Nayraish | 20

41K 3.1K 1.5K
                                    

BELUM sempat Nayra turun tangga, langkahnya terhenti apabila dia terserempak dengan Atiya. Wajah bengis Atiya ditatap dengan pandangan kosong.

"Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang cantik ke?" perli Atiya lalu dia berdiri betul-betul berhadapan dengan Nayra.

"Pernah. Setiap hari aku tengok cermin, aku akan nampak muka orang cantik tu." Agak kasar pertuturan Nayra membidas agar adik iparnya itu tak naik kepala.

"Perasan betul!" Atiya menjulingkan matanya ke atas.

"Kenapa? Tak puas hati ke?" Nayra tersenyum mengejek.

"Tiya benci akak!" kata Atiya masih tak berpuas hati dengan kehadiran Nayra dalam rumah ini.

"Siapa akak kau?" bidas Nayra sengaja nak melawan.

"Wow kasarnya! Ngadu dekat abang nanti baru tahu!" Kedua belah tangan Atiya silangkan ke dada. Mengugut konon.

"Ngadulah, ingat suami aku peduli ke?" perli Nayra. Nak sangat sakitkan hati dia kan, buatlah lagi kalau nak perang dingin!

"Tiya kan dah minta maaf pasal hari tu! Takkan masih marah?" soal Atiya geram. Terasa pula hati dengan layanan kakak iparnya itu.

"Cuba Tiya bayangkan kalau Tiya yang ada di tempat saya, apa perasaan Tiya?" Suara Nayra mula berubah lembut seperti biasa. Dia pun tak sampai hati nak bergaduh.

"Erm Tiya minta maaf. Tiya terlanjur cakap waktu tu."

"Saya tahu Tiya benci dengan saya tapi saya paling pantang bila maruah saya dipijak-pijak. Kita sebagai seorang perempuan, kena jaga imej. Mulut tu cakap benda yang baik-baik saja." Terselit nasihat dalam ucapan Nayra agar Atiya tak mengulang kesilapan itu.

"Tiya cakap macam tu sebab Tiya geram. Sepatutnya Kak Reen yang jadi
kakak ipar Tiya, bukan Kak Nayra. Akak dengan Kak Reen jauh beza tau." Atiya mengadu dengan keluhan. Dia kecewa padahal dia sangat rapat dengan Reen sebelum ni.

Nayra pejamkan mata seketika sebelum merenung tajam wajah adik iparnya itu.

"Please Tiya! Kalau awak masih nak saya hormat awak sebagai adik ipar saya, tolong jaga perasaan saya," pinta Nayra cuba kawal amarahnya. Dia pantang bila nama Reen disebut.

"Tiya cuma cakap hal yang betul. Tiya nak tahu kenapa abang kahwin dengan Kak Nayra sedangkan dia masih belum boleh lupakan Kak Reen." Atiya masih tidak mahu mengalah. Curiga menyerang diri.

"Teruk sangat ke saya kalau dibandingkan dengan Aireen tu?" Nayra agak cemburu dengan perempuan bernama Aireen itu.

"Tak.Tapi,Kak Reen special di hati kami sekeluarga." singkat dan jujur jawapannya.

Nayra tundukkan wajahnya. Dia tidak sanggup mendengar kenyataan itu. Setiap bait ucapan ibu mertuanya tentang Reen terlintas di fikiran. Pedihnya!

"Dulu abang selalu bawa Kak Reen pergi rumah ni. Tapi tak sangka jodoh mereka tak panjang. Tiya kecewa sebab Kak Reen pergi tinggalkan abang dulu. Lepas kehilangan dia, abang selalu nangis tau. Nampak sangat abang cintakan dia," luah Atiya turut bersimpati dengan nasib abangnya.

"Tiya, enough!" Sedikit tegas nada suara Nayra ketika itu.

"Tiya minta maaf, Kak Nayra. Tiya tak bermaksud pun nak sakitkan hati akak." Atiya cuba memegang tangan Nayra namun Nayra segera menepis.

"Ish! Ingat tak penat ke nak berbaik dengan akak? Tiya buat semua ni pun sebab abang tau. Kalau Abang tak paksa Tiya untuk berbaik dengan akak, Tiya tak ingin punlah!" jerit Atiya dengan riak wajah bengis. Penat nak pura-pura baik.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now