SELEPAS memastikan Nayra masih belum kelihatan di tempat kerjanya, Ziyad terus menghubungi Nayra. Sudah lama dia tidak mengintai mereka berdua sejak lokasi mereka tidak diketahui hari itu.
"Hello, Nayra? Awak tak masuk kerja lagi ke hari ni? Bukan sepatutnya cuti awak dah habis semalam ke?" soal Ziyad tanpa segan silu sebaik saja panggilan dijawab.
"Saya minta maaf. Saya perlukan masa." Mendengar suara serak Nayra, riak wajah Ziyad berubah.
"Nayra? Are you okay? Why are you crying hm?" Ziyad agak bersimpati.
"Kami dah berpisah. Saya perlukan masa. Tolong bagi saya cuti, encik."
"Seriously? Korang dah nak cerai ke?" sedikit teruja nada suaranya mendengar khabar itu.
"Okey. Awak ambillah cuti sebanyak yang mungkin. Take a rest," pujuk Ziyad dengan penuh simpati tapi bohong.
"Terima kasih, encik." Panggilan pun dimatikan.
Sebelah bibir Ziyad ternaik. Tidak dia sangka semudah itu mereka berpisah. Jadi, sekarang dia tidak perlu melakukan apa-apa lagi kerana matlamatnya sudah tercapai. Dia cuma perlu melihat betapa terseksanya Aish di depan matanya sendiri.
"Nasib baik kau dengar cakap aku, Ray. Kalau tak, kau tahulah apa akibatnya hahaha. Tak sangka kau ni pengecut. Dasar jantan tak guna!" Ziyad tergelak jahat. Sungguh dia puas dan bahagia. Akhirnya, dia bakal menyaksikan lelaki itu tumpas sekali lagi akibat kehilangan orang yang paling dicintainya.
𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷
Seusai solat maghrib,Aish memusingkan badannya untuk bersalam seperti biasa.Namun,tiada sesiapa pun yang menjadi makmumnya ketika itu.Ya,dia lupa yang isterinya itu telahpun pergi meninggalkannya.
"Nayra..."
"Aku rindu kau, Nayra." Aish cuba menahan diri daripada menangis. Sungguh badannya terasa lemah sejak tadi lagi.
"Please come back to me,sayang." tempat kosong di belakangnya itu dipandang sayu.Bayangan wajah Nayra kembali menghiasi pandangan matanya.Baru tadi subuh mereka menunaikan solat sama-sama tapi sekarang hanya tinggal Aish sendirian.
"Aku tak tahu sampai bila aku boleh hidup tanpa kau. I need you, Nayra. Please balik." Baru beberapa jam mereka berjauhan, dunia Aish terasa hancur berkecai.
Sungguh dia masih belum mampu menerima kenyataan. Dia cuba untuk menghubungi Nayra tadi namun tiada jawaban. Bukannya dia tidak ingin mengejar Nayra namun dia tidak berdaya. Kesihatannya tidak mengizinkannya ketika itu.
"Nayra,maafkan aku.Aku menyesal sebab dah sakitkan kau selama ni.Aku menyesal sebab terlambat jujur dengan perasaan aku." Aish memejamkan matanya seketika.Wajah isterinya itu mula berlayar di fikirannya.Matanya dibuka semula,dia tidak kuat.
Aish buka skrin telefon pintarnya. Dia tersenyum melihat wallpaper gambar mereka. Galeri dibuka lalu gambar-gambar serta video bersama Nayra ditontonnya. Tidak sia-sia dia merakam setiap moment mereka ketika honeymoon dulu. Mungkin itulah saat-saat terakhir mereka bersama. Sebuah video dipasang.
"Pretty girl, tengok sini!" arah Aish yang berdiri di sisi katil sambil merakam perbuatan Nayra.
"Aish! Saya belum ready. Janganlah rakam!" Nayra menutupi wajahnya menggunakan selimut. Orang baru bangun tidur kut!
"Kau tetap cantiklah, love," puji Aish dengan nada sakatan.
"Cantik apanya, saya belum cuci muka lagi." Nayra buka selimut lalu dia tayangkan wajah monyoknya.
YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romans1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...