Nayraish | 26

37.3K 2.9K 381
                                    

WAJAH dihadang menggunakan penutup kuali manakala tangan kanannya memegang penyepit besi. Nayra ingin menyepit ikan goreng yang berada di dalam kuali itu namun bunyi percikan minyak yang kuat itu membuatkan dia takut.

"Kau buat apa ni?" tegur Aish yang baru tiba di dapur. Dari tadi dia dengar suara memekik sang isteri.

"Aish! Aish! Aish, tolong!" jerit Nayra lalu dia bersembunyi di belakang tubuh tegap suaminya itu.

"Kenapa ni?" soal Aish turut panik. Apatah lagi habis berasap dapurnya.

"Tu ikan serang saya. Takutlah." Nayra menunjuk ke arah kuali yang masih lagi berapi itu.

"Seriously, Nayra Adelia?" Aish membulatkan matanya.

"Aish tolong lah sepitkan, saya takut." Nayra menghulurkan penyepit itu kepada suaminya.

"Hahaha masak ikan pun takut. Bini siapa lah ni." Aish terhibur dengan telatah isterinya.

Dengan selambanya, Aish menyepit tiga ekor ikan goreng itu lalu diletakkan di atas pinggan. Api juga ditutup.

"Hangus lah, sayangku." ucap Aish sambil menggelengkan kepalanya.

"Hah? Hangus? Alaa, saya nak makan ikan!" rengek Nayra lalu meratapi nasib ikan goreng itu. Sedihnya.

"Kenapa kau tak suruh aku yang masak tadi?" soal Aish sambil menahan diri dari tersenyum. Comel betul budak Nayra ni.

"Awak kan masih tidur tadi, saya tak nak ganggu," jawab Nayra sambil menjuihkan bibirnya. Ingatkan nak masak untuk Aish sekali tapi hangus pula.

"Elele sekarang ni dengan dapur-dapur sekali berasap," perli Aish.

"Erm sebab nilah saya tak suka masak ikan!"

"Nasib baik lah kau tak pakai helmet juga ek," usik Aish sambil tergelak kecil.

"Nak pakai tapi tak jumpa pula helmet awak hehe." Nayra tersenyum kambing.

"Kau nak makan ikan goreng ke?"

"Haah lama tak makan hm."

"Takpa, kau tunggu dekat ruang tamu. Biar aku goreng lagi yang baru." Ucapan Aish itu membuatkan hati Nayra berbunga-bunga.

"Betul ke ni?" Nayra memandang wajah suaminya itu dengan penuh berharap.

"Iya sayang. Suami kau ni kan chef, setakat goreng ikan apalah sangat," balas Aish dengan senyuman bangga.

"Yeayy sayang Aish! Muah." Nayra mengucup pipi kanan Aish lalu dia berlari anak menuju ke ruang tamu mereka.

Aish tergamam seketika dengan tindakan spontan isterinya itu sebelum dia tersenyum.

"Comel." bisiknya tanpa sedar.

"Eh!Suka hati dia ja kotorkan pipi aku!" Aish segera menampar pipinya berkali-kali bagi menyedarkan dirinya.

Nayra pula menutup wajahnya mengunakan kedua belah tangannya.

"Gatal lah kau ni!" Dia turut menampar bibirnya beberapa kali. Siapa suruh Aish kacak sangat, kan dah kena.

"Gembiranya dalam hati.. bila dapat cium pipi suami.. terasa dunia aku yang punya wuuu.." Nayra menyanyi kecil sambil melompat-lompat di ruang tamu itu.

Aish yang sedang memerhati itu sedaya upaya menahan dirinya dari ketawa. Nayra memusingkan badannya lalu matanya bertembung dengan mata hazel kepunyaan suaminya itu.

"Se... sejak bila awak dekat sana?" soal Nayra agak gugup dan malu.

"Sejak kau nyanyi macam orang gila." Aish tergelak jua akhirnya.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now