Kereta porche berwarna putih sedang memberhenti di perkarangan rumah aku. Mungkin driver ini yang dikatakan oleh Arjuna. Aku turun ke bawah dengan segera untuk membuka pintu.
Seorang lelaki yang tinggi dan tegap. Mengenakan kemeja hitam dan lengan baju disenteng hampir paras siku. Aku nampak ukiran tattoo macam dahan pokok berduri yang melilit tangannya. Apabila aku perasan tattoo bercorak mawar biru baru aku perasan, style tattoo dia bunga mawar bersamar tangkai duri.
Nampak cool lah, nasib baik bukan islam.
Rambut yang berwarna ash grey. Tak nampak macam Melayu. Lelaki itu tersenyum manis ke arah aku. Oh! Lelaki ni yang jamin aku masa kejadian aku dekat lokap tu!
" Hi! I'm Luckie Agreste. Kalau nak Melayu sikit panggil Abe aki" kata Luckie dengan senyuman yang ramah.
"oh yang Abe aki cuba makan ni -" aku cuba menebak.
"eh bukan bukan. Saya bukan tiktoker tu " dia tergelak kecil.
"oh haha bukan eh. Awak tak nampak macam Melayu" aku berkata lagi.
"Ofc saya bukan Melayu "
" macam mana awak boleh bercakap Melayu?" Aku pelik.
"learning for sure"
" Saya diarahkan oleh Encik Arjuna untuk mengambil Cik Haniz. So, beautiful princess can you get in ?" ujar Luckie. Mulut manis!
" I don't like compliments but thank you " Aku tersenyum dan membalas. Aku tak makan pujian. Well !
"my pleasure" Luckie membalas dengan mengeyitkan mata. Aku mengambil di tempat penumpang belakang tapi dihalang oleh Luckie.
" kenapa ?" Aku bertanya.
" awak ingat saya ni driver awak?"
" Lah dah awak cakap awak driver jadi saya duduk lah belakang" aku membalas balik. Dia sendiri cakap dia driver bukan pembawa bas.
" saya ni driver encik Arjuna je tau. Awak duduk depan. Kali ni awak anggap saya kawan awak." Luckie tersenyum lagi. Pemurah dengan senyuman ya. Untung non Muslim kau ni !
" okey lah "aku menutup pintu kereta belakang. Aku maju ke depan dan mengambil tempat penumpang hadapan. Aku hanya diam senjenak. Nampak dia memandu dengan tangan sasa dia tu lepastu ada tattoo cool pulak. Jiwa keperempuanan aku menjerit, siapa je tak suka tengok lelaki handsome!
" Nice tattoo " Ujar aku tiba tiba. Luckie mengerling ke arah aku dengan senyuman yang berlagak karisma.
" Thanks, saya tahu mata awak asyik tengok lengan dengan leher saya " Sengihan nakal diberi.
" But why rose? Blue rose? Weird but cool lah " Tanya aku semula.
" Blue rose looks a bit gentleman. Kalau merah macam more too feminine sangat, nanti ingat saya ni pondan pulak. " Jawab Luckie.
" Saya pernah terfikir blue rose ni macam tak kena. It seems odd, i don't know but if its red rose or white it can be better lah. Tapi bila tengok tattoo awak, oh! it's not that bad " Aku mula berhujah dengan pendapat aku.
" I know right, i look good in everything no matter what " Nampak bongkak Luckie bila puji diri sendiri.
" Omg, angkat bakul naik sendiri" Aku memandang dia dengan pandangan judging yang melampau. Tapi betullah memang elok pun kalau dia pakai apa apa pun sebab dah memang segak!
" This is additional information, blue rose symbolize something that is impossible to achieve and mystery, but there's the other side—blue rose represent caution, the need to tread carefully in new territories that is still much unknown " Kata Luckie. Cara percakapannya macam ada makna tersirat.
" Awak ni tak macam Arjuna tahu. Arjuna tu dahlah kerek, poyo lepas tu bodoh sombong pula tu " tiba tiba aku bersuara. Tiba tiba rasa nak mengumpat pula.
Luckie terletus ketawa besar mendengar makian Rose untuk Arjuna. Dia tak tahu ke dia tengah mengata suami dia sendiri! Okey Luckie in character.
" seriously? Gladly I'm not his brother. Kalau tak mesti saya sombong macam dia" Luckie ketawa deras.
" Well, kalau awak adik beradik dia pun maybe you can be a better version of him " Aku berkata lagi tanpa rasa malu.
Sepatutnya nak cakap saja depan depan kepada Arjuna tu. Bukan tak berani, takut dia koyak lepas tu dia pergi sita pulak rumah aku . Haru aku ! Entah entah dia blacklist terus nama aku dari mana mana company.
" No lah, he's not like that. Dia orang yang baik. Gentleman and nicest man dengan orang yang dia rapat. Mungkin awak, dia baru kenal sebab tu macam poyo sikit" Luckie memuji.
" eleh nak backup bos sendiri lah tu" aku mencebik.
" Saya tak backup. Memang perangai dia macam tu bila tak rapat dengan orang but he's actually mean for sometimes " Luckie menambahnya dengan ketawa.
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)