⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅
⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅
Tubuh aku direntap dan ditarik dari belakang buatkan aku terdorong daripada jatuh dari bangunan yang tinggi itu. Aku jatuh terbaring dalam dakapan seseorang disebabkan seseorang itu hilang imbangan maka kami jatuh terbaring. Aku mengangkat dan memandang wajahnya. Rambut tertutup dahinya akibat basah dek hujan.
Dia. Arjuna.
Aku bangun darinya . Dia bangun lalu menjerkahku.
" woiii kau dah gila ke !!? Kalau kau jatuh tadi macam mana !? Teringin sangat nak mati ke ha!!? "
Aku mengelap hingus dan air mataku.
" Kau jangan nak sibuk hal aku boleh tak !? Aku tak kacau hidup kau pun kan? Aku nak mati pun punya pasal la dekat aku . Aku dah penat hidup !!! " Aku menjerkahnya balik.
Kau nak lawan jerit dengan aku ke.
"Kau yakin dah cukup amalan kau nak bawak masuk kubur nanti ? Kau ingat dengan membunuh diri boleh selesaikan masalah , sebaliknya kau kena seksa dekat sana ada lah!! " haa kan dah kena tarbiah sentap . Boleh dah ni jadi pencetus ummah. Silakan PU Arjuna ha kan tiber tu.
Aku tersentak dengan kata kata tarbiahnya. Betul juga katanya . Bunuh diri tak selesaikan masalah. Silap silap aku kena panggang dekat sana nanti. Aku berdiam dan menunduk kepala. Malu.
Arjuna melihatnya mengeluh. Pasti ada masalah perempuan ni tengah hadap. Waktu pertama kali aku jejak dekat sekolah ni aku dah boleh scan ada bau bau orang gila. Contohnya macam si Han ni.
"Sinilah . Duduk sini. " ujar Arjuna. Aku memanggilnya duduk bersandar di tiang bangunan itu untuk berteduh. Kalau aku ajak dia duduk dekat tembok tu , dengan aku aku sekali arwah dengan dia. Dahlah hujan belum reda lagi.
"kau nak buat apa? " Aku teragak agak mahu mengikut Arjuna.
"Aku nak ajak kau camping dekat tengah tengah hujan ni—buat unggun api . Huh berteduh la apa lagi , kau nak kena selsema burung ? Sinilah. Jangan risau aku tak buat apa apa. Kau bukan selera aku " Dia berseloroh.
Ishh aku ada iman lagi tahu . Nak tak nak Han terus duduk bersandar di tiang bersebelahan dengan Arjuna.
"Sekarang ni kau cerita apa masalah kau sampai kau stress nak bunuh diri ni " kata Arjuna memandang sebelah Han.
"Kau ni nak buat sesi curahat ke ? " Han bertanya. Aku tak perlukan khidmat kaunseling kau . Tak semena mena dahiku dijentiknya. Berdesing otak aku. Aku membalas pukulan di bahunya.
"Ishh kau ni patut bersyukur tau aku buat sesi curahat ni. Sekurang-kurangnya kau ada tempat nak luah. Kau tu bukannya ada kawan pun aku tengok . Kau pun bodoh jugak buat kerja bodoh nak mati. Kan dah jadi bodoh kuasa 2 " monolog si Arjuna sambil mengelap kaca matanya. Mulutnya boleh tahan juga. Rasa nak debit saja mulutnya sampai sumbing.
" kau kalau datang sini nak maki aku baik kau berambus lahh " Aku menahan geram lalu aku mahu bangun dan mengangkat kaki.
Arjuna menahan tangan ku.
"Okey sorry, aku minta maaf. Tak payah la nak emo. Duduk sini cerita dengan aku kenapa kau sampai nak bunuh diri " Pujuknya si Arjuna.
Aku kembali duduk disebelahnya."Aku bukan saja saja nak terjun tapi ada suara dalam kepala otak aku paksa. Tambah lagi dengan masalah sekolah kena maki lepastu dengan masalah keluarga lagi " Han menghela nafas.
"Suara dalam kepala otak ? Maksud kau setan ? " Arjuna bertanya.
" Aku tak tahu la nak explain macam mana, tapi itu suara halusinasi dan aku tak boleh nak lawan bisikan itu " aku memgeluh.
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)