Nayraish | 50

39.6K 2.5K 399
                                    

SELEPAS menunaikan solat Subuh, Aish segera memakai pakaian sukan. Nayra yang sedang duduk di sofa hanya memerhatikan saja tindakan suaminya yang sedang bersiap itu.

"Awak nak pergi mana awal pagi ni?"

"Nak pergi gymlah." Aish mengayakan rambutnya supaya nampak lebih kacak.

"Buat apa?"

"Nak cuci mata." jawabnya selamba.

"Amboi nak kena sepak ke?" Nayra menyilangkan tangan ke dada. Cari gaduh nampak!

"Kenapa? Jealous ke?"

"Bukan jealous tapi berdosalah awak kalau tengok body perempuan lain," perli Nayra sambil menjelingnya.

"Hahaha abang gurau jelah sayang," kata Aish lalu menghampiri isterinya itu.

"Mengada betul!"

"Jomlah, bersiap cepat." Aish menarik lembut tangan Nayra untuk mendirikannya.

"Saya tak nak pergi gym!" rengek Nayra sambil menggelengkan kepalanya.

"Taklah. Kita pergi joging."

"Joging?"

"Yelah sambil tu kita tengok sunrise."

"Saya takda bawa baju sukan."

"Pakai jelah baju aku."

"Tak besar ke?"

"Baguslah tu besar dan longgar, taklah nampak bentuk badan kau."

"Erm yelah." Aish menyerahkan baju sukannya kepada isterinya itu.

Setelah Nayra turut bersiap, mereka pun turun ke bawah. Aish menahan tawanya apabila melihat pakaian Nayra ketika itu. Nampak comel bila Nayra memakai baju Aish yang agak besar di badannya itu.

"Comel," puji Aish dengan senyuman manis. Murah betul senyuman sepanjang bulan madu ini.

"Hah?"

"Babun I ni comel lah. Rasa nak cubit-cubit je." puji Aish sambil menekup kedua belah pipi isterinya itu menahan geram.

"Eee sepak kang!" Nayra menurunkan tangan Aish.

"Garangnya."

"Jangan jauh sangat tau. Saya tak larat." Sempat Nayra berpesan sebelum mereka mula melangkah. Dia tak rajin nak jalan kaki jauh-jauh.

"Mana boleh macam tu. Selagi tak berpeluh satu badan, selagi tu tak boleh berhenti."

"Kita ni pergi honeymoon ke apa? Tak pernah dibuat orang joging waktu honeymoon," perli Nayra seakan tak berpuas hati. Dari mana datangnya suasana romantik tu?

"Sebab tak pernah dibuat oranglah, dia jadi special untuk kita," jawab Aish masih dengan senyumannya. Semakin jauh perjalanan, semakin lama mereka bersama.

Nayra hanya menggelengkan kepalanya. Memang tidak akan menang jika dia berlawan mulut dengan suaminya itu.

Mereka berjoging secara beriringan. Aish memastikan langkah mereka tetap sama agar isterinya itu tidak ketinggalan sendiri di belakang. Beberapa minit kemudian, mereka berhenti di depan sebuah jambatan.

Tercungap-cungap nafas Nayra akibat terlalu penat. Maklumlah, sudah lama sejak dia tidak bersukan. Habis berpeluh dahinya. Aish mengeluarkan telefon pintar lalu dia menangkap gambar isterinya.

"Nayra, tengok sini." Kamera dihalakan kepada isterinya itu. Dia sedang merakam moment mereka ketika itu.

"Aloloo siannya dia berpeluh. Nampak sangat tak kuat bersukan," usik Aish di depan kamera sambil tergelak kecil.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now