Nayraish | 29

38.8K 2.5K 214
                                    

SEBUAH kereta berwarna kelabu berhenti di perkarangan rumah milik Aish. Nayra membuka pintu penumpang depan dan masuk ke dalam perut kereta itu.

Hafiy yang berada di tempat duduk pemandu tersenyum sekilas sebelum dia memulakan perjalanan mereka ke destinasi yang ingin dituju.

Nayra hanya mendiamkan diri, terasa agak kekok untuk berbual semula dengan abangnya itu memandangkan sudah 5 tahun mereka tidak bersua muka.

"Dah lama ke Adel kahwin?" soal Hafiy sekadar basa basi. Dia ingin kurangkan jurang di antara mereka.

"Nak dekat dua bulan dah. Abang pula macam mana? Kak Fatin apa khabar?" soal Nayra sekadar ingin tahu tentang kakak iparnya, Fatin Aliah.

"Alhamdulillah sihat, kami dah ada seorang anak lelaki tau," balas Hafiy dengan senyuman tipis.

"Betul ke?" Nayra seakan tidak percaya abangnya itu sudah menjadi bapa orang.

"Haah umur dia 4 tahun. Nama dia Fattah Aqib." Hafiy bercerita namun matanya masih fokus memandang ke depan.

"Mesti comel kan?" Nayra tersenyum membayangkan wajah anak buahnya itu.

"Mestilah. Tengok daddy dia." Nayra tergelak kecil mendengar kata Hafiy itu.

"Sebenarnya, Fatin nak ikut abang jumpa mama dan papa tapi abang tak benarkan."

"Kenapa?" Nayra merenung sisi wajah abangnya yang sedang memandu itu. Walaupun abangnya itu sudah berusia 30 tahun, dia masih nampak seperti orang muda. Tampan dan menawan.

"Abang takut mama dan papa tak boleh terima semula Fatin sebagai menantu dia." Hafiy mengeluh kecil ketika memikirkan hal itu. Isterinya punca hubungan keluarga mereka terputus dulu kala.

"Erm Adel pun masih terkilan dengan perbuatan Kak Fatin tapi manusia selalu buat silap kan? Siapalah kita untuk menghukum," balas Nayra dengan senyuman kelat. Lagipun tak elok putuskan talian persaudaraan dengan keluarga sendiri.

"Adel dah maafkan abang dan Fatin?" Hafiy memandang sekilas wajah adiknya itu.

"Haah dah lama. Adel selalu berharap hati Kak Fatin akan terbuka untuk pulangkan semula abang ke dalam keluarga kita. Waktu malam hari tu, Adel marah abang saja bukan sebab Adel tak maafkan abang."  Seraya itu Nayra ukirkan senyuman. Dia tak mahu abangnya rasa gugup.

"Maafkan abang sebab ambil terlalu lama masa untuk kembali," ucap Hafiy dengan penuh penyesalan.

"It's okay. Adel harap mama dan papa pun boleh maafkan abang."

"Semogalah."

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

"Assalamualaikum!" laung Nayra sebaik saja berdiri di depan pintu rumah Tuan Ali.

"Waalaikumsalam, eh Adel tak bagi tahu pun nak datang sini," sapa Puan Azzahra dengan senyuman lebar. Rindu juga dia dengan anak perempuannya yang seorang ini.

"Adel ada surprise untuk mama," kata Nayra sedikit gugup.

"Apa dia?"

Hafiy yang bersembunyi di sebalik pintu itu menjengukkan kepalanya. Raut wajah Puan Azzahra segera berubah muram.

"Afiy..." Puan Azzahra menitiskan air mata kebahagiaannya. Sudah lama sejak dia berpisah dengan anak sulungnya itu.

"Mama, maafkan Afiy ma..." ucap Nafiy lalu dia memeluk tubuh mamanya itu seerat yang mungkin. Betapa berdosanya dia selama ini kerana telah mengabaikan keluarganya terutama mamanya.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now