ZIYAD cuba memproses kata-kata Nayra tadi. Surat perletakan jawatan itu dipandangnya seketika sebelum dia memandang ke arah Nayra semula.
"Awak yakin dengan keputusan awak ni?" soal Ziyad sambil menongkat tangan ke dagunya.
"Saya dah fikir masak-masak dan saya rasa ini yang terbaik. Lagipun, bekerja di hotel ni buatkan saya susah untuk lupakan peristiwa tu. Encik faham kan apa yang saya maksudkan?" jawab Nayra tanpa menatap wajah Ziyad. Perasaan takut untuk dekat lelaki itu masih ada.
"Okey saya izinkan."
"Terima kasih, Encik Ziyad."
"Apa plan awak lepas berhenti ni?" soal Ziyad agak prihatin.
"Saya akan cari kerja lain. Nanti kalau saya dah betul-betul okey, saya akan bekerja semula dekat hotel ni. Itu pun kalau Encik masih sudi terima saya."
"Pintu hotel ni akan selalu terbuka untuk awak, Cik Nayra. Saya akan pastikan awak akan dapat semula jawatan awak nanti," kata Ziyad dengan senyuman tipis. Lagi pula Nayra seorang pekerja yang bagus.
"Terima kasih, Encik Ziyad. Saya pergi dulu." Kepala ditundukkan tanda hormat sebelum Nayra melangkah pergi dari bilik pejabat Ziyad.
Ziyad membuka telefon pintarnya lalu dia mendail nombor Ariq.
"Weh kau cakap hari tu restoran korang kekurangan tangan pekerja kan?" sapa Ziyad sebaik sahaja panggilan diangkat.
"Haah kenapa? Kau nak kerja dengan kitaorang ke?"
"Bukan aku tapi Nayra."
"Nayra? Nayra Adelia?"
"Haah dia. Kau boleh tak terima dia kerja sana buat sementara waktu?" soal Ziyad penuh berharap. Dia hanya mahu membantu bekas pekerjanya itu.
"Tapi Ray tak izinkan aku ambil pekerja perempuan. Takpalah, nanti aku call Nayra."
"Thank you, Far."
𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷
ALYA berlari untuk mendapatkan Nayra yang baru saja pulang ke rumah sewa mereka itu. Dipegang kedua belah bahu Nayra dan diperiksa keadaannya.
"Lamanya kau tinggalkan aku. Kau marah dengan aku ke?" soal Alya masih rasa bersalah.
"Kau ni over lah, baru seminggu aku tak balik rumah," balas Nayra selamba.
"Aku ingatkan kau sengaja tak nak balik sebab marahkan aku." Alya mencebikkan bibir. Dia risau Nayra tak mahu rapat dengannya lagi disebabkan Khairul.
"Overthinking lah kau ni. Aku okey je." Nayra menampar lembut bahu kanan Alya.
"Kau tak marah aku?" soal Alya masih dengan wajah sedihnya.
"Taklah. Kau masak apa hari ni?" Nayra segera mengubah topik. Kalau boleh, dia ingin lupakan segalanya.
"Aku masak ayam buttermilk special untuk kau. Reen pula masak telur lada," ujar Alya.
"Okey jomlah masuk makan." Nayra merangkul lengan kanan Alya lalu dibawa masuk.
Setelah makan petang bersama Alya dan Dian, Nayra masuk ke biliknya untuk berehat seketika. Dia buntu untuk mencari kerja lain namun dia tiada pilihan lain.
YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romance1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...