☻Chapter 39

58 0 0
                                    

JASMINE yang baru sedar dari hospital—ditemani oleh seorang polis sebelum disoal siasat. Pintu dikuak dan muncullah Syazlia. Jasmine yang memandangnya terus terlopong.

" Ezra? " Riak wajah Jasmine terkedu melihat tubuh ini berwatakan perempuan.

Syazlia mengangguk.

" Nama aku Syazlia "

" Kau perempuan? " Terkejutnya. Syazlia mengangguk lagi.

" Jadi kau menyamarlah selama ni? " Taktahu Jasmine ingin nak merasa apa. Sedih sebab rasa kena tipu yang dia anggap 'Ezra' itu kawannya.

" Dah itu memang kerja aku" Jawabnya selamba. Jasmine berdiam.

" Boleh kita mulakan siasatan? " Jasmine mengangguk selepas disoal. Syazlia menunjukkan gambaran dadah krokodil kepadanya.

" Tahu tak ini apa? " Soalnya.

" Dadah..."

" Dadah bukan sebarang dadah. Ini dadah sejenis krokodil. Krokodil ni berasal dari luar negara dan dipasarkan di negara lain. Sekarang ni krokodil ni dah sampai ke Malaysia. Dadah ini paling bahaya selain syabu " Tambah Syazlia.

" Dadah ini... dadah ini yang sebiji Ben tunjuk dekat aku! Ben pernah offer aku pasal nak racun aku pasal dadah ini—tapi aku tolak sebab aku masih tak boleh lupa apa yang dia dah buat dekat kakak aku" Riak wajah Jasmine seakan akan marah dan sayu. Syazlia kasihan akannya. Dia pernah merasa kehilangan.

" Kau tahu kenapa orang siam tu tempoh hari serang kau? "

Jasmine menggeleng.

" Tak, tapi aku pasti dia salah seorang yang sama macam Ben, sebab sebelum ini aku pernah nampak dia dengan arwah kakak aku dekat club " Terangnya.

" Aku nak minta tolong kau. Ada apa apa bukti atau benda yang kau curiga—masa hari kebakaran tu ke? Sesuatu benda atau barang yang kau nampak boleh dibuat sebagai bahan bukti? "

Jasmine tersedar akan sesuatu.

" Cip! Cip tu! Aku selalu nampak satu cip yang kakak aku simpan dari mereka "

" Dalam cip tu ada apa? "

" Taktahu. Aku tak sempat nak tengok tapi boleh dikatakan cip tu memang penting sebab arwah kakak aku simpan rapi " Jawabnya.

" Cip tu ada dekat mana? " Soal Syazlia.

" Ada dalam rumah. Tapi tak tahu kalau cip tu dah terbakar sekali masa kebakaran tu"

Selepas 25 minit disoal siasat, akhirnya Syazlia segera ke tempat tinggal Jasmine. Rumah itu terbakar cuma tidaklah teruk mana. Hanya ruang tamu sahaja yang hangus teruk. Syazlia terus pecah masuk dan selongkar di setiap almari yang tersedia. Dia memasuk ke dalam bilik Julaika, kakak kepada Jasmine. Diselongkar seluruh almari dalam bilik itu. Namun tidak apa yang dijumpai.

Entah apa yang menjentik hatinya, dia membongkokkan diri melihat ke bawah katil. Ada satu kotak kasut. Dia membukanya. Ya, memang ada kasut. Dibelek kasut itu. Entah apa yang curiga sangat. Dia perasan ada sesuatu permukaan tidak rata pada kulit kasut tersebut. Permukaan yang timbul. Dia meraba raba ditempat itu. Pantas dia mengambil pisau cutter lalu menoreh pada kulit kasut itu. Dia mengoyak kulit kasut tersebut lalu sesuatu benda yang jatuh ke lantai.

Tangannya mula mengambil. Berbentuk empat segi kecil. Itu dia, cip yang dikatakan!

Sebelah kasut lagi jugak dikoyak. Dia meniliti satu kertas renyuk dalam kulit kasut itu. Kertas yang ditulis dengan kod kod nombor asing.

01010011 01101001 01100111 01101110 01101111 01110010 01100101 1111159911711410511697

Kod nombor yang sama seperti ahli forensik bagi masa tempoh kebakaran itu. Sampai sekarang dia memikirkan maksud disebalik kod ini. Namun, dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang pakar IT— ini bukan bidangnya.

Tiba tiba terdengar sesuatu bunyi asing. Matanya yang tajam seperti helang pantas menoleh ke arah tingkap. Seorang lelaki bertopeng yang sedang menghendapnya ditingkap.

Syazlia berlari dengan sepucuk pistol keluar dari rumah tersebut. Baru saja datang, terus lelaki itu hilang dan lesap. Dia perlahan lahan jalan sekeliling rumah. Pistol diacu.

Tiada! Hilang melarikan diri! Serabut memikirkan.

AGENT Shadow memasukkan cip itu ke dalam alat komputer lalu dipasangkan. Terpapar segala data data kerajaan dan data data sulit tentang negara Malaysia.

" Kenapa diorang ni nak sangat cip ni? Sudahlah data data kerajaan! " Bentak Aatiq.

" Aku rasa diorang nak jual data kerajaan kita dekat kuasa luar la " Teka Syed.

" Bahaya macam ni! Habis negara kita nanti. Tapi kan agaknya siapa yang dalang disebalik kes ni? " Soal pula Raqib.

" Itu aku pun tak tahu. Kes ni paling susah yang aku pernah handle. Susah betul nak tangkap diorang ni " Keluh Syazlia.

Lagenda Budak Kasmaran Donde viven las historias. Descúbrelo ahora