TERCUNGAP-CUNGAP nafas Aish berlari menaiki tangga. Namun dia gagahkan diri terus melangkah hingga tiba ke tingkat tujuh. Peluh yang membasahi dahinya dibiarkan saja.
Dia terus mencari nombor bilik 705. Langkahnya terhenti apabila mendengar suara jeritan dari dalam sebuah bilik. Lekas dia membuka pintu itu menggunakan kad bilik.
Sebaik pintu terbuka, Aish terus menyerang Khairul yang cuba menyentuh Nayra. Khairul terjatuh dari katil tatkala pukulan kuat dilayangkan di kepalanya.
Aish mengerling sekilas ke arah Nayra yang sedang menangis teresak-esak itu. Selimut diberikan untuk menutupi rambut serta tubuh Nayra yang agak lebam itu. Aish genggam jari penumbuknya lalu dia menyerang Khairul yang cuba melawannya.
"Bodoh!" jerit Aish dengan marahnya. Sebelah tangan memegang baju kolar Khairul sementara tangan kanan menumbuk wajah lelaki itu berkali-kali.
Khairul menumbuk wajah Aish lalu badan lelaki itu ditolak ke sisi. Dia berengsot mengambil pisai lipat yang diletakkannya di atas meja tadi.
Aish cuba menyerangnya lagi namun Khairul segera menghiris bahagian leher Aish yang membuatkan Aish terkaku di tempatnya. Aish pegang lehernya yang berdarah itu, pandangan matanya makin berpinar.
"Umi sayang Ayan..."
"Ray..."
Melihat Aish yang lemah di tempatnya, Khairul mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri. Rancangannya untuk merosakkan Nayra dan memerangkap agar mereka berdua ditangkap basah gagal disebabkan Aish!
"Kali ni kau terlepas, tapi aku akan cari kau lagi lepas ni, Nayra!" ugut Khairul sebelum dia pergi sejauh yang mungkin.
Nayra menggigil di tempatnya. Perasaan takut menguasai diri apatah lagi dia hampir disentuh oleh Khairul. Darah turut mengalir di bibirnya akibat ditampar dan dipukul tadi.
Matanya beralih pada Aish yang mula terbaring di atas lantai itu. Nayra tekup mulutnya apatah lagi darah Aish mengalir lebat. Dia tak menyangka semua benda itu terjadi secepat kilat.
Aish tatap wajah risau Nayra dengan pandangan yang kabur. Hatinya lega kerana dia sempat menyelamatkan wanita itu. Mata dikatup rapat.
"Awak! Awak!" jerit Nayra dengan tangan yang menggeletar. Dia masih shock dengan apa yang terjadi.
"Ray!" Ziyad yang baru tiba terus mendekati Aish dan mendail nombor ambulans.
Setelah ambulans sampai, Nayra ikut ke dalam ambulans manakala Ziyad mengekori mereka menggunakan keretanya. Sempat juga Nayra memakai semula pakaiannya tadi.
Air mata Nayra masih lagi mengalir. Perasaan trauma mula menyelubungi dirinya. Peristiwa ini mengingatkannya pada seseorang. Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi dan dia benci itu.
"Awak, tolong bertahan." Nayra dipenuhi rasa serba salah. Disebabkan dia, lelaki itu menjadi mangsa keadaan.
Nayra duduk di kerusi luar bilik kecemasan yang menempatkan Aish. Meskipun setiap tubuh badannya rasa sakit, dia berdegil ingin menunggu penyelamatnya itu bangun.
"Cik Nayra..." Kepala ditoleh ke arah Ziyad yang baru tiba itu. Lekas Nayra tundukkan wajah. Dia tak berani bertatapan mata.
"Awak bawa bertenang. Everything will be fine."
Nayra hanya mengangguk lemah. Dia rasa agak tak selesa dengan Ziyad. Padahal sebelum ini, dia biasa sahaja. Mungkin ini kesan peristiwa ngeri tadi. Terlalu ganas perbuatan Khairul terhadapnya tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
C | Love, Aish Rayhan
Romance1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...