Nayraish | 24

39.7K 2.6K 381
                                    

DALAM perjalanan pulang ke rumah, Nayra hanya merenung ke luar tingkap kereta milik suaminya. Dia masih tak menyangka akan bertemu semula dengan bekas kekasihnya itu setelah sekian lamanya.

"Happy ke lepas jumpa lelaki kesayangan?" perli Aish yang sedang memandu itu. Agak pelik jugalah dia dengan sikap Nayra yang tiba-tiba jadi pendiam selepas berjumpa dengan bekas kekasihnya itu.

"Takda maknanya lah. Dia tu cuma ex saya!" nafi Nayra agak geram. Kalau boleh, dia tak mahu ungkit kisah mereka.

"Eleh bukan main nampak mesra di tepi pelamin. Macam dia pula yang jadi pengantin." Terselit rasa cemburu di sebalik bait ayat sindiran Aish.

"Mana ada mesranya. Saya kekok lah tadi. Salah awak lah sebab tak nak jadi pengapit lelaki!" Nayra menjeling sekilas suaminya itu. Kalau Aish terima, sudah pasti dia takkan perlu dekat dengan Nafis.

"Eh salahkan orang pula."

"Betullah kan."

"Siap ber I you I you,mengada betul." Aish mengajuk cara percakapan Nayra bersama Nafis tadi.

"Memang kita orang dah biasa panggil macam tu dulu," jawab Nayra bersahaja.

"Oh."

"Kenapa? Awak jealous ke Aish?" teka Nayra lalu dia menoleh ke sisi kanannya.

"Haha tak. Tapi cuba kau bayangkan apa orang lain cakap pasal kau?" balas Aish dengan gelakan palsunya.

"Maksud awak?"

"Dah ada suami pun, masih nak berkepit dengan lelaki lain," jawab Aish selamba.

"Eh bila masa pula saya berkepit dengan Nafis? Dia yang ikuti saya." Nayra terus membela dirinya. Kalau boleh, dia langsung tak mahu bersua muka dengan lelaki itu lagi.

"Eleh sama ja tu." Aish tak ingin mengalah.

"Tak." Dingin saja suara Nayra. Dia malas sebenarnya ingin mengingat semula bekas kekasihnya itu.

"Kau masih ada perasaan dekat dia ke?" Aish mengerling sekilas wajah Nayra sebelum kembali fokus memandang ke depan. Rasa ingin tahu kian membuak.

"Memang taklah! Rasa benci adalah." Nayra membuat muka menyampah.

"Benci? Kenapa?" soal Aish agak pelik.

"Erm... Saya nak tidur jap." Tanpa membalas soalan, Nayra mengubah topik. Aish hanya mengangguk, malas nak lebih-lebih.

Beberapa minit kemudian mereka pun tiba di rumah milik mereka. Aish menoleh ke kiri. Lena sungguh Nayra tidur. Dia tidak sampai hati nak bangunkan Nayra, jadi dia pun menggendong tubuh Nayra lalu dibawa masuk naik ke bilik mereka.

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

Nafis menghentikan keretanya di tepi jalan. Kawasan itu agak sepi memandangkan hari sudah lewat malam. Malam itu sangat tenang tapi tidak setenang hati Nayra.

"Kenapa you hentikan kereta kat sini?" soal Nayra sedikit takut. Dahlah sunyi, gelap pula tu. Bahaya.

"Sayang..." Nafis menatap wajah kekasihnya itu dengan senyuman nakal.

"Apa?" Nayra tayang wajah polos. Dalam kegelapan malam, dia masih nampak wajah Nafis.

"You sayang I tak?" soal Nafis sambil menggosok dagunya.

"Mestilah sayang. Kenapa tiba-tiba tanya?" Nayra mengerutkan dahinya, agak pelik dengan sikap Nafis pada malam itu.

"Kalau you sayangkan I, you mesti sanggup nak buat apa yang I suruh kan?" ucap Nafis dengan nada yang mengoda.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now