Nayraish | 42

37.9K 2.5K 546
                                    

SETELAH lama berfikir, sel otak Nayra pun bersambung. Dia tidak ingin memfitnah suaminya itu hanya berdasarkan gambar murahan itu. Mungkin ada orang sengaja ingin menjatuhkan Aish.

"Siapa pula send gambar murahan ni? Nampak sangat yang perempuan tu desperate nak peluk laki aku. Dari gambar ni aku boleh nampak riak wajah dingin Aish. Maksudnya, pelukan tu bukan atas kerelaan hati Aish." Lancar otak Nayra berfikir secara rasional tanpa melenting.

"Apa motif kau send ni? Sengaja nak fitnah Aish supaya kita orang gaduh? Ke kau nak rosakkan rumah tangga aku?" soalnya sendirian.

"Aku tahu ni mesti kes dengki! Laki aku kan handsome, mestilah ramai orang jealous dengan aku. Takda masa aku nak percaya benda karut tu. Laki aku tu dingin, memang taklah dia nak layan perempuan lain." Sungguh positif pemikiran Nayra. Betapa dia sangat mempercayai Aish setia orangnya walau bukan untuknya.

"Aku lebih percaya husband aku berbanding stranger!" tanpa membuang masa,Nayra segera menekan button block.Settle!

Setelah sampai di rumah dan membersihkan diri, Nayra segera menghampiri suaminya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu.

"Aish, tengok ni." Nayra menghulurkan telefon pintarnya. Aish pun menatap skrin yang terpapar gambar mesranya bersama Ainan itu.

"Tak Nayra! Ni tak macam yang kau fikirkan." Aish takut isterinya itu salah faham. Dia segera berdiri di hadapan Nayra.

Nayra agak tidak menyangka akan kerisauan suaminya itu. Idea nakal mula timbul di benaknya.

"Sekarang masa untuk gunakan bakat lakonan kau,Nay." bisik hati Nayra sambil menahan senyumannya.

"Siapa perempuan ni? Perempuan simpanan awak ke?" dingin saja suara Nayra. Dia sedang menjiwai watak.

"Tak! Dia bukan siapa-siapa pun. Ni hanya salah faham," nafi Aish masih dengan raut wajah cuaknya.

"Awak curang!" tuduh Nayra agak tegas. Riak wajah kecewa turut memainkan peranan.

"Tak! aku tak buat semua tu!" Aish masih cuba membela diri namun lembut saja nada suaranya.

"Mana ada orang curang yang mengaku diri dia curang!" bentak Nayra sedikit kuat.

"Nayra, please dengar dulu penjelasan aku?" pujuk Aish sambil memegang kedua belah tangan isterinya itu.

"Dah jelas awak sangat mesra dengan dia dalam gambar tu. Siap berpeluk bagai!" Nayra menepis tangan Aish bagi menjayakan lakonannya itu.

"Waktu ni dia sengaja peluk aku. Aku tak sangka pun dia akan buat macam tu," ujar Aish lalu dia memegang semula tangan Nayra. Mata Nayra ditatap dengan harapan Nayra takkan salah faham.

"So, awak biarkan jelah?!" soal Nayra lalu memalingkan wajahnya ke kiri tanda merajuk.

"Tak. Lepas tu aku tolak dia sampai jatuh lantai." Nayra mencuba sedaya upaya menahan gelaknya. Lakonan haruslah dijayakan sampai akhir.

"Tapi awak nampak selesa dalam pelukan dia," ucap Nayra dengan sayunya. Cemburulah juga. Dia merenung semula ke dalam anak mata hazel suaminya itu.

"Tak! Sumpah aku jijik dengan perempuan tu. Aku rasa nak samak badan aku lepas dia peluk aku tu." balas Aish dengan paniknya.

"Hmm."

"Sumpah Nayra, bukan aku yang peluk dia. Daripada aku tambah dosa peluk perempuan lain, lebih baik aku peluk kau." Aish terus membela diri sambil menggenggam erat kedua belah tangan Nayra.

"Tapi korang tetap berpeluk." balas Nayra tidak ingin kalah. Inilah peluang untuk dia memarahi Aish. Selalunya, dia saja yang dimarahi.

"Tak lama pun. Aku terus tolak dia lepas tu." Lembut saja suara Aish memberitahu.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now