Nayraish | 2

65.5K 3.5K 120
                                        

PANTULAN dirinya di depan cermin ditatap. Nayra memakai baju blazer berwarna hitam, tudung shawal berwarna cream cair dilengkapi dengan seluar slack hitam. Itulah uniform kerja hariannya kecuali warna tudung yang berubah-ubah.

Dia bekerja di sebuah hotel bertaraf tinggi Malaysia iaitu Bright Star Hotel. Hotel itu hanya mempunyai 12 tingkat tapi keluasan hotel itu sangat lebar. Isinya juga cantik dan mewah. Setakat ni, tiada sebarang aduan tentang kekurangan hotel tersebut.

Pintu lift terbuka dan kelihatan gerangan seorang jejaka yang kacak bergaya di depan mata Nayra. Lelaki itu tersenyum tipis tatkala mata mereka bertembung.

"Good morning Encik Ziyad," sapa Nayra sebaik saja dia masuk ke dalam lift itu.

Ziyad Naufal merupakan pentadbir Hotel Bright Star itu. Dialah satu-satunya anak pemilik hotel ini, untunglah siapa jadi isteri dia nanti.

"Morning too Cik Nayra?" Ziyad membaca name tag yang terlekat di tudung shawl Nayra.

"Encik Ziyad baru sampai?" soal Nayra sekadar membuang rasa kekok.

"Ya. Nanti saya ada meeting pula kena attend," balas Ziyad dengan ramahnya. Dia terkenal dengan sikap prihatin terhadap setiap pekerjanya.

"Oh I see."

Setelah berpamitan, Nayra berjalan mengelilingi kawasan tingkat 3 hotel, sudah menjadi tugasnya untuk memeriksa semua bahagian di luar dan dalam bilik itu. Selepas di bahagian luar, dia memeriksa satu persatu bilik yang masih kosong itu.

Telefon pintar miliknya yang tersimpan elok di poket blazernya mula bergetar. Nayra pun menghentikan kerjanya seketika lalu memeriksa skrin telefonnya itu.

Khairul Ariffin is calling...

"Hello?"

"Semua ni salah kau, Nayra Adelia! Disebabkan kau, Alya tak layan aku selama 2 minggu ni! Dia abaikan panggilan aku!" Khairul memekik di hujung talian.

"Eh salahkan aku pula? Korang kan memang dah putus, buat apa dia nak layan kau lagi?" Nayra gelengkan kepala. Ingatkan lelaki tu dah mengalah, rupanya masih gagal move on.

"Kalau aku tak dengar cakap kau, aku dan Alya takkan berpisah macam ni! Ni salah kau! Sekarang dia langsung tak pedulikan aku... Sakit sangat!"

"So? Move on lah, Khai. Cuba lupakan dia perlahan-lahan. Dahlah, aku tengah kerja ni." Endah tak endah Nayra membalas. Maklumlah sibuk berkerja.

"Mesti kau yang hasut Alya untuk jauhkan aku kan? Disebabkan kau, Alya putuskan aku. Disebabkan kau juga, aku setuju putuskan Alya sebab aku nak dia tahu yang aku ikhlas cintakan dia. Tapi apa ni? Dia langsung tak ambil tahu pasal aku lagi!" Khairul memekik di hujung talian. Dia menyesal kerana telah mendengar kata Nayra.

"Tak. Daripada kau meroyan, lebih baik kau cari ketenangan jiwa. Nanti bila dah tenang, kau akan terima takdir juga."

"Perempuan tak guna! Kau ingat kau boleh lari dari aku ke bodoh? Aku akan buat kau tanggungjawab!" Tanpa menghiraukan ucapan Khairul itu, Nayra terus matikan panggilan lalu meneruskan kerjanya seperti biasa.

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

AROMA masakan memenuhi ruangan dapur restoran mewah itu. Restoran yang menjadi kegilaan para gadis disebabkan masakan yang sedap ditambah pula dengan kekacakan para chef muda yang berbakat dalam bidang masakan.

Han Twins Restaurant. Namanya agak pelik bukan? Nama tersebut diberi sempena nama pemilik restoran tersebut. Han diambil dari Rayhan dan Farhan. Adik beradik Han gitu.

C | Love, Aish Rayhan Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang