Nayraish | 36

39K 2.5K 627
                                    

KEPALA digerakkan ke kiri ke kanan secara berulang kali. Dahi Aish mula dipenuhi dengan peluh. Air mata turut mengalir membasahi pipinya. Dada terasa sesak ketika peristiwa lama bermain di fikiran.

"Tak... Jangan..." ucapnya dengan mata yang terpejam.

"Reen..."

"Arghh!" jerit Aish sekaligus terbangun dari mimpi ngerinya. Nayra turut terjaga akibat jeritan suaminya itu.

"Awak okey ke?" soal Nayra dengan pandangan kaburnya, baru bangun tidur.

Aish pandang wajah Nayra sekilas lalu dia menghela nafas beratnya.

"Aish?" Nayra meraih tangan suaminya itu namun segera ditepis dengan kasar.

"Tidur," arahnya dingin lalu berbaring membelakangi Nayra.

Nayra rasa sedikit hairan. Baru semalam mereka berbual mesra dan berbaik. Kenapa sikap suaminya itu kembali dingin pada hari itu?

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

KHAIRUL meraup wajahnya dengan kasar. Entah kenapa dia rasa serba salah kerana telah menyeksa Nayra dengan teruknya.

"Kalau dia mati macam mana? Aku tak berniat pun nak bunuh dia!"

"Aku tak nak masuk penjara!"

"Nay,jangan mati dulu please." ucapnya dengan penuh rasa serba salah.

Gambar Nayra ditatap dengan penuh simpati. Nayra tidak layak disakiti seperti itu kerana bukan salahnya Khairul kehilangan cinta hatinya. Namun Khairul tetap ingin menyalahkannya kerana dia masih belum dapat menerima kenyataan.

"Padan muka dia!Memang dia yang salah!Buat apa kau nak kasihankan dia?!" kata Khairul pula berbicara sendirian.

Ya, buat apa dia rasa bersalah? Memang ini niatnya dari awal. Jadi, kenapa dia perlu rasa ragu sekarang? Kepala dikusutkan. Khairul benar-benar bingung.

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

"Aishhh!" sapa Nayra dengan cerianya apabila suaminya itu baru tiba dari atas. Aish hanya menjelingnya sekilas.

"Nah makanlah dulu. Saya masak mee goreng dan sandwich ja." Nayra menarik sebiji kerusi untuk suaminya itu duduk namun Aish masih statik di tempatnya.

"Aish? Duduklah," ajaknya lagi masih dengan nada yang ceria.

"Aku tak lapar." Aish pun berlalu ke pintu utama.

"Aish!!" panggil Nayra agak kuat bagi menghentikan langkah suaminya itu.

"Nak apa lagi?" soal Aish sedikit kasar.

"Kan masih awal ni, makanlah dulu," pujuk Nayra sambil tersenyum.

"Aku dah kata tak nak kan?" Dingin layanan Aish pada hari ini. Jauh berbeza dengan sebelum ini.

"Alaa, makanlah sikit. Saya penat-penat masak walaupun kurang sihat tau demi mengisi perut suami kesayangan saya ni." Tanpa henti Nayra memujuk. Lagipun dia lapar dari tadi tunggu Aish untuk makan bersama.

"Ada aku suruh kau masak ke?" mendatar saja suara Aish ketika itu.

"Aish, nanti awak lapar."

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now