MELIHAT kehadiran Harith di restoran mereka, Aish mengambil tempat duduk berhadapan dengan kawannya itu. Ditatap wajah Harith yang gelisah itu.
"Kenapa kau nak jumpa aku?"
"Aku dah lama pendam ni. Aku rasa dah tiba masanya kau tahu kebenaran." Serius saja nada suara Harith berbicara.
"Maksud kau?" Aish mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.
"Sebenarnya,ada orang yang sengaja sabotaj kau pada hari kematian Reen." balas Harith dengan keluhan kecilnya.
"Hah?" Jelas terkejut riak wajah Aish.
"Accident di lokasi shooting tu adalah disengajakan. Ada someone yang sengaja nak cederakan kau, Ray." terang Harith lebih lanjut.
"Seriuslah, Rith?" Aish seakan tidak percaya. Maksudnya, ada orang yang sengaja nak menyakitinya?
"Haah aku tahu pun sebab aku siasat benda tu. Memang ada something fishy dengan accident tu."
"Tapi siapa yang nak cederakan aku?" soal Aish agak pelik.
"Yang tu aku tak pasti. Kau ada musuh ke?" soal Harith kembali.
"Musuh? Aku rasa tak pernah lagi aku bermusuh dengan orang. Yelah, aku ni orang biasa ja bukan mafia," balas Aish dengan muka polosnya. Hanya setakat model pun, orang nak dengki ke?
"Haters kot?" teka Harith.
"Haters? Selama aku jadi model dulu, tak pernah ada orang yang kecam aku." Aish menafikan tekaan kawannya itu.
"Mungkin musuh dalam selimut." Ayat itu terluncur juga di bibir Harith.
"Maksud kau?"
"Maybe dia ada dalam kalangan kita or maybe dia ada di tempat kejadian 3 tahun yang lalu." jawab Harith agak yakin dengan tekaannya itu.
"Siapa?"
"Yang tu aku tak pasti." jawab Harith agak teragak-agak.
"But still aku punca Reen mati," ucap Aish dengan perasaan bersalahnya.
"Kau pun tahu kan, aku tak pernah salahkan kau Ray," pujuk Harith sekadar menyedapkan hati kawannya itu.
"Aku tak boleh, Rith. Bayangan Reen selalu menghantui aku. Dalam mimpi dan dunia nyata, Reen masih hidup dalam ingatan aku," luah Aish dengan sayunya. Dia rasa nak gila bila terbayang Reen muncul di depannya.
"Kau masih depress ke?" soal Harith agak prihatin.
"I don't know." Aish menundukkan wajahnya, dia cuba melawan perasaannya sendirian.
"Aku cuma harap kau boleh move on dari kejadian tu dan buang perasaan kau dekat arwah adik aku." Aish hanya mendiamkan diri mendengar pesanan Harith itu.
𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷
ALYA mengenggam erat tangan Nayra dipenuhi rasa serba salah. Dia tidak menyangka Khairul akan bertindak sedemikian. Awalnya, Nayra tidak ingin menceritakan namun dipaksa juga oleh Alya apabila dia melihat kesan lebam di wajah sepupunya itu.
"Patutlah hati aku ni beria nak sangat lawat kau hari ni. Kenapa tak bagi tahu aku, Nay?" soal Alya dengan nada sebaknya.
"It's okay, Lya. Benda dah lepas," balas Nayra dengan senyuman.
"Aku dah tak sanggup, Nay. Disebabkan aku, kau yang jadi mangsanya." Sungguh Alya rasa bersalah.
"Bukan salah kaulah."
![](https://img.wattpad.com/cover/305410776-288-k716207.jpg)
YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romance1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...