Nama aku Haniz Rose Aisyah. Panggil aku Han. Aku benci nama panjang aku—sebab apa? Sebab aku dah penat jadi budak malang dengan nama itu.
Umur aku 17 tahun . Aku masih budak sekolah menengah. Kalau ikutkan aku nak saja berhenti sekolah, tapi memang tak lah nak berhenti sekolah. Aku ni bukannya siapa siapa yang datang nak tanggung aku.
Dan sekarang ni aku tengah sambung pengajian tingkatan 6. Ya, aku juga budak pandai. Cuma aku malas! Result aku pun lulus aje. Belum lagi dapat pointer 4 00
Sebab itu aku gelarkan diri aku budak sekolah menengah, sebab aku sekarang tengah STPM. Tingkatan 6 , budak lagi lah tu kan.
Aku ada family, tapi aku rasa macam tak ada saja. Diorang bukan kisah pasal aku. Selama ini aku usaha diri untuk hidup. Diorang ada atau tak ada, sama sahaja.
Aku buat kerja sambilan. Pagi sampai petang aku sekolah dan petang sampai pukul 12 malam aku kerja.
By the way, aku ada seorang abang. Nama dia Haris. Dia saja yang faham dengan masalah aku dengan family even abang aku itu adakalanya menyusahkan juga.
Aku ada masalah mental health sejak umur aku 13 tahun. Doktor cakap memori aku boleh bercampur aduk dengan imaginasi dalam kepala aku. Aku tak boleh beza yang mana realiti dan imaginasi. Aku selalu reka imaginasi dan bercakap seorang diri—perbuatan itu tanpa sedar.
Family aku tak tahu aku ada penyakit ini, termasuk abang aku sendiri . Mula mula aku hanya mengendahkan saja penyakit ni sampai la umur aku 15 tahun—penyakit ni makin melarat.
Aku buat keputusan jumpa doktor seorang diri. Ya aku tahu umur aku waktu tu perlu ada bimbingan ibu bapa. Tapi ibu bapa aku bukan kisah pasal aku jadi buat apa aku nak bagitahu diorang .
Jadi lepas aku buat test, doktor sahkan aku ada skizofrenia dan anxiety . Doktor aku suruh aku makan ubat dan jangan skip ubat. Tapi aku dah penat untuk bergantung dengan ubat jadi aku skip dan langsung tak makan ubat sampai sekarang. Aku hanya makan ubat bila melarat.
Dekat sekolah pula , aku tak ada kawan langsung. Mungkin ada—mungkin mereka tidak ikhlas nak berkawan. Semua orang tak mahu berkawan dengan aku sebab aku pelik dan pendiam.
Sikap aku yang suka buat masalah sendiri dan tak bersosial dengan sesiapa membuatkan mereka jauhkan diri daripada aku. Aku pun teringin nak berkawan tapi sosial anxiety aku menyekat segala galanya. Aku nak pandang orang pun dah risau, inikan pula nak bertegur sapa. Aku jadi paranoid.
Disebabkan sifat aku yang pendiam , makin banyak aku kena buli, shaming , ejekan dan makian. Banyak perkataan kesat yang keluar daripada mulut diorang. Diorang kata aku buruk , keding , terlampau kurus macam tiang , angin lalu pun boleh tumbang, muka berjerawat, bodoh, lembab, gila, bercakap seorang diri.
Aku pekakkan telinga saja walaupun ia memang menyakitkan hati . Aku dah lali dengan ejekan itu tapi makin diorang maki ejek, makin aku bertambah benci. Bukan benci pada diorang, tapi diri sendiri.
Oh ya! Tak lupa juga. Aku suka membaca buku. Mesti orang tak percaya budak setan macam aku suka membaca buku. Ya, aku suka membaca buku. Lagi lagi novel—novel romantik. Abang aku kata muka aku garang macam brader tapi minat novel cinta.
Okay apa! Apa yang salahnya muka macam aku baca novel cinta. Aku ada cita cita. Suatu hari nanti aku teringin nak jadi penulis, aku nak ada cafe sendiri. Sambil minum kopi, boleh baca buku.
Bak kata orang putih ' read books to escape from reality'.
Aku harap aku boleh menjadi penulis dan hasilkan sebuah novel aku sendiri suatu hari nanti. Aku ingin juga tahu apa itu sebenarnya rasa kasmaran, seperti di dalam novel yang aku baca.
Namun aku tahu, cinta bukan untuk aku.
*kasmaran- mabuk cinta ; jatuh cinta
____ ☻____
Jam telah menunjukkan pukul 6 40 pagi. Aku sudah lambat bangun untuk ke sekolah . Aku rushing mandi dan solat semua . aku terus turun untuk bersarapan. Aku mengambil tempat duduk di sebelah abang aku.
" Kau ni Haniz bangun lambat kenapa? Kau dah lupa kau tu masih sekolah ? " Tiba tiba ibu memarahku.
Haih dah mula dah orang tua ni. Aku bukan sengaja bangun lambat. Semalam dahlah aku ada shift kerja. Kena ganti pekerja lain sampai pukul 3 pagi.
" Han bukannya sengaja bangun lambat. Semalam Han balik kerja lambat pukul 3 pagi. Itu yang Han penat sikit " balas aku cuba untuk tidak melawan.
" Kau kerja apa sampai balik pukul 3 pagi. Pelacur? Pelacur aje yang balik sampai pukul 3 pagi " Ibu menghina aku.
Aku dah bengang . Ibu selalu tuduh aku macam macam.. Agak agak la jadi pelacur. Aku dahlah rupa macam pengkid, tomboy. Aku dah tahan sabar , mood aku mana elok sekarang ni. Bila bila masa saja boleh berubah.
" Ibu ni kenapa suka tuduh orang macam macam ha ? Sekarang ni Han yang kerja cari duit ke atau ibu!? " aku membidas.
Haris memandang mak dan Han dengan risau . Takut diorang berdua gaduh pula pagi pagi ni.
Ibuku membalas " Kau ni dah pandai menjawab sekarang ni eh!! Makin biadap! "
" Lantak ibu lah nak kata apa pun , Han dah penat dah " Aku bangun dari meja.
Aku bangun dan menolak kerusi dengan kasar sambil aku merampas satu keping roti untuk makan semasa dalam perjalanan ke sekolah.
Abang aku nampak aku beredar terus berkata " Eh Haniz aku hantar kau pergi sekolah "
Aku membalas " Tak payah! Aku jalan kaki saja pergi sekolah sendiri " kata aku sambil keluar dari rumah tanpa memandangnya. Aku hentak pintu. Melenting!
"Biar dia , biar dia pergi sekolah sendiri " kata ibu kepada Haris.
" Ibu kenapa cakap dia macamtu kat dia . Sakit hati dia " Haris mengeluh.
"Apa? Ibu cuma cakap je tu pun nak melenting " Ibu membuat muka masam.
"Tapi tak baiklah tuduh dia macamtu kata dia kerja pelacur " Haris memandang wajah ibu.
"Dahlah Haris pergilah masuk office dah lambat dah " ibu mengubah topik.
"Baiklah Haris pergi dulu " katanya . Haris menyalam tangan ibu.
***
Aku berasa rimas apabila diekori oleh Danial. Danial ni bekas teman lelaki aku. Tak bertahan lama. 2 bulan saja dengan dia. Aku belum cerita lagi pasal dia—sebenarnya aku tak nak pun cerita pasal dia sebab dia tak penting.
Lelaki setan.
" Sayang, macam mana dengan kita? " Soal Daniel ingin tahu jawapan aku.
Aku menjulingkan mata ke atas. Menyampah!
" Macam mana apa? You and I—over " Aku tidak mempedulikannya di belakang sambil tangan aku mengutip bola di padang.
Sebenarnya aku tak adalah suka dia sangat pun. Kami bercinta pun sebab taruhan. Dia approach aku dulu—cakap suka aku. Tapi aku tak layan. Jadi dia ikut je aku ke mana mana saja untuk buat aku suka dia.
Sampailah satu masa dia buat taruhan dengan aku. Dia cakap, aku dan dia cuba untuk jadi pasangan untuk dua minggu. Macam blind date. Jadi kalau selama dua minggu itu kami berasa serasi, jadi teruskan hubungan kami macam pasangan sebenar.
Dan ya, kami serasi. Aku tahu Danial ni seorang yang bermasalah prestasi, dan itu menjadi sebab aku tidak terima pada mulanya dulu. Namun aku fikir, aku boleh mengubahnya untuk jadi 'orang' baik.
Kami berjanji tak akan putus kalau ada perkara yang melanda hubungan kami.
Tapi aku mungkir janji. Lol! Bukan salah aku.
Tak sampai berapa bulan, aku tertangkap dia curang dengan perempuan lain dekat tempat kerja aku. Apa yang dia buat dengan perempuan itu aku tak mahu ceritalah.
Cukup saja tahu perangainya itu lelaki setan.Apa yang aku mungkir janji tu? Ya, semestinya aku minta putus sebab perbuatan dia lah. Aku bagitahu yang aku nampak dia dekat kelab malam, tapi aku tak mention lah kelab malam mana, nanti dia twist play victim dan buatkan aku salah pula kenapa aku ada dekat kelab malam.
Dia tak boleh terima keputusan aku, dia cakap aku salah tengok. Pelanduk dua serupa.
Abah dia! Dia ingat aku budak budak nak tipu? Berkhayal katanya.
" Tapi you dah janji kan? " Danial melempar ke tepi bola dari tangan aku.
" Ya, aku janji tapi kau gagal. Kau yang buat hal, bukan aku. Now, get lost! " Aku sedikit pun tak gentar dengannya.
Aku terus kutip bola itu semula. Kaki beredar meninggalkan dia yang terpinga pinga mengejarku.
" I minta maaf okay. Sayang, I tak boleh hidup tanpa you! " Danial menggengam lengan ku yang berlapik dengan baju sukan.
" It's not my problem " Aku merentap lengan aku. Senyuman sinis ditayang.
Macam aku pula yang jahat.
Aku dapat melihat wajah Danial geram sambil mengertap rahang.
Penat layan orang gila.
———————————
Luna's notes:
Bumi adalah satu pentas, pelakonnya adalah orang. Selagi bumi ini berputar, teruskan berlakon.
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)