Nayraish | 4

52.5K 3.1K 294
                                        

MATA Harith terpaku pada perempuan yang berdiri di hadapannya. Seorang wanita yang memakai blouse berwarna merah jamu dan seluar jeans berwarna biru gelap. Rambutnya hanya separas bahu tetapi nampak cantik.

"Who are you?"

"Saya Dian Afreena, stylist pengganti sementara Kak Riana." Dian menguntumkan senyuman manis.

"Oh."

Baru Harith ingat stylistnya itu mengambil cuti selama sebulan memandangkan dia baru saja selamat bersalin. Riana ingin berpantang di kampung katanya. Jadi, dia mencarikan Harith pengganti buat sementara waktu.

"Rith, kau kena bersiap sekarang. Photoshoot kau jam 10 nanti," ucap managernya, Zariel. Harith hanya mengangguk.

"Jam 2 nanti ada interview pula." Zariel memberitahu sambil membelek jadual kerja Harith sebelum dia meninggalkan mereka berdua.

Harith berdehem seketika. Agak kekok kerana sudah lama dia tidak bekerja dengan perempuan yang lebih muda darinya. Dian juga merasakan hal yang sama.

"Cepatlah sediakan baju aku."

Dian terus bergegas memilih pakaian untuk Harith manakala Harith hanya memerhatikan Dian. Melihat kelakuan Dian, Harith teringat seseorang. Mata dipejamkan untuk melupakan kenangan pahit itu.

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

BATU nisan yang tertulis nama arwah uminya ditatap hiba. Aish rindu namun tiada apa yang mampu dilakukannya selain melawat kubur arwah uminya itu.

"Assalamualaikum umi, umi apa khabar? Mesti umi bahagia dekat syurga sana, kan. Ayan rindu sangat dengan umi. Dah 7 tahun umi tinggalkan Ayan dan Ahan. Selama 7 tahun ni jugalah macam-macam jadi dalam hidup Ayan. Semua ni salah Ayan... Kalaulah Ayan tak degil nak bawa umi jalan naik kereta hari tu, semua ni takkan jadi. Maafkan Ayan, umi. Ayan sayang umi."

Hari ini merupakan tarikh kematian arwah uminya. Meski sudah lama peristiwa itu terjadi, rasa sakit kehilangan sosok ibu itu masih terasa hingga hari ini.

Usai membacakan surah yasin dan melepaskan rindu, langkah dibawa pergi meninggalkan perkarangan kubur islam itu. Aish hanya mampu doakan arwah tenang di alam sana.

Beberapa minit kemudian Aish sampai di lokasi yang ingin dituju. Kelihatan wajah manis Harith melambaikan tangan ke arahnya.

"Ray! Aku ingatkan kau tak nak datang," tegur Harith lalu bersalam cara lelaki sambil berlaga bahu.

"Aku datang pun sebab aku nak support kau. Ni interview besar pertama kau kan?"

"Haah, aku nervous gila!"

"Tak sangka terlebih famous kawan aku ni."

"Hehe tengok mukalah." Dengan bangganya Harith berkata. Kerjayanya sebagai seorang model makin maju berkat usahanya sendiri.

"Siapa tu?" soal Aish ketika matanya bertembung dengan Dian yang berdiri di belakang Harith.

"Ni stylist baru aku, dia gantikan tempat Kak Riana untuk sebulan ja."

Aish terdiam. Melihat sikap Dian, Aish mula teringatkan seseorang. Dadanya terasa sesak setiap kali mengingat kenangan lama. Kenapa mereka kelihatan sama?

'Kau mengingatkan aku pada dia. I miss her so much,' bisik hati Aish yang hancur.

Harith yang seakan tahu apa yang difikirkan oleh Aish itu segera meletakkan tangannya di atas bahu Aish dan membawanya berjalan memasuki kawasan temuramahnya. Dian pula setia mengikuti langkah mereka dari belakang.

C | Love, Aish Rayhan Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang