Nayraish | 44

39.7K 2.4K 1K
                                    

BARU sahaja Aish melangkah keluar rumah, matanya tertancap pada sampul surat berwarna coklat yang terletak di atas cermin depan keretanya itu. Sampul diambil lalu dibuka. Bergetar hebat tangannya apabila melihat isi sampul itu.

Suara-suara jahat mula bermain di fikirannya. Terjatuh juga isi sampul itu ke atas lantai. Aish menutup kedua belah telinganya bagi menghilangkan suara-suara jahat itu. Dahinya mula berpeluh kuat. Tubir matanya turut berair. Bayangan peristiwa yang meragut nyawa arwah umi serta arwah Aireen kembali bermain dalam fikirannya.

"Kau pembunuh!"

"Kau yang patut mati!"

"Kau hanyalah bala!"

"Mati jelah kau!"

"Hidup pun menyusahkan orang lain!"

"Walid kau benci kau!"

"Nayra tak ingin pun lelaki pembunuh macam kau!"

"Bunuh diri jelah kau!"

Air mata Aish mula mengalir, setiap suara yang bermain di fikirannya itu membuatkan dia hilang kawalan.

"Diam!!" bentak Aish sendirian. Kepala digelengkan. Sedaya upaya dia cuba hilangkan fikiran negatif itu.

Nayra yang baru keluar dari dalam rumah mula panik apabila melihat suaminya itu sudah seperti orang tidak waras.

"Mati jelah kau!"

"Mati! Mati! Mati!"

"Arghhhh!!" jerit Aish sekuat hatinya. Dia terduduk melutut di tepi keretanya itu.

"Aish! Kenapa ni?" soal Nayra dengan paniknya. Dia cuba untuk membantu Aish bangun namun Aish segera menepis tangannya.

"Pergi!" bentak Aish tanpa sedar. Pandangannya kabur. Namun dia masih kenal suara yang memanggilnya.

"Aish..."

"Jauhi aku!" jerit Aish dengan suara bergetar. Dia terlalu ketakutan ketika ini.

"Aish, kenapa ni?" Luruh hati Nayra melihat keadaan suaminya itu. Tatapan mata Aish sangat lain.

"Jangan dekati aku, Nayra! Aku pembunuh!" 

"Ya Allah! Istighfar, Aish!" Nayra cuba memujuk namun semakin Aish menjauh darinya.

"Pergi! Aku nak mati! Biarkan aku mati!"

"Ingat Allah, Aish!" Mengalir juga air mata Nayra melihat keadaan suaminya itu. Ini kali pertama dia melihat keadaan Aish sebegitu.

"Jangan dekati aku!" jerit Aish lalu dia berlari masuk ke dalam rumahnya. Seakan ada bayangan yang mengejar, dia terus melarikan diri dengan badan yang menggeletar.

"Aish!" Nayra turut masuk mengejar suaminya itu namun Aish lebih pantas mengunci pintu bilik tidur mereka. Pintu bilik diketuk beberapa kali namun tiada sahutan.

"Aish? Buka pintu ni please?" rayu Nayra. Dia risau akan keadaan suaminya itu. Namun tiada respons.

"Aish! Please jangan buat saya risau!" jerit Nayra agak kuat.

"Aish, please!"

"Awak tenangkan diri dulu tau, nanti kalau dah tenang buka pintu ni," pujuk Nayra walaupun tiada sahutan. Keluhan kecil dilepaskan.

Nayra melangkah ke ruang tamu. Telefon pintar dicapai lalu nombor Ariq didail.

"Hello?"

"Ya kenapa?"

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now