AISH mengumpulkan kekuatan sebelum dia meluahkan semuanya kepada Ariq. Ariq pula masih setia menanti. Mereka saling bertatapan mata sebelum Aish kembali bersuara.
"Actually, aku kena ugut."
"Hah? Maksud kau?"
"Setiap hari ada orang yang hantar mesej ugutan dekat aku. Dia kata kalau aku tak berpisah dengan Nayra, nyawa Nayra dalam bahaya." jelas nada risau di suara Aish.
"What? Siapa?" soal Ariq seakan tidak percaya.
"I don't know. Dia kata benda yang jadi pada Reen akan terjadi pada Nayra kalau dia nampak aku bahagia dengan Nayra." Hal inilah buatkan Aish gelisah. Mana mungkin dia ingin mengulang kisah lama.
Ariq agak tak menyangka. Siapa yang tergamak menganggu hidup Aish?
"Dia stalk kami. Aku cuba nak jejaki dia tapi aku tak dapat. Aku takut tau. Aku takut kalau dia nampak kami bahagia, dia terus bertindak," luah Aish dengan paniknya. Kerana itu dia selalu menjauh dari Nayra sebelum ini.
"Disebabkan tu aku terpaksa berkasar dengan Nayra dulu. Sebab aku nak Nayra benci aku dan tinggalkan aku. Aku terpaksa buat semua tu sebab aku tak nak nyawa dia dalam bahaya disebabkan aku."
Aish memejamkan matanya seketika menahan sakit di hatinya. Dia sanggup mengorbankan perasaannya demi menjamin keselamatan isterinya itu.
"Aku faham. Tapi mungkin dia ugut main-main je? Mustahillah dia nak apa-apakan Nayra," teka Ariq sekadar menyedapkan hati.
"Kalau dia berani cuba nak bunuh aku dulu, tak mustahil dia berani nak bunuh Nayra juga. Aku tak nak benda yang jadi pada Reen berulang dekat Nayra." Aish hela nafas panjang. Membayangkan dia harus kehilangan Nayra dalam keadaan tak bernyawa, dia takut.
"Jap. Dia orang yang sama dengan orang yang sabotaj kau tu?" soal Ariq seakan tidak percaya.
"Mungkin. Aku tak tahu siapa tapi dia selalu berada dekat dengan aku. Dia selalu hantar gambar hasil dia stalk kami dan dia ada hantar contoh-contoh kejadian yang bakal terjadi pada Nayra kalau kami tak berpisah," ujar Aish lalu dia membuka laci di almari berhampiran.
Dia mengambil beberapa sampul surat di dalam laci itu lalu diserahkan kepada Ariq. Ariq pun membuka isi semua sampul surat itu. Kelihatan beberapa keping gambar kes pembunuhan yang kejam di dalam setiap gambar itu. Ada juga gambar Nayra yang disaluti dengan darah. Terdapat juga surat-surat yang berbaur ugutan. Ariq ternganga seketika seakan tidak menyangka.
"What? Gila punya manusia! Dia ni syaitan ke apa hah?!" kata Ariq dengan geramnya. Jelas kelihatan wajah marahnya.
"Hmm. Setiap kali aku dapat gambar and mesej tu, setiap kali tu aku terpaksa menjauh dari Nayra. Aku takut aku lost control and aku takut orang tu betul-betul cederakan Nayra." Luah Aish sambil meraup kasar rambutnya. Dia menyesal kerana telah menyakiti hati Nayra namun dia buat semua itu demi kebaikan Nayra.
"Aku tak kisah kalau dia nak sakiti aku but jangan Nayra. Aku tak sanggup hm."
"Kenapa kau tak report polis?"
"Aku pernah cuba nak report tapi dia tahu. Dia terus chat aku dan cakap kalau aku report dekat polis, waktu tu juga dia akan bunuh Nayra. Kau tahulah kalau aku panik macam mana." Aish benar-benar tiada pilihan. Orang itu jauh lebih berbahaya berbanding Khairul.
"Astaghfirullahalazim. Aku rasa macam nak maki jer orang tu. Kalau aku dapat dia, memang habis aku belasah." kata Ariq sambil mengepal tangan penumbuknya turut menahan marah.
"Setiap hari aku hidup dalam ketakutan. Aku penat tapi aku tetap stay strong disebabkan Nayra." Ariq hanya mampu mendengar luahan hati Aish itu.
"Aku fikirkan berpisah lah jalan penyelesaiannya but aku tak sangka pun aku tak boleh hidup tanpa Nayra. Aku terlampau pengecut. Aku takut, Ahan."

YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romance1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...