HAMPIR saja kereta itu melanggar tubuh Aish, ada sepasang tangan yang lebih pantas menariknya menjauhi jalan raya itu. Automatik mata Aish terbuka luas akibat terkejut. Dia juga umpama baru saja tersedar dengan tindakan bahayanya tadi itu.
Kelihatan wajah panik Ariq di depannya ketika itu. Tercungap-cungap nafas Ariq akibat terlalu risau dan takut. Tubir matanya turut berair melihat keadaan abangnya itu. Nasib baik juga dia mengekori Aish sejak dari rumah tadi. Kalau tidak, sudah pasti Aish akan dilanggar oleh kereta itu tadi.
"Apa kau dah buat ni?!" soal Ariq panik. Hampir luruh jantungnya melihat kejadian itu.
"Aku nak mati!" jerit Aish bagi menandingi suara hujan yang semakin lebat itu.
"Please jangan macam ni! Kau memang nak aku tengok kau mati depan mata aku ke hah? Bukan sekali tapi berkali-kali aku jadi saksi percubaan bunuh diri kau! Aku tak sanggup! Please jangan buat aku risau!" jerit Ariq diiringi air mata yang mengalir. Dia juga tak mampu bernafas dengan tenang.
Adik mana yang tidak risau jika berkali-kali melihat di depan mata sendiri abang kandungnya mencuba untuk membunuh diri? Ariq juga turut trauma melihat peristiwa itu.
"Kau tak tahu betapa sengsaranya untuk aku teruskan hidup! Kalau aku bangun esok pun, takkan ada yang berubah! Aku akan tetap macam ni! Sampai bila aku perlu menderita?!" jerit Aish pula sambil melepaskan semua kemarahannya.
"Tolong biarkan aku mati..." rayu Aish dengan esakannya.
"Tak! Selagi aku masih hidup, aku takkan biarkan kau bunuh diri!" kata Ariq sambil menggelengkan kepalanya. Baginya, nyawa abangnya itu lebih berharga daripada nyawanya sendiri.
"Aku lemah..." adu Aish dengan sayunya. Habis basah lecun badan mereka akibat berdiri di bawah hujan itu.
"Kau ada aku. Selagi aku masih ada, aku takkan pernah biarkan kau menderita sendirian," pujuk Ariq sambil memegang teguh kedua belah bahu Aish.
"Aku tak kuat, Ahan..." Semakin lebat air mata Aish mengalir ketika itu. Dia memang memerlukan seseorang untuk meluahkan semua isi hatinya ketika itu.
"Aku faham." Air mata Ariq jatuh lagi. Dia turut terseksa jika abang kembarnya itu terseksa.
"Aku dah kehilangan diri aku dan sekarang hanya jiwa kosong yang melanjutkan hidup aku ni." Terhinjut bahu Aish mencuba untuk menjelaskan keadaannya ketika itu.
"Aku tak tahu macam mana nak teruskan hidup. Aku tak boleh makan ataupun tidur dengan tenang. Aku dah tak mampu nak rasakan apa-apa. Aku umpama hidup dalam mati," luah Aish sambil memukul-mukul dadanya yang terasa sesak itu.
"Aku dah terbiasa kehilangan tapi kenapa rasanya semakin sakit? Aku dah terbiasa menderita tapi aku masih tak mampu untuk bertahan."
Ariq hanya mampu mendengar setiap luahan hati abang kembarnya itu.
"Aku tak pasti apa yang sakit tapi aku dapat rasakan sakit tu.Aku tak kuat.I'm dying inside.Aku tak tahu macam mana nak tetap kuat.Aku tak tahu sampai bila aku perlu bersedih?" kata Aish lagi lalu memegang kepalanya yang terasa berat itu.
"Bersedihlah dan menangislah sepuasnya tapi tolong tetap makan dan tidur juga. Kau perlu tenaga dan rehat untuk teruskan hidup." Ariq memberi nasihat dengan nada memujuk. Dia bimbang.
"Aku dah mati. Aku masih bernafas tapi jiwa aku dah mati." Mana mungkin Aish dapat hidup dalam keadaan menyalahkan dirinya atas segala hal yang terjadi.
"Aku cuba untuk tetap kuat tapi aku penat.."
Aish terjatuh ke dalam pelukan Ariq. Sungguh tubuhnya terasa lemah ketika itu. Ditambah pula dengan kedinginan hujan pada malam itu. Ariq memeluk tubuh Aish. Dia bersyukur kerana dia sempat menyelamatkan kembarnya itu sekali lagi.

YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romansa1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...