Nayraish | 51

44.9K 2.7K 356
                                        

MALAM itu mereka menyaksikan persembahan khas bunga api. Mungkin ada orang yang membayar persembahan itu. Agak pelik juga kerana ada persembahan tanpa sambutan hari istimewa.

Bunyi letupan bunga api kedengaran mengisi ruangan taman itu. Mereka duduk di atas tikar yang terdampar di atas rumput. Berkelah waktu malam memang seronok.

"Cantiknya," puji Nayra sambil merakam bentuk bunga api itu.

"Cantiknya, puji Aish sambil merakam wajah isterinya itu. Nayra menoleh ke arahnya.

"Awak record saya ke?"

"Haah. Aku sedang record bidadari yang jatuh dari langit ni," balas Aish dengan senyuman manisnya.

"Elelee mengada betul." Tersipu malu Nayra dibuatnya.

"Love, kau tahu tak kau ada salah?" lembut saja nada suaranya bertanya.

"Hah? Saya ada salah apa?" Nayra mengerutkan dahinya.

"Kau adalah salah satu ciptaan Tuhan yang terindah di dunia ini." semakin lebar senyuman Nayra mendengar jawapan dari suaminya itu.

"Awak pun ada salah," ujar Nayra pula.

"Apa?"

"Salah awak adalah membuat saya jatuh cinta pada awak."

"Aik tiber." Aish tergelak kecil.

"Hehehe."

"Jap ek aku nak beli something." Nayra mengangguk dan membiarkan saja Aish berlalu pergi.

Nayra perhatikan sekelilingnya. Kelihatan beberapa orang pasangan yang sangat mesra. Mereka sungguh bahagia. Ada juga yang datang bersama anak mereka.

"Cantik betul firework pertama dan terakhir kita as husband and wife ni." gumam Nayra dengan senyumannya. Dia sudah ikhlas dengan takdirnya.

Tak lama, Aish muncul bersama dua mangkuk Ais Kepal di tangannya.

"Nah your Ais Kepal special from Abang Ais." Huluran mangkuk itu disambut oleh Nayra. Nampak sedap!

"Waaa Ais Kepal?"

"Yelah, kan kau yang teringin nak makan Ais Kepal hari tu."

"Awak masih ingat?" Nayra agak terharu. Kenyataan bahawa Aish ingat setiap ucapannya buatkannya rasa dihargai.

"Of course. I remember everything about you." ujar Aish dengan nada romantiknya.

"Aww thanks." Nayra mula menikmati Ais Kepal itu. Manis seperti kenangan mereka.

Aish mendekatkan wajahnya pada wajah Nayra. Nayra mula gelabah dan mengundurkan badannya ke belakang namun tangan Aish lebih pantas menahan belakang badannya daripada menjauhinya.

"Aish... Orang tengoklah." Gugup Nayra berbicara apabila wajah mereka terlalu dekat. Aish merenung bibirnya sambil tersenyum nakal.

"Can I taste it?" soalan Aish itu membuatkan Nayra segera mengetap bibirnya.

Aish tergelak kecil. Dia mengesat tepi bibir Nayra yang sedikit comot itu.

"Maksud aku, can I taste your Ais Kepal?" kata Aish masih dengan nada menyakat.

"Hah? Kan sama saja kita punya."

"Tak sama. Aku nak sudu bekas mulut kau." balasnya selamba.

Nayra tergelak kekok. Dia menolak perlahan badan suaminya itu untuk sedikit menjauh. Buang tabiat ke suaminya itu. Rasa macam nak humban saja ke tepi laut sebab memalukannya di tempat awam.

C | Love, Aish Rayhan Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang