SELEPAS melawat kubur arwah Aireen tadi, Nayra pulang ke rumahnya manakala Aish pula kembali semula ke restoran mewahnya untuk menyambung kerjanya.
Nayra merenung luar rumah milik Aish itu dengan perasaan sayu. Perbualannya dengan Aish kembali terngiang-ngiang di ingatannya.
"Erm esok kita pindah rumah."
"Hah? Pindah dekat mana?"
"Rumah kitalah."
"Awak beli rumah ke?"
"Haah, dah lama sebenarnya aku beli untuk Reen."
"Sebenarnya, rumah ni taklah baru sangat. Dah 3 tahun aku beli tapi tak berpenghuni. Sekali-sekala ja aku akan ke sini dan hias apa yang patut."
"Awak hias sendiri ke, Aish?"
"Haah tapi design semua ni Reen yang pilih."
Nayra pejamkan matanya seketika cuba untuk memproses semula apa yang berlaku dalam hidupnya itu. Rumah ini, tempat ini semuanya milik arwah Aireen pada awalnya.
"Rumah ni, rumah arwah Aireen. Kau tak layak, Nayra," ucap Nayra sendirian sebelum dia melangkah masuk ke dalam.
Setiap sudut rumah itu diperhatikan dengan pandangan bercampur baur. Kenyataan Aish membawanya tinggal di tempat ini dengan harapan dia Aireen, itu sangat menyakitkan. Suara suaminya kembali terngiang-ngiang di fikirannya.
"Perasaan aku terlalu dalam untuk dia. Sampai sekarang aku tak boleh lupakan dia. Kenapa dia perlu tinggalkan aku waktu aku betul-betul dah sayang dia sepenuh hati?"
"Dia janji takkan tinggalkan aku tapi dia pergi juga. Dia tinggalkan aku di saat aku takut kehilangan... Dia pergi di saat aku perlukan dia."
"Dia mungkir janji tapi aku tetap tak boleh lupakan dia... Kenangan kami masih jelas dalam ingatan aku. Susah untuk aku lupakan dia, Nayra."
Baru sekarang Nayra faham ucapan Aish itu. Siapa sangka perempuan yang dicintainya itu sudah meninggal dunia. Selama ini Nayra berfikir Aireen akan muncul semula dalam hidup Aish dan merampasnya semula. Namun tekaannya jauh sekali.
"Aku cintakan dia... aku rindu dia. Aku rasa bersalah... Aku punca dia pergi, Nayra. Mesti dia benci aku sampai hari ni."
Nayra tidak tahu ingin memberikan reaksi apa. Aish tidak menceritakan secara terperinci tentang punca kematian Aireen. Tapi yang pasti, Aish adalah puncanya.
"Ya Allah, apa patut aku buat? Aku buntu, bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Aku tak kuat, Ya Allah." Badan Nayra melorot le bawah. Dia rapuh, terlalu sakit kenyataan yang perlu ditelannya.
𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷
MATA Harith terpaku pada seorang wanita yang sangat dikenalinya. Perlahan dia mendekati Dian yang sedang memilih menu. Dia berdiri di sisi wanita itu namun masih berjarak.
"Kita jumpa lagi, Dian Afreena."
Dian toleh ke kanan. Mata mereka bertembung sesaat sebelum Harith larikan pandangan. Dia tak mahu lalai meskipun perasaan rindu itu membuak-buak.
"Harith Amsyar!" Senyuman terukir di bibir Dian. Tak sangka mereka akan jumpa setelah sekian lama terpisah.
Mereka mengambil tempat duduk di pertengahan kafe itu. Di meja kiri dan kanan mereka juga dipenuhi manusia. Jadi, eloklah mereka tak berduaan di tempat itu.
YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romance1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...