hati dengan kau? Perempuan ni, sekali dia dah tawar hati takkan dia buka semula hatinya untuk kau." semakin tegas suara Ariq.
"Cara kau bercakap ni macam orang berpengalaman pula," balas Aish selamba meskipun hatinya tersentap.
"Well,sebab aku lah lelaki yang paling memahami di dalam Malaysia ni.Calon suami idaman lah katakan heheheh." kata Ariq dengan yakin dan bangganya.
"Whatever."
"Kau pergilah balik, tak payah masuk kerja hari ni. Biar aku je uruskan restoran," ucap Ariq pula kembali serius.
"Betul ke?" Aish seakan tidak percaya dengan ucapan adiknya itu.
"Haah,kau settle kan lah urusan rumah tangga kau dulu." sungguh matang pemikiran seorang Ariq Farhan.Untunglah siapa yang menjadi isterinya suatu hari nanti.
"Yelah thanks, Ahan."
𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷
![](https://img.wattpad.com/cover/305410776-288-k716207.jpg)
YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romance1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...